2/29/2008

Re:Inilah Imam Hadhari kita...huhuhu

To: 'Shimah';


Tapikan! Ramai dari golongan kita orang melayu sanggup membeli apa saja idea asalkan bunyinya Melayu atau Islam. Ada pula yang macam laki-bini yang sedang bertengkar-sakan dan diselubungi perasaan geram, marah dan benci . Aleh-aleh! Bila bersendirian dan tenang waktu termenung kat bilik tidur sorang-sorang mula lah teringat segala kisah duka dan suka waktu bersama-sama bergurau senda. Walaupun tahu isteri atau suaminya atau pasangan kekasih masing-masing telah mengkhianati dan bermain kayu tiga, empat atau lima tapi nak buat keputusan untuk berpisah semakin hari terasa semakin berbelah bahagi takut nanti jadi gila talak pulak! Lebih-lebih lagi apabila pengaruh ekonomi menjadi carta dalam saku buat menghitung perbelanjaan harian maka berfikir untuk berpisah bagaikan memasang kawat duri yang bakal menambahkan derita. Kadangkala bila berlanjutan dipengaruhi sifat marah ada waktunya sedikit senyuman dari pasangannya bisa menjadi titisan hujan menyirami tanah gersang yang kemarau sepanjang musim. Terhegeh-hegeh dan berdebar-debar sanggup menyambut huluran tangan buat satu sentuhan bagaikan ubat penawar duka. Sikap demikian telah banyak yang terdapat dewasa ini rata-rata pada golongan muda. Apabila kembali bersama dan bersetuju untuk memperbaiki dan mengukir kembali sumpah dan janji maka babak kedua bermula tetapi tidak tahan lama. Perasaan masih diulit dendam dan rasa tidak puas hati lebih-lebih lagi bila terdengar rengekan isteri yang pernah durjana dan laki yang sedikit merudum aksinya.
Begitulah kita sebagai pengundi-pengundi hidup dan kita ketepikan pengundi-pengundi hantu! Kita yang hidup ni sering berbelah-bahagi untuk bicara lainlah mereka yang langsung tak boleh nak cakap atau bangkang sebab mulut penuh dengan makanan disuap tak henti-henti. Bukak mulut aje suap walaupun nak tarik nafas pun SUAP! Macam mana! Jadi mereka yang asyik menggentel kepingan kertas berdaulat tu kita ketepikan jugak sebab dia orang tu lain spesis! Iaitu sejenis tungau atau langau! Diaorang tak kisah nak hinggap mana-mana lebih-lebih lagi yang di celah-celah ()@#&%$$$. Kita kena buat keputusan dan teguh berpendirian dan kata-kata manis macam soldadu berahi jangan dilayankan sangat dan jangan terpengaruh. Sering aje berbisik, memujuk rayu disulam dengan segala janji madu dan semakin dekat semakin kembang-kempis lubang hidung dan liur pun meleleh tanpa sedar. Dinasihatkan supaya segala pujuk rayu tersebut usahlah kita terpengaruh sebab sebaik aje soldadu tu dah atau puas belum berpaling aje kita akan lihat dia orang dah bergegas pergi macam langsung tak pernah kenal. Fikir baik-baik!
Apa yang sudah tu sudahlah!!!! Jangan kita asyik nak mneyesal aje tak habis-habis.


From: Shimah

Inilah Imam Hadhari kita...huhuhu


Agaknya mmg dia ni syok kat Michelle kot..

2/28/2008

Dia tidak akan dengan semudah itu mengaku dan meluahkan penyesalannya kalau bukan kerana melihat dan mengetahui akan bahaya yang bakal menimpa negara. Setelah memerintah selama 4 penggal mengurus negara serta mentadbir kabinet dan memacu negara kearah kemajuan dan kepesatan ekonomi ia diakui dan disegani di peringkat antarabangsa. Walaupun kenyataan-kenyataannya atau cara politiknya agak tegas dan memedihkan telinga dan hati pihak lawan ia terus berusaha membawa keluar negara dari kegawatan ekonomi tanpa mencungkil keluar wang dari saku rakyat yang sedia ada. Tindakannya memanipulasikan simpanan tabung-tabung korperat dan tabung-tabung yang dimilik rakyat bagi menstabilkan ekonomi sememangnya amat dikesali. Tindakan yang terdesak dan drastik itu mungkin dipertimbangan sebagai alternatif bagi menyaingi konspirasi barat untuk menguasai ekonomi dan kewangan yang terbukti telah mengakibatkan penurunan matawang negara-negara sasaran di dunia. Rusia yang turut menerima tekanan tersebut ketika itu dan penderitaan yang dilalui mereka kini telahpun melunaskan segala beban yang tertanggung akibat dari konspirasi Zionis Barat yang ingin memonopoli kekayaan dunia. Urusan yang telus dalam ekonomi tanpa rasuah telah membuat Rusia kini muncul kembali memainkan peranan di pentas dunia yang ingin di UNIPOLAR-kan oleh barat. Mana-mana negara yang masih bertatih dan diuruskan hampir keseluruhannya untuk kepentingan diri dan kroni akan tetap kekal di-bawah pengaruh barat melalui goyim-goyim terpileh.
Tun Mahathir akhirnya membuat pengakuan ikhlasnya dan pengakuan itu tidak akan terbit tanpa rasa bersalah atas keterlanjuran mainan politiknya yang mengakibatkan Anwar Ibrahim menerima bahana. Rakan-rakan politik Anwar dan mereka yang merencanakan kejatuhannya ketika itu kebanyakan mereka mengetahui konspirasi tersebut. Demi kemandirian politik serta kedudukan mereka berupaya pendamkan kebenaran dan terus hidup dengan segala penipuan tersebut. Akibat dari keterlanjuran menyembunyikan kebenaran maka apa yang ditelan setiap hari telah terasa semakin enak dan selesa hingga membawa sikap buruk mereka itu kepada era kepimpinan Pak Lah. Tabiat selesa dengan pengkhianatan dan kemungkaran membuatkan mereka berasa baik atas segala penyelewengan yang dilakukan. Segal senario kecurangan, skandal seks, pembolotan harta dan perniagaan serta rasuah telah terbit semakin kerap dan rakyat sendiri menyaksikan kekalutan yang semakin kerap terpancar dari kantung kepimpinan yang semakin lemah dan dipengaruhi pihak tertentu. Dengan harta yang berbillion Ringgit sebagai aset mereka, tokoh-tokoh korporat terkemuka mampu mempengaruhi apa sahaja dalam pentadbiran kerajaan yang diselubungi rasuah yang sama-sama saling bergantung untuk kemandirian politik dan perniagaan. Anwar telah mengalami bahana pengkhianatan mereka malah ramai lagi yang lain. Rakan-rakan politik Anwar yang kelihatan tidak bermaruah bagaikan ular lidah bercabang telah terlupa mereka bertuhankan Allah s.w.t yang Maha Mengazab. Mereka kini telah bertuhankan tokoh-tokoh korporat dan bertaklid pada media-media prima yang sebenarnya mereka sendiri yang ujudkan. Segala urus tadbir dan agihan peruntukan pada rakyat digambarkan sebagai semata-mata kebaikan dan keadilan mereka. Rakyat yang tertipu melihat mereka sebagai pelindung yang jujur tanpa menyedari perompakan sebenar yang dilakukan oleh mereka mengkhianati urus tadbir wang dan ekonomi negara. Hakikatnya mereka menghulur secebis dari himpunan hak rakyat yang sepatutnya mereka sumbangkan tetapi kebanyakan dari hak tersebut diagih-agihkan bagi memperkayakan sesama mereka. Media-media utama sebagai penyampai cerita manis dari mulut mereka diolah bertujuan mempengaruhi masyarakat marhain dan penipuan tanpa disedari rakyat itu kerap dimainkan saban hari hingga rakyat menerimanya sebagai satu kebenaran. Begitulah penipuan yang kerap disumbat kedalam minda akhirnya terserap ke dalam fikiran tidak sedar dan menjadi propaganda dan modal politik bagi mereka membohongi rakya. Setelah menghirup madu yang dihimpunkan oleh rakyat dengan segala susah payah malahan korban jiwa mereka kemudian menyemburkan racun yang membawa derita pada keseluruhan rakyat hingga anak-anak kecil turut merasai sengsara. Ramai pula masyarakat terpedaya yang masih sanggup menjinjing tugas dan mengkelek beban tanpa ingin mengerling pada kecurangan yang berlaku di depan mata walaupun jelas ianya berlaku. Apakah kita perlu menerima sindiran kelak kerana keculasan dan kesanggupan kita mendakap musang sebagai teman waktu tidur dan jaga. Kesanggupan kita kerana asyik dengan retorik emosi dan nyanyian muzik klasik yang dihiburkan biduan dan biduanda kerajaan menyebabkan kita tidak lagi mampu untul melangkah dan berhijrah. Apakah ‘tiada umno maka tiada melayu’ mengatasi ungkapan legenda ‘Tidak Akan Melayu Hilang Di Dunia’ Apakah keris yang tinggal sebatang itu menenggelamkan kisah keris legenda ‘Taming Sari’ yang sebenarnya mengartikan semangat yang kental yang sentiasa berevolusi dalam diri bangsa. Menghunus keris dan mengucupnya melambangkan sikap kepahlawanan ketika bertempur musuh atau Sultan yang melambangkan kekuasaan totalnya. Apakah tindakan sembrono pemuda-pemuda liar itu menghunus keris dan berpencak diatas gelanggang yang lecak tidak akan memercikkan cemar pada agama, bangsa dan budaya?
Sampai bilakah kita rakyat marhain mahu menyedari hakikat sebenar? Apakah tidak cukup dengan segala pendedahan kecurangan, penyelewengan dan pengkhianatan yang pastinya bukannya muncul dengan sengaja tetapi sebagai peringatan! Masihkah lagi kita selesa dan percaya sepenuhnya segala karangan dan sandiwara mereka melalui media-media prima yang dimanipulasikan secara tidak betul dan berat sebelah. Kita sebagai rakyatlah yang menanggung segala apa yang mereka sedang lakukan dan bakal menerima hirisan tajam keris yang mereka tarikan secara sumbang dalam pencak politik dan ekonomi. Betapa besar ertinya hijrah Nabi s.a.w dan terasa betapa teguh, cekal dan sabarnya mereka yang menuruti Nabi s.a.w ketika itu. Umat melayu yang kini berada seperti mana Jahiliah Quraish dengan segala kecurangan, pengkhianatan, perculikan, pembunuhan, skandal seks sama ada pergaulan bebas dan tidak bebas, seks luar tabie dan yang sumbang menyusul dari kepesatan serta berkembang biaknya lubuk-lubuk maksiat dan perjudian, perkosaan serta pembunuhan kanak-kanak dan bayi, penganiayaan terhadap wanita, kecurian, ragut dan rompakan benar-benar telah kembali mengisi ruang yang telah dikosongkan dalam sejarah keruntuhan umat manusia
