5/12/2008

Illuminati @ Freemason aka Zionis

Menarik sindiran yang berkaitan dengan Illuminati @ Freemason aka Zionis.
Apakah kita sudah tengok betul-betul dan fikir betul-betul sebagaimana yang didakwa.Tidak menafikan kemungkinannya bahawa Zionis memang sentiasa mengembangkan pengaruhnya hingga seluruh dunia melutut dibawah tapak kaki mereka. Mereka menguasai ruang politik, ekonomi dan militeri bagi merealisasikan doktrin iblis dan lebih mudah lagi dalam alam siber ini bagi menyesatkan seluruh anak adam. Material dan kuasa sebagai umpan dan kebodohan seseorang mempercepatkan lagi status mereka sebagai hamba pilihan atau hamba-hamba sembelihan.
Seluruh dunia menyedari kebejatan Zionis dan pemimpin2 Malaysia dari dulu juga sedar pengaruh jahat tersebut malahan lebih arif dari kita yang sedang secara suka rela menyembur racun bikinan mereka untuk merosakkan kepercayaan sesama sendiri. Malaysia merdeka tanpa tumpah darah juga atas konspirasi halus dengan perundingan membentuk Perlembagaan yang menguntungkan mereka untuk jangka panjang. Pendidikan yang disekatakan untuk keserasian wawasan global telah memaksa kita menelan racun doktrin yang bergerak lancar dalam agenda membunuh semangat kebangsaan dan kesedaran keagamaan secara perlahan. Segala itu telah membentuk sebagaimana diri kita sekarang ini yang semakin mendekati matlamat mereka mendominasi dunia dalam percaturan mereka. Kita Lebih takut kepada hembusan nafas dunia dari hembusan malaikat maut yang dijanjikan Tuhan hinggakan peraturan agama yang diperturunkan diperlekehkan atau sengaja memekakkan hati dari menerima kebenaran. Pengaruh dan kuasa senyap mereka semakin mencengkam tanpa mampu untuk disaingi kerana mereka memang yakin dan arif untuk memanipulasikan tabie iaitu kebanyakan anak adam ini memang gemar bersengketa dan bersifat tamak (tidak puas-puas dan sentiasa keluh kesah)
Pendek kata sejak awal pengaruh Zionis yang direncana musuh atau yang dikaitkan dengan Illuminati memang berkesan membentuk generasi kita sepertimana sekarang ini. Bangsa yang merdeka dari segi apa kalau Zahirnya terhina dan Rohaniahnya semakin meraba dalam gelap dan buta untuk mencari jalan merdeka sebenar akibat mulut tidak habis menelanjangi sesama bangsa?
Sebagaimana yang saya nyatakan sebelum ini bahawa kita ini haiwan lebih hina daripada babi selagi berperangai melebihi dari spesis tersebut. Solat subuh kita dah terpasang dengan niat buruk kerana apabila celik mata nampak kesalahan dan keaiban orang lain, dan buka mulut mengutuk sana sini dan berkesinambungan tabiat tersebut hingga selesai tasyahud Isya sebelum dimatikan Tuhan yang kita sendiri tidak tahu sama ada berpeluang untuk bernafas keesokannya.
Ruginya kita kerana lebih gemar menempa penutup hati dan gendang fitnah tanpa cuba mencari jalan penyelesaian atau perdamaian. Dari senario sekarang ini apakah kita boleh menjamin bahawa kebenaran akan berpihak pada kita apabila kemenangan yang dihajati tercapai. Benarkah sangkaan kita selama ini atau kita selamanya hanya berada dalam sangkaan semata-mata yang telah merumitkan ego diri hingga membutakan hati kita dari menerima kebenaran.

No comments: