2/28/2008

Dia tidak akan dengan semudah itu mengaku dan meluahkan penyesalannya kalau bukan kerana melihat dan mengetahui akan bahaya yang bakal menimpa negara. Setelah memerintah selama 4 penggal mengurus negara serta mentadbir kabinet dan memacu negara kearah kemajuan dan kepesatan ekonomi ia diakui dan disegani di peringkat antarabangsa. Walaupun kenyataan-kenyataannya atau cara politiknya agak tegas dan memedihkan telinga dan hati pihak lawan ia terus berusaha membawa keluar negara dari kegawatan ekonomi tanpa mencungkil keluar wang dari saku rakyat yang sedia ada. Tindakannya memanipulasikan simpanan tabung-tabung korperat dan tabung-tabung yang dimilik rakyat bagi menstabilkan ekonomi sememangnya amat dikesali. Tindakan yang terdesak dan drastik itu mungkin dipertimbangan sebagai alternatif bagi menyaingi konspirasi barat untuk menguasai ekonomi dan kewangan yang terbukti telah mengakibatkan penurunan matawang negara-negara sasaran di dunia. Rusia yang turut menerima tekanan tersebut ketika itu dan penderitaan yang dilalui mereka kini telahpun melunaskan segala beban yang tertanggung akibat dari konspirasi Zionis Barat yang ingin memonopoli kekayaan dunia. Urusan yang telus dalam ekonomi tanpa rasuah telah membuat Rusia kini muncul kembali memainkan peranan di pentas dunia yang ingin di UNIPOLAR-kan oleh barat. Mana-mana negara yang masih bertatih dan diuruskan hampir keseluruhannya untuk kepentingan diri dan kroni akan tetap kekal di-bawah pengaruh barat melalui goyim-goyim terpileh.
Tun Mahathir akhirnya membuat pengakuan ikhlasnya dan pengakuan itu tidak akan terbit tanpa rasa bersalah atas keterlanjuran mainan politiknya yang mengakibatkan Anwar Ibrahim menerima bahana. Rakan-rakan politik Anwar dan mereka yang merencanakan kejatuhannya ketika itu kebanyakan mereka mengetahui konspirasi tersebut. Demi kemandirian politik serta kedudukan mereka berupaya pendamkan kebenaran dan terus hidup dengan segala penipuan tersebut. Akibat dari keterlanjuran menyembunyikan kebenaran maka apa yang ditelan setiap hari telah terasa semakin enak dan selesa hingga membawa sikap buruk mereka itu kepada era kepimpinan Pak Lah. Tabiat selesa dengan pengkhianatan dan kemungkaran membuatkan mereka berasa baik atas segala penyelewengan yang dilakukan. Segal senario kecurangan, skandal seks, pembolotan harta dan perniagaan serta rasuah telah terbit semakin kerap dan rakyat sendiri menyaksikan kekalutan yang semakin kerap terpancar dari kantung kepimpinan yang semakin lemah dan dipengaruhi pihak tertentu. Dengan harta yang berbillion Ringgit sebagai aset mereka, tokoh-tokoh korporat terkemuka mampu mempengaruhi apa sahaja dalam pentadbiran kerajaan yang diselubungi rasuah yang sama-sama saling bergantung untuk kemandirian politik dan perniagaan. Anwar telah mengalami bahana pengkhianatan mereka malah ramai lagi yang lain. Rakan-rakan politik Anwar yang kelihatan tidak bermaruah bagaikan ular lidah bercabang telah terlupa mereka bertuhankan Allah s.w.t yang Maha Mengazab. Mereka kini telah bertuhankan tokoh-tokoh korporat dan bertaklid pada media-media prima yang sebenarnya mereka sendiri yang ujudkan. Segala urus tadbir dan agihan peruntukan pada rakyat digambarkan sebagai semata-mata kebaikan dan keadilan mereka. Rakyat yang tertipu melihat mereka sebagai pelindung yang jujur tanpa menyedari perompakan sebenar yang dilakukan oleh mereka mengkhianati urus tadbir wang dan ekonomi