3/13/2008

Sikap Melayu-UMNO

Apa yang dilampirkan berikut menunjukkan mentaliti Melayu-UMNO dan mereka inilah yang menjuarakan diri sebagai pembela agama, bangsa dan negara. Mereka meletakkan diri sebagai pemilik bagi mana-mana negeri mengalahkan agung dan sultan-sultan. Demokrasi ditafsirkan sebagai milik peribadi dan apabila tewas dalam pemilehan maka dengan mudah hendak diruntuhkan segala hak rakyat yang sememangnya adalah merupakan tugas mereka yang telah diamanahkan. Memang tidak salahlah tanggapan ramai bahawa Melayu-UMNO telah secara khianat mewariskan kepada diri mereka serta juak-juak mereka akan segala harta dan kekayaan milik negara ini. Segala harta benda termasuk tanah dan kekayaan hasil bumi hendak mereka boloti sesama sendiri. Itu sebabnya mereka merasakan duit cukai rakyat dan pulangan hasil dari perdagangan negara adalah milik mereka semata-mata. Mereka menganggap kuasa adalah ditangan dan gemar bersikap beraja dihati bersultan dimata. Apa-apa yang dibangun serta dibina menggunakan duit rakyat adalah bulat menjadi hak mereka. Seperti zionis mereka agaknya menganggap bahawa keseluruhan kakitangan awam atau swasta dan lain-lainnya yang bekerja dengan penat lelah membangunkan negara sebagai hamba atau goyim. Kini seperti kebiasaan tabiat mereka apabila tersepit dan teraib diuliti kekecewaan maka secara sembrono ugutan mulai mereka lemparkan. Mangsa mereka sebelum ini adalah Melayu- Kelantan-Bumiputra-Malaysia yang diabaikan dan disisehkan bukan sahaja dari pembangunan malahan hak hasil negeri rakyat kelantan secara kejam telah mereka selewengkan. Sesiapa yang tidak dapat menemui jalan persetujuan dengan mereka adalah musuh yang perlu dihapuskan. Sifat amanah tiada dalam diri mereka dan mereka sebenarnya bangsa yang bertuhankan diri sendiri dan tuhan besar mereka ialah UMNO atau BN. Seperti mana kata-kata yang mereka anggap keramat iaitu "sehingga kiamat hanya dacing yang tinggal"
Syukur Alhamdulillah! kerana rakyat malaysia kini semakin matang dan cerdik sebagaimana yang mereka sarankan waktu PR12. Rupa-rupanya yang belum matang adalah diri mereka sendiri. Sekiranya mereka ingin meneruskan ugutan tersebut eloklah dimulakan secepat mungkin kerana mereka sebenarnya bagaikan orang yang kalah dan tumbang dalam bertinju dan masih ingin menumbuk tetapi tersasar mengenai muka sendiri.


-----------------------------------
In Malaysia Today:

Penang Umno to recommend stopping all state mega projects




Posted by Raja Petra
Friday, 14 March 2008
Penang Umno will recommend to the Federal Government to stop all proposed mega projects in the state, include those planned under the Northern Corridor Economic Region (NCER), the second Penang Bridge, the light monorail transit system, the Penang Outer Ring Road, the Penang Sentral and the RapidPenang bus service.
State Umno secretary Datuk Azhar Ibrahim said the previous Gerakan-led state government had worked together with the federal government to bring all sorts of development to Penang."Since the people have clearly rejected development and made their choice for a change, we will recommend to the federal government to cancel all such projects. Don’t blame us for this," he said after a state liaison committee meeting here today. In March 8 polls, Umno only won two parliamentary seats and 12 state seats.The meeting was chaired by the deputy state Umno liaison committee chairman Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah. Also present were Umno division chiefs from all 13 divisions.Asked if this was Umno’s revenge, Azhar, who was appointed opposition chief, said: "This is not revenge…it is the new government's responsibility to bring development to the state. We have done so many things in the past but we were criticised…we were blamed for wasting this and wasting that.”
To another question if this would bring about any implications to the people, he said: "The people have chosen and they wanted a new leadership."

No comments: