9/27/2011

Sebelum syawal melabuhkan tirainya, bagi pihak pekena.tk harap belum lagi terlambat kiranya kami mengucapkan Selamat Hari Raya dan semoga ibadah dalam bulan Ramdhan yang disambung di bulan Syawal dapat diteruskan bagi memanfaatkan usia demi kemanfaatan awam. Pekena.tk turut ingin mengucapkan ribuan terimp kasih kepada pihak-pihak serta orang perseorangan yang membantu serta merealisasikan hasrat serta impian mereka yang terpinggir juga yang mendapat kesusahan serta mereka yang mengalami petaka.
Kepada penduduk Bandar Baru Perda, Teluk Kumbar,Pulau Pinang kami mengucapkan ribuan terima kasih terutama En Mohd Ghani serta En Zailan yang  mahu tidak mahu terpaksa diakui, adalah merupakan nadi bagi gerak kerja amal serta kebajikan penduduk-penduduk. Walaupun berlainan sayap politik, kerjasama dan usaha tuan-tuan berdua sedikit sebanyak dapat membantu penduduk-penduduk yang memerlukannya. Semoga amal yang tuan-tuan lakukan diberi rahmat dan kurnia dari Allah s.w.t.
Kepada pihak Blok Rakyat Bayan Lepas usaha keras sekadar yang termampu dalam mengetengahkan isu-isu kemasyarakatan dan bantuan yang dihulurkan kepada penduduk Bayan Lepas terutamanya Sg Batu dan Teluk Kumbar tidaklah akan dilupakan.Usaha tuan-tuan menangani isu terutama isu terkini iaitu kesan hakisan pantai yang melibatkan  beberapa orang penduduk, dimana potensi kerosakan hasil hakisan mampu menjadi masalah besar bagi keseluruhan penghuni dipersisiran itu jika isu tersebut tidak ditangani dengan baik.
Kepada semua dan rakan-rakan serta sahabat handai turut saya memohon maaf zahir dan batin dan semoga kita semua diampuni allah s.w.t dan diberi hidayah.
Sekian, wasallam.