negara. Hakikatnya mereka menghulur secebis dari himpunan hak rakyat yang sepatutnya mereka sumbangkan tetapi kebanyakan dari hak tersebut diagih-agihkan bagi memperkayakan sesama mereka. Media-media utama sebagai penyampai cerita manis dari mulut mereka diolah bertujuan mempengaruhi masyarakat marhain dan penipuan tanpa disedari rakyat itu kerap dimainkan saban hari hingga rakyat menerimanya sebagai satu kebenaran. Begitulah penipuan yang kerap disumbat kedalam minda akhirnya terserap ke dalam fikiran tidak sedar dan menjadi propaganda dan modal politik bagi mereka membohongi rakya. Setelah menghirup madu yang dihimpunkan oleh rakyat dengan segala susah payah malahan korban jiwa mereka kemudian menyemburkan racun yang membawa derita pada keseluruhan rakyat hingga anak-anak kecil turut merasai sengsara. Ramai pula masyarakat terpedaya yang masih sanggup menjinjing tugas dan mengkelek beban tanpa ingin mengerling pada kecurangan yang berlaku di depan mata walaupun jelas ianya berlaku. Apakah kita perlu menerima sindiran kelak kerana keculasan dan kesanggupan kita mendakap musang sebagai teman waktu tidur dan jaga. Kesanggupan kita kerana asyik dengan retorik emosi dan nyanyian muzik klasik yang dihiburkan biduan dan biduanda kerajaan menyebabkan kita tidak lagi mampu untul melangkah dan berhijrah. Apakah ‘tiada umno maka tiada melayu’ mengatasi ungkapan legenda ‘Tidak Akan Melayu Hilang Di Dunia’ Apakah keris yang tinggal sebatang itu menenggelamkan kisah keris legenda ‘Taming Sari’ yang sebenarnya mengartikan semangat yang kental yang sentiasa berevolusi dalam diri bangsa. Menghunus keris dan mengucupnya melambangkan sikap kepahlawanan ketika bertempur musuh atau Sultan yang melambangkan kekuasaan totalnya. Apakah tindakan sembrono pemuda-pemuda liar itu menghunus keris dan berpencak diatas gelanggang yang lecak tidak akan memercikkan cemar pada agama, bangsa dan budaya?
Sampai bilakah kita rakyat marhain mahu menyedari hakikat sebenar? Apakah tidak cukup dengan segala pendedahan kecurangan, penyelewengan dan pengkhianatan yang pastinya bukannya muncul dengan sengaja tetapi sebagai peringatan! Masihkah lagi kita selesa dan percaya sepenuhnya segala karangan dan sandiwara mereka melalui media-media prima yang dimanipulasikan secara tidak betul dan berat sebelah. Kita sebagai rakyatlah yang menanggung segala apa yang mereka sedang lakukan dan bakal menerima hirisan tajam keris yang mereka tarikan secara sumbang dalam pencak politik dan ekonomi. Betapa besar ertinya hijrah Nabi s.a.w dan terasa betapa teguh, cekal dan sabarnya mereka yang menuruti Nabi s.a.w ketika itu. Umat melayu yang kini berada seperti mana Jahiliah Quraish dengan segala kecurangan, pengkhianatan, perculikan, pembunuhan, skandal seks sama ada pergaulan bebas dan tidak bebas, seks luar tabie dan yang sumbang menyusul dari kepesatan serta berkembang biaknya lubuk-lubuk maksiat dan perjudian, perkosaan serta pembunuhan kanak-kanak dan bayi, penganiayaan terhadap wanita, kecurian, ragut dan rompakan benar-benar telah kembali mengisi ruang yang telah dikosongkan dalam sejarah keruntuhan umat manusia
