10/14/2009

Mengenai Peristiwa Akhir Zaman

Bicara sahaja mengenai Peristiwa Akhir Zaman maka bagi yang paranoia ia akan merasai ketakutan mengenai isi berita yang disampaikan . Sama ada melalui kuliah-kuliah agama yang dihadiri atau pembacaan melalui media-media cetak , bagi yang sentiasa bersikap persimis ia mungkin akan mencemuh dan yang terlalu angkuh akan mencari dalil bagi mengemukakan kepalsuan atau kebohongan mengenai apa yang disampaikan.
Apapun tujuan penyampai ia bukan sahaja mengundang pelbagai pendapat atau kritikan tetapi turut memberi kesan emosi apatah lagi insiden futuristik itu bakal berlaku hanya beberapa tahun lagi. Digarapkan bersama dengan pendapat para saintis dan pemerhati serta pengkaji Armegeddon ia bagaikan selari dengan kejadian atau petaka alam dan kemanusiaan yang sering menimpa muka bumi ini bertalu-talu. Seperti mana dengan penemuan sebelum ini mengenai beberapa ketul asteroid yang hampir berselisih dengan bumi serta sebuah planet amat besar yang tersasar tetapi dihancurkan dengan percikan dari matahari sebelum sempat melintasi pertengahan bima sakti , nyata ancaman tersebut kurang memberi kesan. Apa yang bakal menyusul ini mungkin perlu dikaji dengan lebih teliti. Apakah ketulan-ketulan yang sebelum ini sebagai pemberi amaran agar manusia berubah sikap hanya Tuhan yang Maha Mengetahui. Petaka kemanusiaan yang bermula dengan peperangan Teluk telah membawa kemelaratan dan manusia bukan sahaja semakin insaf malahan semakin angkuh dan zalim. Yang angkuh bukan sahaja tidak mahu sedar malahan yang tertindas semakin parah pertimbangan mereka gara-gara terpinggir dari saudara seagama hingga hilang sifat rasional yang memerlukan kesabaran.
Disusuli dengan petaka Tsunami 2004 yang member impak terutamanya di Asia dan susulan gempa sesudahnya bagaikan bumi sedang menghayun tangan kemarahannya terhadap penduduk bumi. Kemusnahan tidak mengenal siapa yang diatasnya dan ia pasti akan menambahkan kekuatan tenaganya memandangkan kemaksiatan dan kezaliman manusia yang semakin jauh meninggalkan apa yang disuruh oleh Pencipta.
Dunia yang terseleweng gara-gara pemerintahan dunia yang unipolar semakin tersasar dengan petaka ekonomi yang tidak dapat dibendung lantas memberi kesan domino. S atu persatu negara di dunia mengalami kesan berulang-alik dan berpanjangan yang mempengaruhi keadaan masyarakat dunia yang diselimuti sifat materialistik. Keadaan politik yang dibawah pengaruh pelobi-pelobi yang tamak dan tidak berperi-kemanusiaan mempengaruhi hampir keseluruhan kerajaan-kerajaan didunia . Dunia islam tidak terkecuali malahan paling teruk diancam dan ditindas secara halus dan ada yang mendapat malang dijajah dan dihancurkan hingga ke akar umbi masyarakatnya. Paling menggerunkan ialah ia bukan sahaja dizalimi negara-negara yang kafir tetapi dikhianati oleh negara-negara saudara sendiri. OIC yang sepatutnya sebagai pemangkin dari ancaman musuh telah dengan seniri menjadi pentas untuk memomokkan diri sendiri serta menjadi punca kemusnahan yang semakin parah. Semakin hilang pengaruhnya dan kehadiran O.I.C bagaikan mencukupkan kuota dalam PBB yang dikuasai Zionis yang bermata sebelah. Apabila segala petaka dari alam yang saling seiring dari kesan usianya yang terlalu tua, maka bumi yang semakin uzur ingin menemui kesabaran dan kebijaksanaan di kalangan manusia tetapi tidak mendapati suatu pun yang menyambutnya, malahan manusia akan mula saling berantakan dan berperang demi meneruskan keberadaan mereka yang telah songsang. Tiada lagi saudara-mara, tiada lagi sahabat handai dan rakan-taulan dan yang ada hanya kelaparan, kemelaratan dan kesengsaraan manusia yang sedang saling khianat mengkhianati dan berbunuhan sesama sendiri.
Lihat pada diri kita yang hanyut dan semakin jauh dari nilai seorang muslim. Malahan kebanyakan kita menempatkan diri sendiri dalam keadaan sedar pada tahap haiwan yang tidak mempunyai jiwa. Bilakah paling akhir kita menangisi nasib malang saudara-mara kita dikalangan muslim yang menderita kelaparan. Pernahkah kita meratapi kematian saudara mara kita di kalangan muslim yang dibunuh dan dizalimi sewenang-wenangnya oleh mereka yang kejam. Simpatikah kita pada anak-anak gadis dan wanita yang pernah diperkosa dan dicemar maruah mereka oleh golongan kufar yang berlangsung sewenangnya dihadapan mata kita atau pernah kah kita ambil berat mengenai nasib malang mereka.
Setiap kali petaka besar yang menimpa kita akan melihat manusia bukan bertambah insaf malahan semakin angkuh dan semakin degil. Mereka tetap mahu berseliseh dan bercakaran sesama sendiri seolah-olah tiada langsung iman dan kesedaran dalam diri mereka. Apapun nasihat dan apapun saranan tetap akan mudah terhakis dari pertimbangan mereka dan mereka seolah-olah tidak akan mahu menerima pembantu walaupun jenis itu wujud atau akan wujud bagi mengemudi manusia-manusia pilihan yang diberi hidayat oleh Allah kelak.