Kita tidak akan lupa mengenai konflik kepimpinan Tun Mahathir sebaik sahaja menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia. Apa pula kaitan Setiusahanya ( tak ingat s/saha Sulit ke s/usaha politik) dengan kedudukan dia sebagai pemimpin nombor satu Malaysia ketika itu. Dengan tertangkapnya setiausaha tersebut atas akta Keselamatan Dalam Negeri maka makna kaitan Tun Mahathir dengan KGB ( waktu krisis Dwi Polar antara Empayar Rusia Dan Amerika )menerusi setiausahanya itu masih menjadi tanda Tanya.
http://www.aliran.com/oldsite/high9908b.htm
Sebagai seorang pemimpin yang tahu apa yang ia lakukan dengan melihat pada ketegasan dan pendiriannya yang tidak mahu beralah walaupun menerima tekanan, keadaan Tun Mahathir waktu itu amat kritikal. Memperlihatkan karismanya yang mampu mempengaruhi rakan-rakan dan lawan ia telah berjaya mengasingkan isu kepimpinan kepada isu-isu baru yang belum terfikir oleh kita rakyat Malaysia ketika itu. Dengan idea-idea pembaharuan-pembaharuan yang di kira amat drastik waktu itu ia berjaya memacu pertumbuhan ekonomi dan teknologi hingga mencapai taraf negara membangun kepada negara maju. Dengan segala kesibukan tersebut kita seperti mana ia pernah canangkan " melayu mudah lupa" dan rakyat malaysia khususnya melayu, kita sebenarnya tidak tahu sejauh mana ia pernah terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan Agensi Perisikan KGB tersebut. Tetapi kesan atau bekas yang ditinggalkan dari konflik tersebut masih berbekas. Kerap juga kita sering melihat kaitan hubungan baik beliau dengan Rusia apatah lagi dengan bekas pemimpin komunis umpamanya Gorbachev yang agak kerap berada bersamanya dalam forum-forum yang di anjurkan pada peringkat dunia. Hubungan akrab antara Malaysia dengan Rusia terus terjalin menerusi pembelian peralatan perang seperti Sukhoi dan serta projek Angkasawan menerusi Timbalan Perdana Menteri sekarang yang merupakan orang harapan Tun Mahathir bagi menggantikan Pak Lah. Malangnya pada era kepimpinan Pak Lah yang menjalin hubungan lebih akrab dengan U.S menyaksikan konflik yang lebih rumit lagi yang mana boleh menggugat keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia. Adakah Najib sebenarnya terperangkap dengan konspirasi pembelian jet sukhoi dan lain-lain peralatan perang dan dikaitkan dalam kes pembunuhan Al-Tantuya yang pasti meletakkan Najib dalam situasi tersepit di bawah pengaruh dan kekuasaan Pak Lah. Betul atau tidak Najib terlibat dengan pembunuhan tersebut seperti yang disebarkan masa kempen PR12 hanyalah mahkamah dapat menjelaskan segalanya. Namun tidak dapat nafikan bahawa kisahnya bermula dengan pembelian peralatan ketenteraan yang berkait rapat dengan kisah Razak Baginda dan Al-Tantuya.
Masih ujudkah sebenarnya persaingan antara Amerika Syarikat dan Rusia yang kembali muncul menampakkan taringnya setelah Putin berjaya membebaskan bekas Kuasa Dunia itu dari belenggu hutang dan tekanan ekonomi yang dikenakan oleh Amerika dan sekutu-sekutunya.
http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/content/article/2007/02/10/AR2007021000524.html
Apabila Tun Mahathir mula menampakkan sikap dominan dan keceluparannya dalam politik negara dan mengganggu gugat pentadbiran Pak Lah menerusi PR12 serta saranannya menekankan betapa perlunya Najib mengambil alih pentadbiran dari Pak Lah, seolah-olah era perang dingin kembali meniupkan pesannya di pentas dunia. Dengan senario kejatuhan ekonomi dan pasaran wang yang mula menipiskan nilai matawang Amerika yang memberi impak besar pada matawang lainnya maka harga minyak mentah yang melonjak tinggi di pasaran dunia telah memberi lebih ruang pada Rusia yang telah bebas dari belenggu hutang mereka. Dengan menggunakan jiran di sempadan negaranya yakni Iran dan dengan peluang bekalan minyak terbesar dan konflik Irak dan Afghanistan yang semakin merugikan Amerika Syarikat dan sekutunya, maka Rusia yang semakin pulih mula menampakkan kekuasaan dan ancaman pada Amerika. Rusia melalui perjanjian ekonomi dan ketenteraan dengan Republik Islam Iran memaksa Amerika dengan tiada pilihan lain lagi kecuali mengukuhkan kekuatan tenteranya di segenap rantau dan ini termasuk mengukuhkan pengaruh serta dominasinya di rantau Asia Iasifik dan Asia Tenggara. Dengan kesempatan menggunakan laluan Selat Melaka yang lokasinya menjadi asas pilihan penguasa-penguasa terdahulu dari saki baki tentera salib "Knight Templer" zaman pertengahan dan kini atas ehsan Pak Lah, kebenaran menggunakan laluan strategik tersebut agak sukar ditarik balik. Aktiviti-aktiviti ketenteraan yang aktif di Teluk Arab sekarang ini serta ancaman-ancaman kedua pihak yang semakin ketara memperlihatkan seolah olah perang tidak mungkin dapat dielakkan lagi.