Malang sekali kita kini telah turut diheret ke zaman Jahiliah Bani Israil yang mempromosi penyelewangan agama di mana Nabi Musa dan Nabi Isa a.s sendiri pernah berhadapan dengan situasi tersebut. Betapa pendita-pendita yang tamak dan pengampu pemerintah memutar belitkan ajaran dalam kitab dan menyesuaikannya dengan kebejatan yang berlaku. Kini ulama-ulama pengampu dan pendakwah komersil tidak lagi menyeru untuk menyampaikan peringatan takut dan gembira atau mengembangkan ajaran suci tetapi bersekongkol mempertahankan kebejatan pemerintah yang nyata terlalu kotor dengan najis untuk disamak. Tiada teguran atau nasihat mereka pada setiap penyelewengan yang berlaku dan mereka tidak lagi mengindahkan kebajikan penganut agama ini. Seperti mana yang berlaku terdahulu maka ianya berulang kembali iaitu jika ada di antara mereka yang bersuara maka padahlah yang bakal menimpa. Apabila wahyu memaktubkan bahawa islam itu telah lengkap dan sempurna sebelum wafatnya Nabi Muhammad s.a.w apakah pendekatannya sahaja masih tertinggal dari Kalam Maha Suci. Kini pendita-pendita islam seolah-olah terpaksa mencari rumusan untuk mengektrasikan pendekatan yang tertinggal itu. Dengan autoriti yang dimiliki, mereka merejam masyarakat dengan ketakutan dan amaran dikutip hanya cebisan dari sebahagian kanun-kanun bertujuan untuk menyebelahi pemerintah. Membicarakan segala kebejatan pemerintah dituduh mengumpat dan dirujukkan pada hukumanTuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Menghukum. Andainya pendedahan untuk segala penyelewengan sebagai pengkhabaran bagi kebaikan umum juga merupakan satu yang terlarang atau taboo maka apa lagi yang tinggal untuk umat manusia menghindar dari kezaliman.
Dahulu beliau yang pernah digelar Maha Firaun malah pernah mengaku kedaifan dan kejahilannya dalam agama kini telah dengan rela hati menyatakan penyesalannya. Mungkin ia menyesal atas pertimbangan politik yang silap dan tidak menyangka betapa ramai Brutus- brutus Anwar yang ujud ketika itu dan mengambil kesempatan menghina dan melontar rakan baik mereka itu ke lembah hina yang paling dalam. Beliau masih dikira beruntung untuk mengetahui apakah nanti tindak balas orang yang telah dianiayai dan dizaliminya dan beliau masih lagi belum dimumiakan. Bagaimana pula dengan dia dari keturunan ulama dengan bait sajak tersohor untuk mencari As-Syafie dan Al-Ghazali juga mampu pula mengupas Kitab Suci ? Apakah dengan perwatakan dan lagak “Mr Clean”nya yang semakin diselaputi lumpur mampu merubah umat ke arah ketakwaan dan penyerahan pada Zat Yang Maha Mencipta. Secara halus ia telah menempatkan dirinya sebaris dengan As-Syafie dan sebangku dengan Al-Ghazali yang dikenali sebagai Pembaharu Agama. Apapun segalanya terletak pada kejujuran dan keikhlasan kita tanpa mementingkan perut sendiri untuk menentukan siapa yang bakal menerajui umat manusia mengharungi zaman getir yang menemukan Islam dengan pemungkar-pemungkar. Kita yang memileh pelindung generasi yang bakal menunjuk arah antara Penyelamat Umat Manusia atau Peneraju Mungkar yang akan memastikan hala tuju dunia amnya. Islam yang universal telah termaktub dalam Wahyu terakhir . Kita hanya perlu lebih bijaksana dan apa yang berlaku dan rasionalisasi dalam mentafsirkan keadaan dan kejadian dengan bersandar pada Wahyu Agung mampu menemukan kita pada sesuatu disebalik segala retorik dan ugutan dari mereka yang kini terdesak. Ingatlah hanya segelintir umat beriman yang tertinggal dan seluruh Umat kini memerlukan pembimbing sebenar bagi mengahrungi dunia yang semakin mencabar ketabahan dan keimanan. Berhati-hatilah pada sesuatu saranan yang memperlihatkan hanya keuntungan dunia bagi pemuja-pemujanya walaupun ia disalut dengan segala keindahan dan haruman.

