Pada mulanya aku sendiri meragui cerita liwat, tilam dan apartment yang dikaitkan dengan Anwar. Ikut logiknya memang sukar nak percaya tapi lama kelamaan dengan saban waktu, hari , bulan dan tahun peranan yang dimainkan media juga hakim dalam merencana konspirasi maka aku menerima apa yang disampaikan itu benar dan berpendapat bahawa Anwar patut di hukum kerana mencemar Bangsa, Agama dan Negara. Walaupun aku pernah belajar di Yayasan Anda dimana pernah bertemu dengannya dan dia dikatakan termasuk mereka yang mengurus atau merencana keujudan yayasan tersebut tetapi sememangnya aku kagum dengan semangat beliau. Begitu juga aku kagum dengan perwatakan Wan Azizah yang kerap aku jumpa apabila ke Hospital Universiti Petaling Jaya. Wan Azizah waktu itu aku mengecamnya kerana ia merupakan teman wanita pada Anwar Ibrahim yang mana Anwar Ibrahim ketika itu merupakan idola masyarakat dalam memperjuangkan nasib masyarakat miskin. Pernah aku ada bertemu dengan beberapa kerat rakan seperjuangannya yang merupakan rakan pada kakak aku. Mereka terdiri dari bekas-bekas penuntut ITM yang bersama dengannya ketika mengadakan 'Demonstrasi Baling'. Melalui mereka banyak cerita suka dan duka yang di perolehi tetapi kebanyakannya telah aku lupakan.
Kini dengan apa yang berlaku dan penguasaan media yang semakin menyerlahkan wajah sebenar mereka aku yakin apa yang dikatakan kerajaan melaluinya kebanyakannya adalah tidak benar. Apa yang diterbitkan mereka hanya merupakan cerita-cerita manis buat mempengaruhi masyarakat umum. Kita ketepikan tanggungjawab yang sememangnya telah dan perlu mereka lakukan kerana cukai-cukai yang perlu kita bayar buat menggaji mereka untuk berkhidmat. Kita tidak nafikan cerita pembangunan nyata yang mereka lakukan seperti pembinaan sekolah-sekolah , jalanraya . perubatan , keselamatan dan sebagainya. Apa yang kita perlu tahu ialah cara mereka mengurus dan berbelanja duit milik rakyat kearah pembangunan tersebut dan pemantapan ekonomi negara yang kini nampak goyah. Senario pendedahan demi pendedahan segala kepincangan yang cuba diselindungi oleh media-media elektronik utama dan akhbar-akhbar perdana seperti RTM, TV3, NTV 7, Utusan dan Kumpulan Straits Time serta lain-lainnya yang cuba mengalih perhatian kepada hal-hal retorik berjaya mempengaruhi kebanyakan orang. Tetapi apa yang pernah terdedah tidak akan luput selamanya. Dengan peranan internet kita mempunyai alternatif bagi mencari maklumat untuk seimbangkan dengan segala berita-berita kerajaan melalui media-media utama tersebut. Walaupun kita diugut oleh budak Oxford yang pintar itu ( memetik kata-kata Anwar Ibrahim) serta penkid yang tidak upaya ditandingi di johor yang pernah membayangkan internet akan mereka sekat dan hadkan penggunaannya . Maka kebebasan bersuara dan menyatakan kebenaran akan terhapus nanti. Mereka menganggap internet telah disalah gunakan oleh orang ramai bertujuan mewujudkan kekacauan dengan fitnah-fitnah dan berita-berita palsu. Sudahlah hak rakyat untuk mencari untung dalam pasaran kewangan internet global mereka berusaha menyekat dan kini maklumat juga ingin mereka halang demi ketamakkan dan kerakusan mereka untuk menghimpun segala kekayaan buat kepentingan diri dan parti. Apapun media-media utama sekarang ini memang diperlukan oleh mereka yang kini amat terdesak bagi menentukan keujudan mereka di bumi bertuah ini. Andainya mereka tewas walaupun nampak agak mustahil tetapi kemungkinan tetap akan ada. Kita boleh bayangkan keadaan mereka yang merupakan perompak atau pencabul yang bertopengkan politik ketika tewas nanti. Apa akan jadi apabila pentadbiran baru mengambil alih yang pastinya akan lebih telus kerana maklum akan segala penyelewengan yang berlaku. Apakah kapalterbang akan dipenuhi mereka ini dan koncu koncu kerajaannya untuk melesapkan diri keluar Negara.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Bagi sesiapa yang berminat nak dengar pengakuan Tun Mahathir mengenai kezaliman yang telah beliau lakukan pada Anwar Ibrahim sila layari Youtube dan pada” SEARCH” klik ‘saya zalim anwar ‘. Banyak cd-cd telah diedarkan oleh B.A dan boleh dapatkan salinan percuma dari mereka.