Apakah sebenarnya perang dingin antara Amerika dan Rusia telah kembali muncul dan di negara kita kesan dari persaingan tersebut telah pun bermula antara bekas pemimpin dengan pemimpin serta bakal pemimpin sekarang ini. Memang tidak dinafikan bahawa Negara-Negara Berkecuali telah lama lena dari memainkan peranannya secara aktif dan mungkin telah pun berkubur. Penguasaan global oleh kapitalis-kapitalis kewangan dan ekonomi semasa ketiadaan bayang Kuasa Tentera Rusia telah banyak mempengaruhi kebanyakan negara-negara di dunia serta pemimpinnya. Zionis yang berjaya mempengarui serta menguasai setiap ruang ekonomi, kewangan, media serta pendidikan di hampir seluruh dunia selama beberapa dekad kini kembali mencaturkan sesuatu. Seperti mana yang tercatat dalam kanun Albert Pike ( illuminati )waktu ini adalah masanya untuk melagakan dua tamadun yang besar iaitu Islam dan Kristian bagi merencanakan satu kemusnahan total. Dari kemusnahan tersebut manusia kelak yang menderita dan tersepit akibat perang akan mudah digembalakan dengan keinginan manusia itu sendiri enggan lagi merujuk dan berpegang pada ajaran agama yang mengakibatkan persengketaan dan kemusnahan.
Di era kejatuhan Tun Mahathir yang menyaksikan pengaruhnya semakin terhakis ekoran krisis matawang dunia dan politik telah memaksa ia dengan rela meletakkan Jawatannya sebagai Perdana Menteri yang sebelumnya telah pun memperlihatkan berlangsungnya hubungan baik antara Presiden Bush dan Pak Lah. Pertukaran pendapat menerusi panggilan telefon antara Pak Lah (waktu itu sebagai timbalan Perdana Menteri )dan Presiden Bush dalam peristiwa 11 September menyaksikan akta yang sama di negara ini mula di guna pakai oleh Amerika untuk kem-kem tahananya di seluruh dunia dan sebagai contohnya Penjara Guantanamo. Dengan pujian melangit oleh ahli senat Amerika di dalam mesyuarat kongress mereka menyentuh reputasi Unit Cawangan Khas Malaysia ketika memerangi pengganas dunia ekoran kejadian September 11 menambahkan lagi pertalian erat barat dengan Pak Lah. Dengan pegawai-pegawai diplomat yang paling ramai dari mana-mana lokasi pun di dunia ini, kedutaan Amerika di Jalan Ampang bagaikan sarang tebuan yang tidak pernah di usik. Kita mula menyaksikan pengaruh Tun Mahathir mula dihakis selepas itu bermula dengan projek Jambatan ke Singapura yang memperlihatkan sikap protes dan toleran Pak Lah terhadap Tun Mahathir dan republic tersebut. Singapura yang mendapat kesempatan dari peluang yang amat diidamkan mereka dan bermula dengan agenda KJ untuk menyatukan semula semangat muhibah antara Singapura dan Malaysia telah mempertunangkan Pemuda UMNO dengan PAP. Dengan kapitalis-kapitalis Singapura yang dikatakan banyak membiayai projek-projek pembangunan di Malaysia telah berlansung kepada wujudnya projek WPI di Selatan Johor. Singapura yang dikenali sikap provokasinya terhadap kedaulatan Malaysia diera kepimpinan Mahathir nampak sedikit tenang dan sejuk diwaktu kepimpinan Pak Lah." Air yang tenang jangan disangka tiada buaya” kita tidak tahu apa motifnya atau adakah perisikan Singapura yang berguru dengan Mosad dan bersekongkol dengan C.I.A telahpun meresap kedalam pentadbiran Negara kita.
Sikap akur membabi buta Najib pada Pak Lah seakan-akan memperlihatkan kepasrahannya dan kita tidak dapat menjangka selama mana Najib terpaksa tunduk dan akur pada pengaruh Pak Lah dan menantunya. Mungkin usaha konspirasi penyelamatnya iaitu Tun Mahathir dengan kegiatan T. Razaleigh dapat mengheretnya keluar dari cengkaman pengaruh Pak Lah dan kroni-kroninya yang rapat dengan Singapura dan Amerika Syarikat. Gendang perang yang sedang di palu rancak di Timur Tengah hanya masa yang menentukan bilakah ledakan pertama akan berlaku. Dengan senario politik Amerika serta keruntuhan nilai matawangnya yang semakin merudum serta kenaikan harga minyak dunia yang semakin tinggi, ditambah pula dengan keadaan semakin tidak stabil di Timur Tengah, sesiapa sahaja boleh mengambil kesempatan untuk memulakannya. Seperti mana pernah ia meramalkan kejatuhan Empayar Rusia semasa ia berhubung baik dengan Gorbachev kini seolah-olah Tun Mahathir terlihat sesuatu yang bakal menguntungkan dirinya. Untuk itu ia perlu melakukan sesuatu dengan segera dan sikap yang di tonjolkan olehnya sekarang ini memperlihatkan betapa terdesaknya dia dan ia akan membaling apa sahaja yang mampu dicapainya asalkan perhatian dapat di perolehinya. Apapun motifnya ia menyerang DSAI kita tidak tahu secara pasti tetapi yang pastinya ia tidak mahu ada orang lain merebut habuan yang berada ditepi pagarnya yang semakin mereput dan runtuh.
No comments:
Post a Comment