4/04/2008

Sekadar Memberi Pendapat.

Tuhan Itu Maha Pemurah Dan Pengampun manakala manusia sememangnya lemah dan sentiasa bersengketa serta bersifat leka dan lupa……
Ada Syiah ada Sunnah ada Wahabi dan banyak lagi yang menghasilkan sektoran atau mazhab yang semakin merumitkan sarjana-sarjana selama berabad yang cuba memenuhkan gedung ilmu mereka. Sejarah Islam yang dipenuhi konflik menerbitkan pelbagai fahaman-fahaman dan pendapat-pendapat yang bersimpang siur menyusuri perkembangannya dan sukar dielakkan dari sesetengah kita meragui sebilangan pendapat yang diwarisi . Penerimaan fahaman pula bergantung kepada individu bagaimana ia dididik dengan pendekatan dan ilmu pengetahuan tersebut. Di sini bukan untuk menafikan fahaman atau pendapat mereka yang berusaha untuk membawa dan menegaskan sesuatu pegangan yang mereka kira benar dan betul sebagai ikutan. Apabila dua orang yang kita kenali baik dan warak serta berpengetahuan dan mereka berselisih pendapat tentang sesuatu tidak membolehkan kita yang marhain ini secara taksub menerima atau menentang secara semberono. Bersangka baik itu dituntut dan adalah lebih baik untuk bersangka baik dari bersangka buruk yang hasilnya tentu juga buruk. Masing-masing ada khilafnya dan masing-masing ada maslahatnya, apa yang sesuai untuk sesuatu pihak tidak pasti sesuai untuk yang lain dan manusia berdiam melampaui sempadan sosio budaya dan ekonomi dan ini telah berlangsung selama beberapa abad dan kurun. Kini walaupun dengan kepantasan teknologi maklumat segala pendapat yang dilambakkan oleh sesuatu pihak akan tetap perlahan untuk diadaptasikan dalam kehidupan manusia yang berbeda budaya, sejarah dan geografi.
Sejarah perkembangan Islam memang penuh bergolak dan dari keadaan itu terbit perbedaan pelbagai pendapat dan fahaman dengan pro dan kontra pada sesuatu pendekatan yang diketengahkan. Pertelingkahan dan persengketaan sesama sendiri turut menyumbang pada hadirnya pelbagai pendapat yang melahirkan fahaman-fahaman yang sesetengahnya ketara bertentangan sesama sendiri. Oleh kerana kesederhanaan dituntut maka kesederhanaan dipopularkan untuk mengasingkan umat dari sifat ekstrim yang melampau. Tetapi sifat ekstrim itu pula berbeda pendekatan dan iktikad pada situasi yang dihadapi. Sebagai contoh mereka yang merasa berdosa yang teramat, kelihatan seolah-olah meninggalkan dunia dan asyik beribadah untuk mendekatkan diri pada ketuhanan dan ini dilihat melampau oleh mereka yang sibuk mengintai atau suka mengambil tahu hal dan keperibadian orang lain. Walhal ianya hanya menyentuh kejiwaan dan perasaan seseorang hingga ia kembali tenang dan selesa. Manusia memang lengah dan cepat merasa jemu dan begitu juga berlaku pada praktis ( yang kelihatan ekstrim atau berlebih-lebihan ) yang dilakukan untuk mencari ketenangan jiwa yang dirasanya bergelumang dengan kesalahan. Sesuatu yang tidak memudaratkan umat secara keseluruhannya dan lebih bersifat peribadi kenapa begitu dibahaskan dan diserang habis-habisan seolah-olah ianya satu kemungkaran atau jenayah yang besar . Adakah berkemungkinan kerana terbit pula sifat jemu pada mereka yang resah melihat sesuatu keadaan atau tabiat yang dikira bertentangan dengan ilmu yang mereka tuntut. Sesuatu tabiat walaupun ianya tidak menyentuh akidah tetapi dilihat jelek kerana berlawanan dengan pendapat yang dianggap suatu bidaah yang buruk.
Berbalik pada hadis laungan azan tadi dan pada sebilangan hadis yang lain kalau hendak dikaitkan dengan pendapat-pendapat muktabar yang melibatkan pelbagai perselisihan menerusi perdebatan pasti akan terbit keraguan. Ianya tidak akan diperdebatkan sekiranya tiada keraguan dan hasil dari masing-masing pendapat ada pula yang dikutip oleh yang ramai dan kelangsungan itu berterusan hingga ke hari ini. Tentang kesahihan melalui penelitian dan perbicaraan oleh jiwa-jiwa manusia tentang kebenaran jalan dan kisahnya ( sanad ) berupaya mewujudkan ruang yang membawa kepada keraguan. Tiada manusia yang benar-benar sempurna dan status kesempurnaan itu terbit dari para-para pengikut dan penuntut yang memberi gelaran hingga sebahagiannya menjadi taksub berlebih-lebihan. Apapun apa yang wujud sekarang baik dari segi material, sosio ekonomi malahan perkembangan sains dan teknologi dikira amat berbeda (bidaah) dengan apa yang terdapat pada awal waktu Islam itu berkembang. Peraturan-peraturan telah lengkap dicatatkan di dalam wahyu sebagai rujukan untuk jiwa yang bersih tulus dan rasional. Mereka yang sayangkan agamanya akan beramal dengan sebaik mungkin menurut Al Quran dan berusaha merujukkan amalan dan praktis mereka pada hadis-hadis sebagai garis panduan dan timbangan bahkan untuk menggariskan sempadan. Apa yang baik diterima dan yang nyata mudarat hingga membawa pada kemungkaran dan kerosakan jiwa dan duniawi perlu di ketepikan. Jalan yang lurus itu jelas dan yang batil juga jelas. Risalah kebaikan yang dibawa oleh Rasul juga jelas dan mana-mana yang meragukan memang harus ditinggalkan andainya tidak membawa sebarang manfaat. Untuk menghiasi amalan bergantung pula pada kecenderongan dan keadaan jiwa yang tulus tanpa mencederakan tanggungjawab terhadap tanggungan, masyarakat dan alam sekitarnya. Apabila menemui sesuatu simpang dan cabang kerana tertarik hatinya, pegangan pula harus kukuh pada teras agamanya yakni jalan yang lurus yang tidak terpisah dengan pengertian akidah yang kukuh.

Wasallam.


From: Abdul Aziz [mailto:Abdul_Aziz@Jabil.com] Sent: Thursday, April 03, 2008 6:16 PMTo: AbdulRahman Osman; Arman Rashid; Azlan Ahmad; Ani Ahmad; Abdullah Nanyan; Azah Shaari; Anarkallia Aziz; Osman Hamid; othman.bahari@dhl.com; Saaroni Yaakob; safreezz@gmail.com.; Shimah; safreezz oo7; Jasmin Bidin; Khairolazani Ahmad; Kamal MdDaud; khalib@mypotensi.net; KamalP Abdullah; Khairulridhuan MdAni; Mawar Omar; Mohamed Ismail; Asri; ZulHusni Hassanudin (DHL MY); zainol@mypotensi.net; nurmiza-binti_ismail@agilent.comCc: WanSalleh_MohdDaud@bradycorp.comSubject: RE: Seruan Azan......

Salam
Hadis ini dah di”confirm”kan, tak sahih.

From: AbdulRahman Osman [mailto:AbdulRahman.Osman@plexus.com] Sent: Thursday, April 03, 2008 6:02 PMTo: Abdul Aziz; Arman Rashid; Azlan Ahmad; Ani Ahmad; Abdullah Nanyan; Azah Shaari; Anarkallia Aziz; Osman Hamid; othman.bahari@dhl.com; Saaroni Yaakob; safreezz@gmail.com.; Shimah; safreezz oo7; Jasmin Bidin; Khairolazani Ahmad; Kamal MdDaud; khalib@mypotensi.net; KamalP Abdullah; Khairulridhuan MdAni; Mawar Omar; Mohamed Ismail; Asri; ZulHusni Hassanudin (DHL MY); zainol@mypotensi.net; nurmiza-binti_ismail@agilent.comCc: WanSalleh_MohdDaud@bradycorp.comSubject: FW: Seruan Azan......



On 3/29/08, zulfazle musthapa <zulfazle@gmail.com> wrote:
---------- Forwarded message ----------From: SyfulAzril K <SyfulAzril.K@wdc.com>Date: Mar 28, 2008 3:13 PMSubject: Seruan Azan......To: RENUNG KAN LAH WAHAI KAWAN-KAWAN KU SEKALIAN....Lidah kelu di Saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati... mengapa kebanyakanorang yang nazak (hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yg menahan kesakitan sakaratul maut.Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orangIslam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kitadiajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.... mengapa azan kita tidakboleh mendiamkan diri....!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba.... maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah "Lailahaillallah..." yang mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut... Allah dengan izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan,...dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupunnyawa sedang dicabut."Ya ... Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimahLaillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri kami......amin..amin.. aminYarobbal a'lamin.."WASIAT NABI JUNJUNGAN KPD SAIDINA ALI R.A-------------------------------------------------------------------------------------
Wahai Ali, Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya :1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-siaWahai Ali,Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya :1) Jujur dalam berkata-kata2) Menjauhi segala yang haram3) Merendahkan diri
Wahai Ali,Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya :1) Takut berlaku dusta dan keji2) Menjauhi kejahatan3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman
Wahai Ali,Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya :1) Merahsiakan ibadahnya2) Merahsiakan sedekahnya3) Merahsiakan ujian yang menimpanya
Wahai Ali,Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya :1) Mengawasi dirinya2) Menghisab dirinya3) Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.
LUCU YA !!!Lucu ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.
Lucu ya, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bolasepak.Lucu ya, betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton t.v. dan wayang di pawagam.
Lucu ya, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atausholat, tapi bertapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan / pakwe / makwe.
Lucu ya, betapa seruan dan teriakan yang perpanjangan waktu pertandinganpasukan bola jadi kegemaran kita, tapi betapa bosannya bila imam sholat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.
Lucu ya, susah sangat baca Al-Quran 1 juz saja, tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100 halamanpun habis dilahap.
Lucu ya, orang-orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert, dan berebut cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar.
Lucu ya, kita perlu undangan seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis ilmuan supaya boleh dimasukkan di agenda kita, tapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual dinner atau high tea jadual kita boleh diubah sekelip mata.
Lucu ya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya orangmenyertai dan menyebar gossip.
Lucu ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan oleh orang sebagai e-mail layang di internet, tapi kita sering menolak, mempermudah serta mempersoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quran.
Lucu ya, semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus beriman,berfikir,berbicara ataupun melakukan apa-apa.
Lucu ya, kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan surat berantai melalui email, tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir dua-tiga-kali.
JANGANLAH BIARKAN DIRI KITA INI MENJADI SEBAHAGIAN DARI KELUCUAN TERSEBUT.
"Hai orang-orang yang beriman, ingatlah akan Allah dengan ingatan yang sebanyak-banyaknya (perbanyakkan mengingati Allah)" (Surah Al-Ahzab - ayat 41)"Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mu'min bahwa sesungguhnya bagi mereka kurnia yang besar dari Allah. Janganlah engkau ikut orang-orang kafir dan orang-orang munafiq, dan biarkanlahmereka menyakiti engkau, dan tawakallah (menyerahlah) kepada Allah. CukuplahAllah sebagai wakil (tempat menyerahkan urusan)." (Surah Al-Ahzab - ayat 47 - 48 )>>
sebgaai tazkirah utk saya sendiri jugak...lucu atau tak..perkara ini memang melanda umat kita sekarang.....
wallahua'lam..

No comments: