*Peringatan ini hanya beralas pada catatan sejarah dan kaitannya dengan agama maka pembaca perlu merujuk pada yang lebih arif.
Warkah seorang Illuminati iaitu Albert Pike untuk salah seorang anggotanya bagi melaksanakan satu perancangan halus terhadap dunia dalam agenda Zionis. Terjemahan serba kekurangan ini di harap mampu menyedarkan kita akan segala kealpaan yang berlangsung hingga saat ini. Jahil dari memahami dan mempraktik keagamaan secara tulus dan murni dan kecenderongan menyandarkan fahaman agama pada logik akal dan memberatinya tanpa usul periksa bakal menjebak diri kedalam konspirasi yang merosakkan. Teks asal surat berkaitan boleh dirujuk pada lampiran yang di sertakan. Walau apapun polimik yang berlaku mengenai kesahihan surat tersebut tetapi kaitannya dengan apa yang berlangsung hampir bersamaan dan anehnya surat tersebut di temui sebelum kebanyakan perkara yang dinyatakan dalam surat tersebut berlaku. http://rds.yahoo.com/_ylt=A0oGkl5o4BdIj.0ACVBXNyoA;_ylu=X3oDMTByZWgwN285BHNlYwNzcgRwb3MDMQRjb2xvA3NrMQR2dGlkAw--/SIG=122jbckqu/EXP=1209610728/**http:/www.threeworldwars.com/albert-pike2.htm
Surat tahun 1871 dari Albert Pike untuk Giuseppe Mazzini
http://en.wikipedia%20.org/wiki/%20Albert_Pike#
“Perang Dunia Pertama mesti dicetuskan untuk membolehkan Illuminati http://www.conspiracyarchive.com/NWO/Illuminati.htm. meruntuhkan kuasa Zar Rusia dan menjadikan negara tersebut sebagai kubu bagi fahaman ateis iaitu komunisma. Perselisihan serta perbezaan yang diatur oleh ejen-ejen illuminati yang terserap didalam Empayar British dan Jerman akan digunakan untuk mencetuskan peperangan. Di akhir peperangan tersebut, Negara dan fahaman komunis akan diperkukuhkan untuk menghancurkan kerajaan-kerajaan lain bertujuan untuk melemahkan fahaman keagamaan”.
“ Perang Dunia Kedua mesti dicetuskan dari kesempatan pada perbedaan fahaman fasis dan politik Zionis. Peperangan ini perlu dilaksanakan agar fahaman Nazi akan terhapus dan Politik Zionis menjadi kukuh untuk mewujudkan sebuah negara Israel yang bebas di Palestin. Semasa perang dunia kedua itu berlangsung fahamn Komunis di dunia akan diperkukuhkan untuk mengimbangi pengaruh fahaman Kristian dan pengaruh-pengaruh bersabit perlu dikawal sehingga pada satu masa apabila tiba masanya untuk kemusnahan total umat manusia”
Selepas perang dunia kedua, fahaman komunis telah bertambah kuat untuk menguasai kerajaan-kerajaan yang lemah. Dalam perunding Potsdam pada tahun 1945 diantara Truman, Churchill dan Stalin sebahagian Eropah telah diserahkan pada Rusia dan dibahagian lain dunia kesan dari peperangan dengan Jepun telah membantu menyerapkan gelombang pengaruh komunis ke dalam Negeri China.
Nazi dan Zionis masih belum lagi di kenali di era 1871 dan pembaca perlu mengetahui bahawa Illuminati yang bertanggungjawab melahirkan kedua-dua pergerakan tersebut. Manakala Komunisma pula berasal dari revolusi Perancis yang hanya merupakan satu ideologi yang bukan pula jawapan bagi kedua-dua fahaman tadi. Pada tahun 1785 Restif mengenalkan idea komunisma sebelum revolusi di perancis meletus. Restif dan Babeuf masing-masing sebenarnya terpengaruh dengan idea Rousseau sebagaimana juga dengan pengaruh konspirator terkenal di kalangan mereka iaitu Adam Weishaupt.
Para pelajar sejarah pasti mengenali dengan nama Otto Von Bismarck http://en.wikipedia.org/wiki/Otto_von_Bismarck iaitu konspirator Albert Pike dalam usaha melagakan-lagakan Kerajaan British dan Jerman yang berlaku diantara tahun 1871 hingga 1898 yang membawa pada Perang Dunia Pertama.
No comments:
Post a Comment