Malang sekali kita kini telah turut diheret ke zaman Jahiliah Bani Israil yang mempromosi penyelewangan agama di mana Nabi Musa dan Nabi Isa a.s sendiri pernah berhadapan dengan situasi tersebut. Betapa pendita-pendita yang tamak dan pengampu pemerintah memutar belitkan ajaran dalam kitab dan menyesuaikannya dengan kebejatan yang berlaku. Kini ulama-ulama pengampu dan pendakwah komersil tidak lagi menyeru untuk menyampaikan peringatan takut dan gembira atau mengembangkan ajaran suci tetapi bersekongkol mempertahankan kebejatan pemerintah yang nyata terlalu kotor dengan najis untuk disamak. Tiada teguran atau nasihat mereka pada setiap penyelewengan yang berlaku dan mereka tidak lagi mengindahkan kebajikan penganut agama ini. Seperti mana yang berlaku terdahulu maka ianya berulang kembali iaitu jika ada di antara mereka yang bersuara maka padahlah yang bakal menimpa. Apabila wahyu memaktubkan bahawa islam itu telah lengkap dan sempurna sebelum wafatnya Nabi Muhammad s.a.w apakah pendekatannya sahaja masih tertinggal dari Kalam Maha Suci. Kini pendita-pendita islam seolah-olah terpaksa mencari rumusan untuk mengektrasikan pendekatan yang tertinggal itu. Dengan autoriti yang dimiliki, mereka merejam masyarakat dengan ketakutan dan amaran dikutip hanya cebisan dari sebahagian kanun-kanun bertujuan untuk menyebelahi pemerintah. Membicarakan segala kebejatan pemerintah dituduh mengumpat dan dirujukkan pada hukumanTuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Menghukum. Andainya pendedahan untuk segala penyelewengan sebagai pengkhabaran bagi kebaikan umum juga merupakan satu yang terlarang atau taboo maka apa lagi yang tinggal untuk umat manusia menghindar dari kezaliman.
Dahulu beliau yang pernah digelar Maha Firaun malah pernah mengaku kedaifan dan kejahilannya dalam agama kini telah dengan rela hati menyatakan penyesalannya. Mungkin ia menyesal atas pertimbangan politik yang silap dan tidak menyangka betapa ramai Brutus- brutus Anwar yang ujud ketika itu dan mengambil kesempatan menghina dan melontar rakan baik mereka itu ke lembah hina yang paling dalam. Beliau masih dikira beruntung untuk mengetahui apakah nanti tindak balas orang yang telah dianiayai dan dizaliminya dan beliau masih lagi belum dimumiakan. Bagaimana pula dengan dia dari keturunan ulama dengan bait sajak tersohor untuk mencari As-Syafie dan Al-Ghazali juga mampu pula mengupas Kitab Suci ? Apakah dengan perwatakan dan lagak “Mr Clean”nya yang semakin diselaputi lumpur mampu merubah umat ke arah ketakwaan dan penyerahan pada Zat Yang Maha Mencipta. Secara halus ia telah menempatkan dirinya sebaris dengan As-Syafie dan sebangku dengan Al-Ghazali yang dikenali sebagai Pembaharu Agama. Apapun segalanya terletak pada kejujuran dan keikhlasan kita tanpa mementingkan perut sendiri untuk menentukan siapa yang bakal menerajui umat manusia mengharungi zaman getir yang menemukan Islam dengan pemungkar-pemungkar. Kita yang memileh pelindung generasi yang bakal menunjuk arah antara Penyelamat Umat Manusia atau Peneraju Mungkar yang akan memastikan hala tuju dunia amnya. Islam yang universal telah termaktub dalam Wahyu terakhir . Kita hanya perlu lebih bijaksana dan apa yang berlaku dan rasionalisasi dalam mentafsirkan keadaan dan kejadian dengan bersandar pada Wahyu Agung mampu menemukan kita pada sesuatu disebalik segala retorik dan ugutan dari mereka yang kini terdesak. Ingatlah hanya segelintir umat beriman yang tertinggal dan seluruh Umat kini memerlukan pembimbing sebenar bagi mengahrungi dunia yang semakin mencabar ketabahan dan keimanan. Berhati-hatilah pada sesuatu saranan yang memperlihatkan hanya keuntungan dunia bagi pemuja-pemujanya walaupun ia disalut dengan segala keindahan dan haruman.

No comments: