3/25/2008

Rukun Negara Pak Lah!

Dilema Rukun Negara Pak Lah!

Kepercayaan Kepada Tuhan

Istilah Hadhari di perkenalkan sebagai tamadun baru penuh toleransi. Sebagai Mujtahid atau Mujadid abad ini dan setelah mencari As Syafie dan Al Ghazali dan mengupas kitab suci maka ini yang terbaik untuk di promosi keseluruh dunia atas tiket Pengerusi OIC.
Master Plan :- Masjid Kristal iaitu Lambang kemajuan Islam dan toleransi beragama dalam Negeri Hadhari Terengganu Darul Iman. Ia menjadi tarikan untuk pelancung se antero dunia.
Arab Saudi, Kuwait dll negara tauke minyak dah setuju dan Presiden Bush serta sekutu dia dah “confirm” kan sebagai pegangan Islam Terbaik untuk Umat Islam seluruhnya.
Tanda tolerannya ialah Masjid Kristal di perkampungan hadhari kalau tak cukup korum tak payah sembahyang jumaat sebab masjid berhampiran pun ada. Masjid lama kita robohkan sebab tak cantik dan usang dan tak perlu perbaiki.






Kesetiaan Pada Raja Dan Negara.

Gambar Raja yang ada pada RM sahaja perlu didaulatkan. Selain itu kita boleh pertikai dan tentang kuasa mereka sebab Raja-Raja tersebut hanya simbol rasmi sahaja. Negara kita adalah milik kita (UMNO- BN ) 50 tahun kita perintah tak kan senang-senang aje nak bagi pada orang lain ambil alih. Bagi tahu rakyat jangan sekali kali buat eksperimen nak ubah kerajaan sebab banyak lagi hasil Negara perlu kita korek atau” correct, correct, correct!”. Kalau dia orang degil nak ubah juga “ kita tengok apa akan jadi?”.




Keluhuran Perlembagaan.

Budak-budak sekolah dah hafal makna leluhurnya dan kita luhurkan diri kita melalui media. Tan Sri Rashid dah kita luhurkan sampai lanjut umur dia setahun lagi. Dulu Perlembagaan mengenai kuasa Raja-Raja dah kita pinda begitu juga Akta Tanah. Sekarang kita gubal pula Akta Lompat Parti sebab keadaan kita getir sekarang ini. Esok kita ubah suai pulak supaya banyak lagi katak lompat pada kita. Paling baik jenis katak pisang.





Kedaulatan Undang-Undang.

Hal ini kita serahkan pada V. K Linggam sebab dia pandai “correct.correct. correct!” Dengan kerjasama Raja atau Tengku mee segera dari keturunan Kesultanan Melaka sebab dia ada darah keturunan Baba dan rapat dengan Baba Tan. Nanti Baba Lim boleh tumpang sekaki.





Kesopanan Dan Kesusilaan.

Melayu mesti ubah cara hidup dan moral mereka begitu rendah. Aku Imam Hadhari dan perlu dicontohi. Amati cara aku peluk Michele Yeoh dengan selamba aje depan anak menantu. Lihat cara aku pimpin tangan Rosmah dan Pidah. Ketiga-tiga perempuan tu bini orang dan bini aku pulak status jangan tanya syyyy! Tengok Rosmah pula macam mana Salman Khan cium dia dan buat biasa aje dan Najib dia sentiasa patuh sebab DNA Al Tantuya bila-bila masa aje boleh di






klonkan untuk bercakap. Cara-cara untuk bersopan dan bersusila boleh belajar kat MB Pahang dan rakan-rakan siap tonggeng lagi.







Generasi baru akan datang perlu mencontohi tabiat dan skap-sikap leluhur kita dan Menteri Pelajaran kena mulakan system baru pembelajaran…

Usaha kita mungkin telah menampakkan hasilnya……… (anak siapa pulak nii!!! )




Kita lanyak mereka dengan gunakan polis kalau rakyat tentang atau buat demonstrasi.”Ini bukan budaya kita”."Tapi Ini Budaya UMNO"




Pi..raah !!!
Dan generasi akan datang pasti tahu menilai kepimpinan kamu.

No comments: