7/03/2008

Laluan Sukar Untuk Pemimpin

Pak lah yang keadaannya dilihat lemah dan terlalu berkepentingan untuk keluarga kini semakin bertemu dengan laluan sukar.
Najib pula terpaksa berhadapan dengan situasi terdesak bagi mempertahan diri dan isterinya dari tuduhan rasuah dan pembunuhan dalam kes Al Tantuya dan pasti keadaan itu menggugat kedudukannya.
Anwar yang dilihat berkemampuan menggugat kedudukan UMNO-BN bagi satu peralihan kuasa kembali terheret ke kancah lama dalam kes liwat yang diperbaharui.
Tersebut adalah tiga nama yang kini berkisar dan berkeinginan untuk memerintah negara dengan hala tuju masing-masing.
Bila Anwar dijebak dan diheret dalam konspirasi liwat maka keuntungan pula berada pada pihak Pak Lah yang boleh bernafas lega untuk seketika kerana sabitan itu hanya dikaitkan dengan konspirasi Najib untuk menjatuhkan Anwar. Najib yang menafikan itu adalah dari agenda dia kini berhadapan pula dengan tindak balas dalam isu pembunuhan AlTantuya. Bukti-bukti baru dalam pengakuan bersumpah P.Balasubramaniam mengenai pembabitan Najib yang sebelumnya didahului dengan Perakuan bersumpah Raja Petra dalam isu yang sama telah meletakkan Najib dalam kedudukan defensif.
Agresifnya Najib selepas ini adalah mudah diagak kerana segalanya bersabit dengan kedudukan beliau dalam arena politik negara dan antarabangsa.
Dengan kuasa Polis dan Jabatan Kehakiman jelas berada dibawah ketiak pemerintah BN maka kini Angkatan Tentera pula cuba dikuasai UMNO-BN sepenuhnya menerusi Najib. Kedua-dua badan keselamatan itu cuba digabungkan kononnya bagi menghadapi dan mengawal demonstrasi jalanan. Walaupun kerisauan itu telah disuarakan oleh badan-badan NGO khususnya SUARAM tetapi tiada maklum balas yang serius dari pertubuhan-pertubuhan prominen yang lain yang mungkin terlepas hidu risiko yang pasti akan dihadapi rakyat. Penggabungan kedua-dua jentera keselamatan tersebut bagi mengawal jalanan sudah pasti amat meresahkan dan mempamit kegusaran pada rakyat. Tidak seperti polis yang berpengalaman mengawal kawasan bandar bezanya tentera pula apabila mengambil dan menjalankan kuasa keselamatan di jalanan maka tindakan dan kaedah adalah berbeza iaitu sama dengan negara dalam keadaan darurat. Arahan serta perintah dari pihak atasan tentera akan hanya dituruti tanpa berbelah bahagi dan kita boleh membayangkan bagaimana anggota-anggota bawahan akan menurutinya apabila berhadapan dengan provokasi atau tentangan berlandaskan pada cara latihan dan "brainwash" yang merela lalui. Dalam era Pak Lah ini dimana anggota polis ditambah dan semakin ditambah keanggotaannya nampaknya masih belum mencukupi. Kini Najib pula memperlihatkan pengaruh dan cuba melebarkan kuasa menunjukkan taringnya dengan kedudukkan yang dia miliki. Konspirasi terancang seakan-akan memuncak dengan campurtangan U.S dalam hal ini. Seperti kata-kata rakan sekerja dari Amerika bila menyentuh hal ini mengatakan. “ Huh! American wherever they go or what ever they do they’ll screw up everything” Dan Washington bukan tidak tahu kedudukan mereka dimata masyarakat antarabangsa terutamanya negara-negara Islam. Bila mereka mula menyentuh secara terbuka dengan menyokong sesuatu pihak dalam negara luar maka bermakna ia sebenarnya memainkan peranan dalam konspirasi untuk memusnahkan imej dan reputasi pihak yang disokongnya .
Kita boleh bayangkan andainya apa yang ditakuti ramai berkemungkinan berlaku. Dengan pengaruh Anwar yang semakin meningkat gara-gara simpati masyarakat menghadapi tuduhan yang jelas berbaur politik maka apa-apa tindakan pihak berkuasa terhadap beliau pasti mengundang tindak balas yang serupa seperti sebelumnya. "Desperate time will takes desperate measures" dan Najib yang terdesak dengan tuduhan dan sabitan yang sukar dilepasinya pasti melakukan satu tindakan yang amat terdesak. Adakah Pak Lah yang mula rasa selesa dengan pertembungan pengaruh politik antara Anwar dan Najib akan rasa selesa. Tindakan najib yang amat terdesak bakal memberi kesan pada kedudukan Pak Lah sekiranya senario dalam negara berubah kearah kekacauan atau darurat. Najib dengan bantuan mentor dia yang licik pasti mendapat sokongan padu dari akar umbi UMNO yang memang meragui Pak Lah bermula selesainya PR12. Kiranya kelemahan Pak lah akhirnya menjerumuskan negara kedalam waktu yang terlalu sukar maka dia pasti akan dipaksa turun dari tampok kekuasaan untuk UMNO dan BN menyebelahi Najib mengambil alih tampok kekuasaan. Bagi Najib segalanya selepas itu hanya Tuhan yang Maha Mengetahui senario yang akan diwarnainya untuk negara.