Assalamualaikum wbkth.
Rata-rata majoriti rakyat malaysia ramai yang berpendapatan kurang dari tahap yang selesa. Dengan pendapatan bawah dari RM1500 seperti saya dengan tanggungan seramai 6 orang anak-anak yang bersekolah menengah dan rendah tanpa sebarang perolehan tambahan tidak memungkinkan untuk menjana kemajuan pendidikan anak-anak dalam persekolahan . Bukan sahaja simpanan tidak mampu dibuat untuk masa hadapan malahan perbelanjaan harian yang semakin mencekik seringkali terpaksa dikurangkan lagi yang pastinya memberi kesan pada mental dan fizikal diri dan keluarga. Berbanding dengan kenaikkan kos sara hidup yang semakin meninggi menyebabkan kebanyakannya dari rakyat Tuan semakin mengetatkan ikatan tali diperut bagi menampung segala keperluan diri dan keluarga. Itu belum dicongak terhadap mereka yang berpendapatan kurang dari RM1000 dan memandangkan mereka yang bergaji RM3000 merungut dengan situasi yang semakin mengempiskan saku dan dompet apakah nasib mereka yang tadinya pernah diambil kira atau mendapat perhatian dari pemimpin yang keadaan mereka lebih dari selesa dengan segala kemudahan dan peruntukkan.
Jangan membandingkan kedudukan dan tanggungjawab sebagai percaturan bagi membezakan amanah dan tanggungjawab antara pemimpin dan rakyat yang pastinya membawa persoalan dan permasaalahan tidak kemana-mana. Sama ada benar atau tidak suara2 pembangkang mengenai cara kewangan negara yang kaya dengan hasil bumi, industri dan sumber manusia, yang dikatakan diuruskan secara sambil lewa dan alpa ataupun diselewengkan ianya tetap menjadi persoalan apabila menyedari hakikat yang sepatutnya bagi sebuah negara yang bertaraf maju dengan kepesatan ekonomi negara dan sumber kewangan. Sudah tentu negara yang bertaraf maju seperti Malaysia mempunyai simpanan wang dan dana yang mencukupi untuk mengagihkan keselesaan pada setiap rakyat yang turut menyumbang pada kepesatan dan kemajuan tersebut. Rakyat tidak pernah mempersoal dan memberontak atas tindakan kerajaan yang mengambil sebahagian dana simpanan atau tabung mereka seperti KWSP, Tabung Haji, PNB atau sebagainya bagi membantu mengurus ekonomi negara tetapi apabila rakyat diberi pulangan hasil yang amat memeritkan seperti yang tuan hadiahkan ianya sesuatu yang amat mengecewakan. Segalanya amat jelas dan saya tidak pasti apakah kekayaan milik negara sebenarnya telah terhakis dimana rakyat seperti saya bukan sahaja tidak akan dapat menikmati suasana selesanya malahan semakin dibebankan dengan taraf atau kos hidup yang nampaknya semakin melonjak naik. Memandang senario ekonomi, environmen serta masaalah pemakanan dunia yang tidak menentu dan meneliti pada tabiat rakan sejawat Tuan dari U.S yang suka berperang itu bayangan gelap seperti jelas kelihatan di hadapan. Pastinya Presiden Amerika itu tidak mahu menjadi seperti Tun Mahathir yang penuh di selimuti penyesalan terhadap Tuan. Kemungkinan dunia mengalami peperangan seperti sebelum ini tetap ada dan rakan sejawat tuan dari U.S itu sebelum ia mengalihkan kuasa tentu melakukan sesuatu yang drastik bagi mengekalkan pengaruh atau kesan untuk diteruskan oleh penggantinya. Sekiranya berlaku apa yang dikuatiri itu maka kesan ekonomi negara semakin parah dan bayangkan apa yang akan berlaku pada rakyat marhain serta kesan rantaiannya pada situasi negara. Debgan kemelut ekonomi seakan-akan rakyatnya negara ini sekelas atau mungkin lebih rendah taraf hidupnya berbanding dengan negara disekitar yang tidak sekaya negara ini. Lebih malang lagi sudahlah dibebankan dengan kos sara hidup dan kini rakyat tuan semakin dipinggirkan dengan segala peluang yang seharusnya dinikmati oleh mereka. Dengan kebanjiran pekerja dan pendatang asing yang semakin tinggi jumlahnya serta kemudahan dan subsidi maka rakyat2 asing itu semakin mengambil kesempatan dari agihan yang serba sedikit maka rasanya rakyat tuan seperti telah dianak tirikan. Walaupun tuan mungkin mendasarkan sesuatu dari agihan tersebut untuk rakyat tuan tetapi hakikatnya segalanya yang tuan cuba agihkan terputus jalanya sebaik ianya melepasi dari pemantauan dan pengetahuan tuan. Saya memohon maaf kiranya ada yang dinyatakan membuat tuan rasa tidak selesa tetapi percayalah selain dari diri saya telah saya amati mereka yang lebih daif dan terbayang sesuatu yang meresahkan diri. Wajah-wajah itu penuh kecewa dan telah berputus harap.
Sekian wasallam.
No comments:
Post a Comment