2/22/2008

Siapa agaknya yang lebih prihatin mengenai ibadah umat islam ( sebab berkaitan makan pun sejenis ibadah juga.) Pegawai Pelancungan , Kesenian dan Sukan atau pegawai Jabatan Agama , Agama dan Agama ? Mungkin Pegawai Jabatan Agama tak makan ayam kot? Hinggakan banyak anak-anak ayam berkeliaran waktu malam terutama hujung minggu tunggu nak kena sembelih. Tak ambil berat langsung mereka ni ! Hanya tunggu orang awam bertindak baru mereka sedar yang mereka sebenarnya tengah makan gaji dan sebagai contoh dalam kes kilang Mi di Utara Semenanjung tahun lepas. Apapun kerjaya mereka cukup cekap dan berdisiplin bila bersabit dengan sumber 'makan gaji' mereka. Dalam sibuk-sibuk orang nak pilihanraya ada pulak badut-badut ni atau “parrot” boleh bercakap menyarankan mereka yang berkempen menjaga adab konon. 'Jangan dok mengata atau mencaci sesama mereka yang bertanding' sebab mereka lebih arif tentang adab dan saranan Nabi lebih dari orang lain. Nasihat mereka bahawa perbuatan mencaci , mengata dan melondehkan kelemahan, kezaliman atau kejahatan orang lain akan menerima balasan dari Tuhan. Kita tunggu nanti apabila BN dengan jentera kerajaannya serta segala sumber kewangan tersembunyi mula berkempen besar-besaran. Apa agaknya uztaz-uztaz ni nak kata? Umat Melayu Islam perlu lebih bersikap pemaaf sebab itu sindrom “Tak Apa” masih sebati dalam jati diri di semai dalam kem bina diri. Tak baik mengkritik mengenai penyelewengan atau kepincangan kerana kezaliman yang terbit dari pemimpin yang sedia Islam lebih afdal dari dipimpin yang bakal terpileh tetapi tidak tentu pegangannya. Begitulah maksud segelintir mereka-mereka ini dan kelmarin entah mamat mamat lanjut mana bercakap dalam T.V tapi mereka ini dirujuk sebagai pegawai pegawai Agama. Jangan-jangan Malaysia ada sistem atau akta pertahanan terbaharu yang mampu bersaing dengan saudara sebendera iaitu Negara Bersekutu Amerika. United State ada Patriot Act dan Malaysia pula ada “Parrot Act”
Apapun Ulama adalah pewaris nabi !
Antara lainnya mereka ini mewarisi adab,
mewarisi perangai dan tingkah laku,
mewarisi ilmu,
mewarisi hemah dan hikmah,
mewarisi keadilan.....

Teliti tengok! hanya tumpu pada apa ynag mereka ucapkan sahaja dah tahu apa sebenarnya yang mereka warisi! Sebab ada dua kategori ulama. Kok ya! yang mana satu yaa...


Sebelum saya memohon diri, untuk rakan taulan sini ada pantun teka teki . Kalau nak teka laa!

Pergi kerja dengan menaiki kereta,
Kereta dipandu dengan bersahaja,
Bila terlihat pegawai pegawai agama
Agaknya , apa yang ada dalam songkok mereka?

Komen menurut kenyataan di bawah.

3 pembekal ayam tak sembelih disamanhttp://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20080220010928/Article/index_htmlOleh Fatin Hafizah Mohd Shahar KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Zainuddin Md Zin, semalam memfailkan kira-kira RM5 juta terhadap tiga pembekal dan penjual ayam, termasuk Tesco Stores (Malaya) Sdn Bhd kerana menjual ayam yang tidak disembelih.Zainuddin, 55, menamakan Perak Duck Food Industries Sdn Bhd, CKL Marketing Sdn Bhd dan Tesco sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga dalam saman yang difailkan menerusi Tetuan M K Othman & Co di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Jalan Duta, di sini.Beliau dalam tuntutannya memohon ganti rugi khas, termasuk kos pembelian ayam, kos perbelanjaan makan dan minum bagi pertemuannya dengan wakil dari Perak Duck Food Industries Sdn Bhd dan kos bagi menghadiri pemeriksaan di Bahagian Hab Halal Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) di Cyberjaya.Selain itu, beliau juga menuntut menghadiri pemeriksaan di Persatuan Pengguna Islam (PPIM) di Keramat di sini dan kos untuk menghadiri pemeriksaan di Jabatan Agama Islam Perak di Ipoh yang semuanya bernilai RM1,375.77.Zainuddin juga memohon defendan untuk membayar ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang bernilai RM5 juta kerana defendan pertama dan kedua berlaku khianat dengan membekalkan makanan berlogo halal kepada semua umat Islam.Di samping itu, beliau turut memohon mahkamah untuk menghalang ketiga-tiga defendan untuk menjual, mengedar, memasar atau menyebabkan produk itu berada di pasaran. Plaintif juga meminta mahkamah mengarahkan ketiga-tiga defendan memohon maaf kepada semua umat Islam di negara ini berterusan selama tiga hari di muka hadapan akhbar utama bahasa Melayu dengan menanggung segala kos perbelanjaan.Dalam writ saman berkenaan, beliau juga mendakwa defendan pertama gagal memastikan keadaan ayam yang dihasilkan tidak disembelih mengikut Syara' dan tidak prihatin serta sensitif kepada kehendak umat Islam.Defendan kedua pula didakwa secara cuai menyelia pengeluaran produk yang berlogo halal pada bungkusan itu, manakala defendan ketiga gagal melakukan sebarang pemeriksaan bagi memastikan keselamatan halal produk itu sebelum dipasarkan."Pada 28 Oktober tahun lalu saya membeli tiga ayam selasih di Tesco dan mendapati ayam yang dilabelkan logo halal tidak disembelih dengan betul mengikut prosedur penyembelihan."Sangkaan saya ternyata betul apabila PPIM mengesahkan ayam yang dibeli tidak halal kerana urat leher ayam yang disembelih itu tidak putus," katanya.
Kalau Rakyat Malaysia tak mahu sedar juga entah lah!
Untuk perubahan sekaranglah masanya! sebelum kita yang bagaikan telah tinggal tulang diratah isinya oleh pelahap-pelahap BN sehingga tulang pun tak ada ! Khususnya Melayu ( Islam )yang sentiasa dicengkam perasaan syak-wasangka dan tertipu dengan retorik kosong pemimpin-pemimpin UMNO janganlah nanti menjadi tali-barut dalam memusnahkan entiti sendiri. Ekoran terlalu taksub dengan Agenda Melayu oleh pemimpin-pemimpin rasuah mereka maka rasional diketepikan seolah olah UMNO itu terlalu suci melebihi agama yang mereka sandang sejak nenek-moyang. Melihat ke arah pihak lain bagaikan melihat harimau atau khinzir yang difikirkan mahu mengoyak diri mereka atau mencemar agama mereka.
Melayu-melayu sebegini tertipu dengan segala doktrin dan pengkhianatan yang sebenarnya amat jelas berlaku di depan mata mereka serta diketahui umum.
Apakah ada alasan lagi untuk mereka atau masih sibuk mencari jawapan balas yang tidak akan diketemui tentang segala fakta penyelewengan dan pengkhianatan.
Tak ingin lagi untuk sedar mereka masih mampu untuk mencari keaiban orang yang ingin menyedarkan mereka dari lamunan mimpi-mimpi lunak. Mereka agaknya bertuhankan UMNO dan berugamakan BN dan akidah mereka ini terlalu sebati dan mereka menuduh pula orang lain terlalu taksub? Hinggakan Islam Hadhari yang tidak jelas kandungan isinya dan tuntutannya menjadi Mazhab Baru cetusan Mujtahid alaf baru.
Syabas Pak Lah kerana akhirnya berjaya meletakkan diri sendiri setanding dengan Pembaharu-Pembaharu Agama kurun-kurun terdahulu. Mencari Al- Ghazali dan ingin mengupas kitab suci dan akhirnya menemui As-Scomi dan pasrah di hadapan Al-Khairi.
Kenapa mereka masih lagi sanggup mengharap janji dari musang atau membelai buaya lapar kita tidak dapat nak fahamkan?
Mungkin Asid UMNO bukannya Asid Amino telah mengambil tempat di dalam DNA mereka. Rata-rata yang kelihatan masih aktif dan kuat berusaha menegakkan benang basah ini terdiri dari mereka yang jelas mempunyai kepentingan materialisma dan terlalu berahi pada segala peluang kesenangan atau sekadar ingin menumpang kesenangan. Kemenangan bakal membuatkan mereka ghairah memendam berahi dan rakus melihat ke serata peluang yang menjadi milik orang dan hak ramai.
Bak pepatah melayu. ‘ Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong’ Kerana terlalu sanggup atau menjadi 'pak sanggup' maka pipi dan muka disorong-sorong hingga mencecah serombong najis pemimpin-pemimpin mereka.
Benarlah bahawa tungau memang tak dapat dipisahkan dengan najis!