6/16/2008

Warkah Untuk Pak Lah

Assalamualaikum wbkth.
Rata-rata majoriti rakyat malaysia ramai yang berpendapatan kurang dari tahap yang selesa. Dengan pendapatan bawah dari RM1500 seperti saya dengan tanggungan seramai 6 orang anak-anak yang bersekolah menengah dan rendah tanpa sebarang perolehan tambahan tidak memungkinkan untuk menjana kemajuan pendidikan anak-anak dalam persekolahan . Bukan sahaja simpanan tidak mampu dibuat untuk masa hadapan malahan perbelanjaan harian yang semakin mencekik seringkali terpaksa dikurangkan lagi yang pastinya memberi kesan pada mental dan fizikal diri dan keluarga. Berbanding dengan kenaikkan kos sara hidup yang semakin meninggi menyebabkan kebanyakannya dari rakyat Tuan semakin mengetatkan ikatan tali diperut bagi menampung segala keperluan diri dan keluarga. Itu belum dicongak terhadap mereka yang berpendapatan kurang dari RM1000 dan memandangkan mereka yang bergaji RM3000 merungut dengan situasi yang semakin mengempiskan saku dan dompet apakah nasib mereka yang tadinya pernah diambil kira atau mendapat perhatian dari pemimpin yang keadaan mereka lebih dari selesa dengan segala kemudahan dan peruntukkan.
Jangan membandingkan kedudukan dan tanggungjawab sebagai percaturan bagi membezakan amanah dan tanggungjawab antara pemimpin dan rakyat yang pastinya membawa persoalan dan permasaalahan tidak kemana-mana. Sama ada benar atau tidak suara2 pembangkang mengenai cara kewangan negara yang kaya dengan hasil bumi, industri dan sumber manusia, yang dikatakan diuruskan secara sambil lewa dan alpa ataupun diselewengkan ianya tetap menjadi persoalan apabila menyedari hakikat yang sepatutnya bagi sebuah negara yang bertaraf maju dengan kepesatan ekonomi negara dan sumber kewangan. Sudah tentu negara yang bertaraf maju seperti Malaysia mempunyai simpanan wang dan dana yang mencukupi untuk mengagihkan keselesaan pada setiap rakyat yang turut menyumbang pada kepesatan dan kemajuan tersebut. Rakyat tidak pernah mempersoal dan memberontak atas tindakan kerajaan yang mengambil sebahagian dana simpanan atau tabung mereka seperti KWSP, Tabung Haji, PNB atau sebagainya bagi membantu mengurus ekonomi negara tetapi apabila rakyat diberi pulangan hasil yang amat memeritkan seperti yang tuan hadiahkan ianya sesuatu yang amat mengecewakan. Segalanya amat jelas dan saya tidak pasti apakah kekayaan milik negara sebenarnya telah terhakis dimana rakyat seperti saya bukan sahaja tidak akan dapat menikmati suasana selesanya malahan semakin dibebankan dengan taraf atau kos hidup yang nampaknya semakin melonjak naik. Memandang senario ekonomi, environmen serta masaalah pemakanan dunia yang tidak menentu dan meneliti pada tabiat rakan sejawat Tuan dari U.S yang suka berperang itu bayangan gelap seperti jelas kelihatan di hadapan. Pastinya Presiden Amerika itu tidak mahu menjadi seperti Tun Mahathir yang penuh di selimuti penyesalan terhadap Tuan. Kemungkinan dunia mengalami peperangan seperti sebelum ini tetap ada dan rakan sejawat tuan dari U.S itu sebelum ia mengalihkan kuasa tentu melakukan sesuatu yang drastik bagi mengekalkan pengaruh atau kesan untuk diteruskan oleh penggantinya. Sekiranya berlaku apa yang dikuatiri itu maka kesan ekonomi negara semakin parah dan bayangkan apa yang akan berlaku pada rakyat marhain serta kesan rantaiannya pada situasi negara. Debgan kemelut ekonomi seakan-akan rakyatnya negara ini sekelas atau mungkin lebih rendah taraf hidupnya berbanding dengan negara disekitar yang tidak sekaya negara ini. Lebih malang lagi sudahlah dibebankan dengan kos sara hidup dan kini rakyat tuan semakin dipinggirkan dengan segala peluang yang seharusnya dinikmati oleh mereka. Dengan kebanjiran pekerja dan pendatang asing yang semakin tinggi jumlahnya serta kemudahan dan subsidi maka rakyat2 asing itu semakin mengambil kesempatan dari agihan yang serba sedikit maka rasanya rakyat tuan seperti telah dianak tirikan. Walaupun tuan mungkin mendasarkan sesuatu dari agihan tersebut untuk rakyat tuan tetapi hakikatnya segalanya yang tuan cuba agihkan terputus jalanya sebaik ianya melepasi dari pemantauan dan pengetahuan tuan. Saya memohon maaf kiranya ada yang dinyatakan membuat tuan rasa tidak selesa tetapi percayalah selain dari diri saya telah saya amati mereka yang lebih daif dan terbayang sesuatu yang meresahkan diri. Wajah-wajah itu penuh kecewa dan telah berputus harap.
Sekian wasallam.

6/13/2008

Why the Oil Price Is High

By Paul Craig Roberts11/06/08 "ICH"

How to explain the oil price? Why is it so high? Are we running out? Are supplies disrupted, or is the high price a reflection of oil company greed or OPEC greed. Are Chavez and the Saudis conspiring against us? In my opinion, the two biggest factors in oil’s high price are the weakness in the US dollar’s exchange value and the liquidity that the Federal Reserve is pumping out.The dollar is weak because of large trade and budget deficits, the closing of which is beyond American political will. As abuse wears out the US dollar’s reserve currency role, sellers demand more dollars as a hedge against its declining exchange value and ultimate loss of reserve currency status.
Read

6/06/2008

Apa Yang Naik

Mula-mula kita semak dahulu harga minyak di negara-negara pengeluar minyak termasuk dalam Negara Pak Lah Confederation @ Malaysia. Kemudian kita kira, hitung, congak dan bilang harga minyak semasa berbanding dengan perbelanjaan harian dan kita padankan dengan rebet yang Imam Hadhari sedekah untuk rakyat Malaysia (klik.. ini dia ha! BACA )
Hasilnya amat menakjubkan dan jelaslah akan keperihatinan Pak Lah dan mengapa kita perlu untuk terus mengundi beliau agar terus kekal memerintah hingga mampus!! Ada sesiapa yang berprofesion sebagai Ahli Psaikatrik bolehlah buat kajian ke atas Pak Lah atau buat hipotesis cari rumusan mengenai kepelbagaian dia menzalimi manusia dengan bertopengkan wajah yang nampak warak memang menakjubkan. Mengenai otak genius Pak Lah dan Keselambaan muka dia menyembunyikan jejak (setakat ini) kewangan negara yang entah kemana terutama sebahagian wang ehsan Negeri Terengganu berjumlah ribuan jutaan ringgit perlu diambil kira dalam kajian.
Kalau ada dikalangan kita ahli-ahli nujum profesional yang boleh merenung dalam makrifat akan perihal Pak lah cubalah tenung. Mana tahu entah-entah ada tanduk senget ke? dan mungkin “The Seekers” boleh “seek” dari mana asalnya terbit ilham Islam Hadhari dan jangan lupa tilik dalam mangkuk bagaimana pula ceritanya se-ekor Jin boleh bersarang menempel dekat dia. Dengar khabar Pak Lah pernah berjumpa dengan Presiden Bush ekoran dari kes Schomi dengan "nuclear centrifuge". Presiden Amerika itu berasal dari persatuan Skull & Bones @ Brotherhood Of Death yang dikaitkan dengan Lucifer (iblis)Worshippers dari cabang Zionis. Mana tahu entah-entah cara bersalaman Pak Lah dan Presiden Bush 'ngam' dan menjadi wal- balik asal.
Nampak gayanya Pak Lah dia ni dah tersasar dari wasiat arwah ibu dia yang menasihatkannya untuk ambil berat pada masaalah rakyat lebih-lebih lagi rakyat yang hidup susah. kesebalikannya kini dia sendiri telah lebih menyusahkan ramai orang semenjak lahirnya Hadhari terbit dari ilham yang diterimanya entah dari mana. Ada kemungkinankah ianya ada hubung kait juga dengan propaganda Anwar ingin turunkan harga minyak sekiranya PR memerintah? Mana tahu dia ingin untung lebih banyak dan cepat sebelum tak sempat andainya Anwar naik. Kebanyakan kita ada yang mulai rasa tidak selesa dan ada yang ekstrim meluatnya melebihi dari meluat melihat muka Mahathir. Terdapat juga mereka yang spontan menutup suis tv apabila tersiarnya wajah Imam Hadhari dengan bahasa dan slanga melewehnya dan berucap dengan teks yang dia sendiri mungkin tidak faham maksud sepenuhnya. Bila kekecewaan mulai menular maka desas-desus berunsur kemarahan mulai berkumandang di kedai- kedai kopi yang kini berperanan lebih hebat dari media-media utama dan internet mahupun dewan rakyat dan keadaan itu menyakitkan telinga pengunjung-pengunjung. Bernada kecewa maka ada yang membayangkan harapan bertanya bila Anwar nak naik? Ada yang menjawab macam mana Anwar nak naik sebab Pak Lah tak mahu turun! Dalam polimik naik tak naik, aleh! aleh! anak mamak si Kutty yang dah lanjut usia itu pulak naik terliur dan naik berahi hingga nak tumpang sekaki. Akhirnya yang naik lagi ialah harga minyak!! Maka darah rakyat pun semakin naik hingga data di hospital-hospital kerajaan dan swasta mencatat kenaikkan jumlah pesakit-pesakit darah tinggi. Jelasnya Pak Lah sememang sudah naik, sebab itu dia berkahwin lagi, tapi si tua lanjut (hayat bonus) keturunan si mamak kutty itu sukar untuk dipastikan sebab dah menghampiri tarikh luput, malahan melangkah pun goyah hingga terkeluar dari trek. Tentang Anwar, kemungkinannya masih mantap walaupun dahulunya hampir bermutasi jadi beruang panda hasil penangan Dr Mahathir@ Si Tua Lanjut (berhayat bonus) sebab itu ia penuh bersemangat dan kalau nak tahu lebih-lebih risek-riseklah pada Wan Azizah dan tanya dia bila Anwar nak naik… sebagai PM?
Maka rakyat yang semakin jemu, meluat dan @#%$#%$$$? mulalah tersedar kembali dari sifat khinzir kenyang. Mengapa dikatakan khinzir kenyang? Sebabnya ialah kerana tabiat, contohnya sebaik sahaja terjaga dari tidur mulalah rasa lapar dan bila makanan tidak dihidangkan atau berkurangan mulalah merungut dan mengamuk dengan protes sana dan protes sini. Selama ini sarapan tersedia dihidang dan bila tidak maka mulalah kelam-kabut dan marah dalam keadaan perut semakin menggelegak kelaparan maklumlah OKU ekonomi. Nak tumpang makan di rumah Ah Chong rasa geli sebab terbayang babi walhal tengok Amoi anak Ah Chong berselera pula. Bila telah disuapkan makanan yang entah apa kualitinya sehingga kenyang maka selepas itu kebanyakannya mula kembali rasa selesa malah ada yang tertidur macam ular sawa. Hangat-hangat tahi ayam maka protes sebelumnya dilupakan kerana semakin selesa dengan segala kenaikkan hingga hanya fikirkan kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang hingga terlupa masa hadapan.
Begitulah perbandingannya dan bila harga minyak naik maka ramailah yang mula merungut dan yang anehnya jumlah kenderaan pula semakin memenuhi diatas jalanraya untuk meninggikan lagi carta kemalangan maut terutamanya dalam musim perayaan. Ketika harga rokok pula naik semakin bertambah pula bilangan perokok-perokok yang terus merokok. Tatkala beras naik tidak ada pula tanda-tanda kemelaratan atau berita mengenai ada yang mati kebuluran ini mungkin kerana beras subsidi yang berjaya diagih-agihkan secara adil. Kalau kita perhatikan di pasaraya-pasaraya utama kelihatan ramai juga golongan melayu memborong beras-beras kategori mahal mengisi penuh dalam kereta yang serba baru. Apabila tarif elektrik pula naik tidak ada pula yang mahu berjimat untuk kurangkan belanja contohnya kurangkan amalan menonton tv yang tidak berfaedah contohnya rancangan AF di Astro atau sesi-sesi yang diulangkan hampir saban hari dan kebanyakannya mampu pula membazir untuk ber- sms. Kalau diperhatikan di kebanyakkan bandar termasuk juga di kampung ramai kelihatan mat-mat rempit meraung sakan dengan memulas pedal minyak motor semahu-mahunya kemudian pulas pula isi-isi gebu minah rempit yang dijadikan kuih samprit dan hairannya mereka-mereka ini kebanyakannya tidak bekerja. Jelas sebenarnya Rakyat Malaysia terutamanya melayu bukannya susah sangat bak kata orang-orang tua "mengada-mengada” atau “dah banyak lemak”. Kalau tak percaya tengok selepas ini berubah atau tidak macam yang Pak Lah sarankan “Ubah Gaya Hidup”. Kalau tak mampu juga nak ubah mungkin nanti datang balik ilham Imam Hadhari untuk naikkan lagi harga minyak, maklumlah harga minyak di pasaran dunia tidak nampak akan turunnya.
Kalaulah Republik Islam Iran atau Venuzuela diserang oleh Bush yang kini aktif mengatur kepungan ekonomi dan ketenteraan di kedua negara tersebut yang bakal mencetuskan peperangan, entah apa lagi agaknya yang akan naik??? Chavez kata kalau negara dia diserang maka harga minyak dunia akan dia pastikan naik mencecah $500 setong. Kalau Iran pula diserang cuba bayangkan betapa kayanya Malaysia sebagai negara yang menjual minyak. Malaysia bukannya pengeluar minyak urut atau minyak senyonyong tetapi minyak mentah hasil dari bumi anugerah Allah s.w.t yang bergred A atau gred yang antara terbaik di dunia yang bernilai tinggi dan mahal. Kaya! kaya! kaya! dan yang kayanya bukan kita tetapi pemegang lesen pengaut keuntungan di kalangan pak pak menteri serta kroni dalam kabinet Pak Lah! Kalau nak jadi kaya-raya macam Firaun maka waktu sekarang amat sesuai sebelum Bush habis tempuh khidmat pada hujung tahun ini. Laluan mudah dan terlindung di Selat Melaka yang di sedekahkan Imam Hadhari pada Armada Nuklir Amerika ke Teluk mungkin boleh ditambah dengan menghadiahkan pula pengkalan kepada mereka dan mungkin keuntungan dua hala semakin berlebihan dengan "win and win situation". Sebelum berundur dari arena politik Bush telah banyak belajar dari kesilapan Mahathir dan dia tidak mahu mengalami kekesalan sebagaimana mamak usia lanjut berhayat bonus itu. Kemungkinan besar Bush mahu agenda globalnya diteruskan oleh penggantinya sebagai Presiden Amerika Syarikat dan ada dua pilihan sama ada Iran atau Venuzuela. Kita tengok pula macam mana reaksi negara China yang dekat dengan Mongolia dan Rusia yang hampir dengan Iran. Fuh lamak! dasyat malas-sia ni yaa!!! Rojak dan caca marba!
Terkedu juga dengar kisah misteri nusantara perihal satu bilik mewah di sebuah rumah terletak dikedudukan paling hujung selatan tanah air. Dengar khabarnya rumah itu akan dihias cantik dengan segala fasarana lengkap serta kemewahan dan disediakan dengan tilam yang empuk secara eksklusif. Isteri di sana yang setia sudah tersedia menanti dalam keadaan berahi untuk ditadbir atau diterokai bersama-sama dengan jiran sebelah. Haruuu!! !
Nak kata bodoh dah memang bangang! Nak kata bermaruah tapi dayuss!! kalau tidak faham perbandingan tadi maka tunggulah waktunya kira terserah pula secebis lagi bumi negara ini pada negara asing. Dikhuatiiri nanti generasi yang terlajak emosi menggelar pula Imam Had-dayus! Maka muncul pula di sana nanti Perkampungan Had-dayus sebagai simbol Ketuanan Melayu yang penuh takzimnya. Apa lagi yang boleh diperbuat, bukankah di situ melayu memang kuat dan baru-baru ini berhimpun di sana jaguh-jaguh melayu menjuarakan Ketuanan Melayu menghambakan yang lain dan bak kata orang penang kuat tersebut bukannya apa tetapi kuat kencing! Sudahlah baru saja berputih mata melihat Pulau Batu Putih dan selepas ini ingin pula merasai nikmat yang sama melihat hak sendiri digomol rakus hingga hanya nampak mata putih diratah oleh jiran sebelah. Tidak masuk akal langsung! dan segala yang berlaku memang amat pelik.
Senget apa? Itu sebab setiap pemimpin kerajaan memerintah ini perlu di selidiki dan dirawati dan kiranya "contagious" ada wad khas untuk manusia-manusia yang minda mereka menjadi senget. Kalau nak dikelaskan boleh dipileh nama-nama yang kini berada dalam kabinet Pak Lah untuk di senaraikan sebagai manusia pelik. Pelik mereka ialah kerana tidak tahu makna malu dan kulit muka setebal tapak kasut. Walaupun jelas mulut comot membaham tahi tapi mampu tersengeh memperlihatkan gigi bergelumang najis Sengetnya otak mereka akan menambahkan senget lagi beban di bahu rakyat yang terpaksa ditanggung gara-gara pengkhianat-pengkhianat yang cerdik dan bijak menular dikalangan masyarakat. Maka hembusan semangat Imam Hadhari yang senget semakin melebar auranya memarakkan api pada sekam-sekam yang telah sedia membara. Sebagaimana suntikan semangat yang di idam-idamkan oleh Pak Lah yang gundah-gulana dikentut oleh mamak mendaliar maka kehadiran Ezam bagaikan gerimis membasahi gersang dalam keperitan sepinya. Bersemangat dan berkeyakinan meneruskan agenda politik dan kemandirian ekonominya maka naiknya Ezam ke atas pentas ucapannya sambil berdakapan berahi maka naik lagi darah kita dengan kenaikkan baru harga minyak. Entah apa lagi yang bakal naik tetapi kita hanya mampu menunggu ketibaan jemaah-jemaah kenaikkan harga yang bakal makin menipiskan lagi saku dan perut.

6/02/2008

Robert Fisk: Horrors we have no choice but to forget

Only a poet could come up with the idea of a poem that would clear amnesia

Saturday, 31 May 2008

I have a clear memory of a terrible crime that was committed in southern Lebanon in 1978. Israeli soldiers, landing at night on the beach near Sarafand – the city of Sarepta in antiquity – were looking for "terrorists" and opened fire on a car load of female Palestinian refugees.
It took the Israelis a day before they admitted shooting at the car with an anti-tank weapons, by which time I had watched civil defence workers pulling the dead women from the vehicle, their faces slopping off on to the road, an AP correspondent holding his hands to his face in shock, leaning against an ambulance, crying "Jesus Christ! Jesus Christ. I suppose all this is because of what Hitler did to the Jews."
"Read"