Siapa agaknya yang lebih prihatin mengenai ibadah umat islam ( sebab berkaitan makan pun sejenis ibadah juga.) Pegawai Pelancungan , Kesenian dan Sukan atau pegawai Jabatan Agama , Agama dan Agama ? Mungkin Pegawai Jabatan Agama tak makan ayam kot? Hinggakan banyak anak-anak ayam berkeliaran waktu malam terutama hujung minggu tunggu nak kena sembelih. Tak ambil berat langsung mereka ni ! Hanya tunggu orang awam bertindak baru mereka sedar yang mereka sebenarnya tengah makan gaji dan sebagai contoh dalam kes kilang Mi di Utara Semenanjung tahun lepas. Apapun kerjaya mereka cukup cekap dan berdisiplin bila bersabit dengan sumber 'makan gaji' mereka. Dalam sibuk-sibuk orang nak pilihanraya ada pulak badut-badut ni atau “parrot” boleh bercakap menyarankan mereka yang berkempen menjaga adab konon. 'Jangan dok mengata atau mencaci sesama mereka yang bertanding' sebab mereka lebih arif tentang adab dan saranan Nabi lebih dari orang lain. Nasihat mereka bahawa perbuatan mencaci , mengata dan melondehkan kelemahan, kezaliman atau kejahatan orang lain akan menerima balasan dari Tuhan. Kita tunggu nanti apabila BN dengan jentera kerajaannya serta segala sumber kewangan tersembunyi mula berkempen besar-besaran. Apa agaknya uztaz-uztaz ni nak kata? Umat Melayu Islam perlu lebih bersikap pemaaf sebab itu sindrom “Tak Apa” masih sebati dalam jati diri di semai dalam kem bina diri. Tak baik mengkritik mengenai penyelewengan atau kepincangan kerana kezaliman yang terbit dari pemimpin yang sedia Islam lebih afdal dari dipimpin yang bakal terpileh tetapi tidak tentu pegangannya. Begitulah maksud segelintir mereka-mereka ini dan kelmarin entah mamat mamat lanjut mana bercakap dalam T.V tapi mereka ini dirujuk sebagai pegawai pegawai Agama. Jangan-jangan Malaysia ada sistem atau akta pertahanan terbaharu yang mampu bersaing dengan saudara sebendera iaitu Negara Bersekutu Amerika. United State ada Patriot Act dan Malaysia pula ada “Parrot Act”
Apapun Ulama adalah pewaris nabi !
Antara lainnya mereka ini mewarisi adab,
mewarisi perangai dan tingkah laku,
mewarisi ilmu,
mewarisi hemah dan hikmah,
mewarisi keadilan.....
Teliti tengok! hanya tumpu pada apa ynag mereka ucapkan sahaja dah tahu apa sebenarnya yang mereka warisi! Sebab ada dua kategori ulama. Kok ya! yang mana satu yaa...
Sebelum saya memohon diri, untuk rakan taulan sini ada pantun teka teki . Kalau nak teka laa!
Pergi kerja dengan menaiki kereta,
Kereta dipandu dengan bersahaja,
Bila terlihat pegawai pegawai agama
Agaknya , apa yang ada dalam songkok mereka?
Komen menurut kenyataan di bawah.
3 pembekal ayam tak sembelih disamanhttp://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20080220010928/Article/index_htmlOleh Fatin Hafizah Mohd Shahar KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Zainuddin Md Zin, semalam memfailkan kira-kira RM5 juta terhadap tiga pembekal dan penjual ayam, termasuk Tesco Stores (Malaya) Sdn Bhd kerana menjual ayam yang tidak disembelih.Zainuddin, 55, menamakan Perak Duck Food Industries Sdn Bhd, CKL Marketing Sdn Bhd dan Tesco sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga dalam saman yang difailkan menerusi Tetuan M K Othman & Co di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Jalan Duta, di sini.Beliau dalam tuntutannya memohon ganti rugi khas, termasuk kos pembelian ayam, kos perbelanjaan makan dan minum bagi pertemuannya dengan wakil dari Perak Duck Food Industries Sdn Bhd dan kos bagi menghadiri pemeriksaan di Bahagian Hab Halal Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) di Cyberjaya.Selain itu, beliau juga menuntut menghadiri pemeriksaan di Persatuan Pengguna Islam (PPIM) di Keramat di sini dan kos untuk menghadiri pemeriksaan di Jabatan Agama Islam Perak di Ipoh yang semuanya bernilai RM1,375.77.Zainuddin juga memohon defendan untuk membayar ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang bernilai RM5 juta kerana defendan pertama dan kedua berlaku khianat dengan membekalkan makanan berlogo halal kepada semua umat Islam.Di samping itu, beliau turut memohon mahkamah untuk menghalang ketiga-tiga defendan untuk menjual, mengedar, memasar atau menyebabkan produk itu berada di pasaran. Plaintif juga meminta mahkamah mengarahkan ketiga-tiga defendan memohon maaf kepada semua umat Islam di negara ini berterusan selama tiga hari di muka hadapan akhbar utama bahasa Melayu dengan menanggung segala kos perbelanjaan.Dalam writ saman berkenaan, beliau juga mendakwa defendan pertama gagal memastikan keadaan ayam yang dihasilkan tidak disembelih mengikut Syara' dan tidak prihatin serta sensitif kepada kehendak umat Islam.Defendan kedua pula didakwa secara cuai menyelia pengeluaran produk yang berlogo halal pada bungkusan itu, manakala defendan ketiga gagal melakukan sebarang pemeriksaan bagi memastikan keselamatan halal produk itu sebelum dipasarkan."Pada 28 Oktober tahun lalu saya membeli tiga ayam selasih di Tesco dan mendapati ayam yang dilabelkan logo halal tidak disembelih dengan betul mengikut prosedur penyembelihan."Sangkaan saya ternyata betul apabila PPIM mengesahkan ayam yang dibeli tidak halal kerana urat leher ayam yang disembelih itu tidak putus," katanya.
No comments:
Post a Comment