2/22/2008

Kalau Rakyat Malaysia tak mahu sedar juga entah lah!
Untuk perubahan sekaranglah masanya! sebelum kita yang bagaikan telah tinggal tulang diratah isinya oleh pelahap-pelahap BN sehingga tulang pun tak ada ! Khususnya Melayu ( Islam )yang sentiasa dicengkam perasaan syak-wasangka dan tertipu dengan retorik kosong pemimpin-pemimpin UMNO janganlah nanti menjadi tali-barut dalam memusnahkan entiti sendiri. Ekoran terlalu taksub dengan Agenda Melayu oleh pemimpin-pemimpin rasuah mereka maka rasional diketepikan seolah olah UMNO itu terlalu suci melebihi agama yang mereka sandang sejak nenek-moyang. Melihat ke arah pihak lain bagaikan melihat harimau atau khinzir yang difikirkan mahu mengoyak diri mereka atau mencemar agama mereka.
Melayu-melayu sebegini tertipu dengan segala doktrin dan pengkhianatan yang sebenarnya amat jelas berlaku di depan mata mereka serta diketahui umum.
Apakah ada alasan lagi untuk mereka atau masih sibuk mencari jawapan balas yang tidak akan diketemui tentang segala fakta penyelewengan dan pengkhianatan.
Tak ingin lagi untuk sedar mereka masih mampu untuk mencari keaiban orang yang ingin menyedarkan mereka dari lamunan mimpi-mimpi lunak. Mereka agaknya bertuhankan UMNO dan berugamakan BN dan akidah mereka ini terlalu sebati dan mereka menuduh pula orang lain terlalu taksub? Hinggakan Islam Hadhari yang tidak jelas kandungan isinya dan tuntutannya menjadi Mazhab Baru cetusan Mujtahid alaf baru.
Syabas Pak Lah kerana akhirnya berjaya meletakkan diri sendiri setanding dengan Pembaharu-Pembaharu Agama kurun-kurun terdahulu. Mencari Al- Ghazali dan ingin mengupas kitab suci dan akhirnya menemui As-Scomi dan pasrah di hadapan Al-Khairi.
Kenapa mereka masih lagi sanggup mengharap janji dari musang atau membelai buaya lapar kita tidak dapat nak fahamkan?
Mungkin Asid UMNO bukannya Asid Amino telah mengambil tempat di dalam DNA mereka. Rata-rata yang kelihatan masih aktif dan kuat berusaha menegakkan benang basah ini terdiri dari mereka yang jelas mempunyai kepentingan materialisma dan terlalu berahi pada segala peluang kesenangan atau sekadar ingin menumpang kesenangan. Kemenangan bakal membuatkan mereka ghairah memendam berahi dan rakus melihat ke serata peluang yang menjadi milik orang dan hak ramai.
Bak pepatah melayu. ‘ Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong’ Kerana terlalu sanggup atau menjadi 'pak sanggup' maka pipi dan muka disorong-sorong hingga mencecah serombong najis pemimpin-pemimpin mereka.
Benarlah bahawa tungau memang tak dapat dipisahkan dengan najis!

No comments: