3/30/2008

Anwar Agen Barat, Mahathir Agen?

Kita tidak akan lupa mengenai konflik kepimpinan Tun Mahathir sebaik sahaja menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia. Apa pula kaitan Setiusahanya ( tak ingat s/saha Sulit ke s/usaha politik) dengan kedudukan dia sebagai pemimpin nombor satu Malaysia ketika itu. Dengan tertangkapnya setiausaha tersebut atas akta Keselamatan Dalam Negeri maka makna kaitan Tun Mahathir dengan KGB ( waktu krisis Dwi Polar antara Empayar Rusia Dan Amerika )menerusi setiausahanya itu masih menjadi tanda Tanya.
http://www.aliran.com/oldsite/high9908b.htm
Sebagai seorang pemimpin yang tahu apa yang ia lakukan dengan melihat pada ketegasan dan pendiriannya yang tidak mahu beralah walaupun menerima tekanan, keadaan Tun Mahathir waktu itu amat kritikal. Memperlihatkan karismanya yang mampu mempengaruhi rakan-rakan dan lawan ia telah berjaya mengasingkan isu kepimpinan kepada isu-isu baru yang belum terfikir oleh kita rakyat Malaysia ketika itu. Dengan idea-idea pembaharuan-pembaharuan yang di kira amat drastik waktu itu ia berjaya memacu pertumbuhan ekonomi dan teknologi hingga mencapai taraf negara membangun kepada negara maju. Dengan segala kesibukan tersebut kita seperti mana ia pernah canangkan " melayu mudah lupa" dan rakyat malaysia khususnya melayu, kita sebenarnya tidak tahu sejauh mana ia pernah terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan Agensi Perisikan KGB tersebut. Tetapi kesan atau bekas yang ditinggalkan dari konflik tersebut masih berbekas. Kerap juga kita sering melihat kaitan hubungan baik beliau dengan Rusia apatah lagi dengan bekas pemimpin komunis umpamanya Gorbachev yang agak kerap berada bersamanya dalam forum-forum yang di anjurkan pada peringkat dunia. Hubungan akrab antara Malaysia dengan Rusia terus terjalin menerusi pembelian peralatan perang seperti Sukhoi dan serta projek Angkasawan menerusi Timbalan Perdana Menteri sekarang yang merupakan orang harapan Tun Mahathir bagi menggantikan Pak Lah. Malangnya pada era kepimpinan Pak Lah yang menjalin hubungan lebih akrab dengan U.S menyaksikan konflik yang lebih rumit lagi yang mana boleh menggugat keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia. Adakah Najib sebenarnya terperangkap dengan konspirasi pembelian jet sukhoi dan lain-lain peralatan perang dan dikaitkan dalam kes pembunuhan Al-Tantuya yang pasti meletakkan Najib dalam situasi tersepit di bawah pengaruh dan kekuasaan Pak Lah. Betul atau tidak Najib terlibat dengan pembunuhan tersebut seperti yang disebarkan masa kempen PR12 hanyalah mahkamah dapat menjelaskan segalanya. Namun tidak dapat nafikan bahawa kisahnya bermula dengan pembelian peralatan ketenteraan yang berkait rapat dengan kisah Razak Baginda dan Al-Tantuya.
Masih ujudkah sebenarnya persaingan antara Amerika Syarikat dan Rusia yang kembali muncul menampakkan taringnya setelah Putin berjaya membebaskan bekas Kuasa Dunia itu dari belenggu hutang dan tekanan ekonomi yang dikenakan oleh Amerika dan sekutu-sekutunya.
http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/content/article/2007/02/10/AR2007021000524.html
Apabila Tun Mahathir mula menampakkan sikap dominan dan keceluparannya dalam politik negara dan mengganggu gugat pentadbiran Pak Lah menerusi PR12 serta saranannya menekankan betapa perlunya Najib mengambil alih pentadbiran dari Pak Lah, seolah-olah era perang dingin kembali meniupkan pesannya di pentas dunia. Dengan senario kejatuhan ekonomi dan pasaran wang yang mula menipiskan nilai matawang Amerika yang memberi impak besar pada matawang lainnya maka harga minyak mentah yang melonjak tinggi di pasaran dunia telah memberi lebih ruang pada Rusia yang telah bebas dari belenggu hutang mereka. Dengan menggunakan jiran di sempadan negaranya yakni Iran dan dengan peluang bekalan minyak terbesar dan konflik Irak dan Afghanistan yang semakin merugikan Amerika Syarikat dan sekutunya, maka Rusia yang semakin pulih mula menampakkan kekuasaan dan ancaman pada Amerika. Rusia melalui perjanjian ekonomi dan ketenteraan dengan Republik Islam Iran memaksa Amerika dengan tiada pilihan lain lagi kecuali mengukuhkan kekuatan tenteranya di segenap rantau dan ini termasuk mengukuhkan pengaruh serta dominasinya di rantau Asia Iasifik dan Asia Tenggara. Dengan kesempatan menggunakan laluan Selat Melaka yang lokasinya menjadi asas pilihan penguasa-penguasa terdahulu dari saki baki tentera salib "Knight Templer" zaman pertengahan dan kini atas ehsan Pak Lah, kebenaran menggunakan laluan strategik tersebut agak sukar ditarik balik. Aktiviti-aktiviti ketenteraan yang aktif di Teluk Arab sekarang ini serta ancaman-ancaman kedua pihak yang semakin ketara memperlihatkan seolah olah perang tidak mungkin dapat dielakkan lagi.
Apakah sebenarnya perang dingin antara Amerika dan Rusia telah kembali muncul dan di negara kita kesan dari persaingan tersebut telah pun bermula antara bekas pemimpin dengan pemimpin serta bakal pemimpin sekarang ini. Memang tidak dinafikan bahawa Negara-Negara Berkecuali telah lama lena dari memainkan peranannya secara aktif dan mungkin telah pun berkubur. Penguasaan global oleh kapitalis-kapitalis kewangan dan ekonomi semasa ketiadaan bayang Kuasa Tentera Rusia telah banyak mempengaruhi kebanyakan negara-negara di dunia serta pemimpinnya. Zionis yang berjaya mempengarui serta menguasai setiap ruang ekonomi, kewangan, media serta pendidikan di hampir seluruh dunia selama beberapa dekad kini kembali mencaturkan sesuatu. Seperti mana yang tercatat dalam kanun Albert Pike ( illuminati )waktu ini adalah masanya untuk melagakan dua tamadun yang besar iaitu Islam dan Kristian bagi merencanakan satu kemusnahan total. Dari kemusnahan tersebut manusia kelak yang menderita dan tersepit akibat perang akan mudah digembalakan dengan keinginan manusia itu sendiri enggan lagi merujuk dan berpegang pada ajaran agama yang mengakibatkan persengketaan dan kemusnahan.
Di era kejatuhan Tun Mahathir yang menyaksikan pengaruhnya semakin terhakis ekoran krisis matawang dunia dan politik telah memaksa ia dengan rela meletakkan Jawatannya sebagai Perdana Menteri yang sebelumnya telah pun memperlihatkan berlangsungnya hubungan baik antara Presiden Bush dan Pak Lah. Pertukaran pendapat menerusi panggilan telefon antara Pak Lah (waktu itu sebagai timbalan Perdana Menteri )dan Presiden Bush dalam peristiwa 11 September menyaksikan akta yang sama di negara ini mula di guna pakai oleh Amerika untuk kem-kem tahananya di seluruh dunia dan sebagai contohnya Penjara Guantanamo. Dengan pujian melangit oleh ahli senat Amerika di dalam mesyuarat kongress mereka menyentuh reputasi Unit Cawangan Khas Malaysia ketika memerangi pengganas dunia ekoran kejadian September 11 menambahkan lagi pertalian erat barat dengan Pak Lah. Dengan pegawai-pegawai diplomat yang paling ramai dari mana-mana lokasi pun di dunia ini, kedutaan Amerika di Jalan Ampang bagaikan sarang tebuan yang tidak pernah di usik. Kita mula menyaksikan pengaruh Tun Mahathir mula dihakis selepas itu bermula dengan projek Jambatan ke Singapura yang memperlihatkan sikap protes dan toleran Pak Lah terhadap Tun Mahathir dan republic tersebut. Singapura yang mendapat kesempatan dari peluang yang amat diidamkan mereka dan bermula dengan agenda KJ untuk menyatukan semula semangat muhibah antara Singapura dan Malaysia telah mempertunangkan Pemuda UMNO dengan PAP. Dengan kapitalis-kapitalis Singapura yang dikatakan banyak membiayai projek-projek pembangunan di Malaysia telah berlansung kepada wujudnya projek WPI di Selatan Johor. Singapura yang dikenali sikap provokasinya terhadap kedaulatan Malaysia diera kepimpinan Mahathir nampak sedikit tenang dan sejuk diwaktu kepimpinan Pak Lah." Air yang tenang jangan disangka tiada buaya” kita tidak tahu apa motifnya atau adakah perisikan Singapura yang berguru dengan Mosad dan bersekongkol dengan C.I.A telahpun meresap kedalam pentadbiran Negara kita.
Sikap akur membabi buta Najib pada Pak Lah seakan-akan memperlihatkan kepasrahannya dan kita tidak dapat menjangka selama mana Najib terpaksa tunduk dan akur pada pengaruh Pak Lah dan menantunya. Mungkin usaha konspirasi penyelamatnya iaitu Tun Mahathir dengan kegiatan T. Razaleigh dapat mengheretnya keluar dari cengkaman pengaruh Pak Lah dan kroni-kroninya yang rapat dengan Singapura dan Amerika Syarikat. Gendang perang yang sedang di palu rancak di Timur Tengah hanya masa yang menentukan bilakah ledakan pertama akan berlaku. Dengan senario politik Amerika serta keruntuhan nilai matawangnya yang semakin merudum serta kenaikan harga minyak dunia yang semakin tinggi, ditambah pula dengan keadaan semakin tidak stabil di Timur Tengah, sesiapa sahaja boleh mengambil kesempatan untuk memulakannya. Seperti mana pernah ia meramalkan kejatuhan Empayar Rusia semasa ia berhubung baik dengan Gorbachev kini seolah-olah Tun Mahathir terlihat sesuatu yang bakal menguntungkan dirinya. Untuk itu ia perlu melakukan sesuatu dengan segera dan sikap yang di tonjolkan olehnya sekarang ini memperlihatkan betapa terdesaknya dia dan ia akan membaling apa sahaja yang mampu dicapainya asalkan perhatian dapat di perolehinya. Apapun motifnya ia menyerang DSAI kita tidak tahu secara pasti tetapi yang pastinya ia tidak mahu ada orang lain merebut habuan yang berada ditepi pagarnya yang semakin mereput dan runtuh.

Day Of Infamy.

Day of Infamy

The March 20, 2008 US Declaration of War on Iran

By John McGlynn
28/03/08 "ICH" -- -- March 20, 2008, destined to be another day of infamy. On this date the US officially declared war on Iran. But it's not going to be the kind of war many have been expecting.

No, there was no dramatic televised announcement by President George W. Bush from the White House oval office. In fact on this day, reports the Washington Post, Bush spent some time communicating directly with Iranians, telling them via Radio Farda (the US-financed broadcaster that transmits to Iran in Farsi, Iran's native language) that their government has "declared they want to have a nuclear weapon to destroy people." But not to worry, he told his listeners in Farsi-translated Bushspeak: Tehran would not get the bomb because the US would be "firm."

Over at the US Congress, no war resolution was passed, no debate transpired, no last-minute hearing on the Iran "threat" was held. The Pentagon did not put its forces on red alert and cancel all leave. The top story on the Pentagon's website (on March 20) was: "Bush Lauds Military's Performance in Terror War," a feel-good piece about the president's appearance on the US military's TV channel to praise "the performance and courage of U.S. troops engaged in the global war on terrorism." Bush discussed Iraq, Afghanistan and Africa but not Iran.

But make no mistake. As of Thursday, March 20 the US is at war with Iran.

So who made it official?
http://www.informationclearinghouse.info/article19630.htm

3/26/2008

Schools And BN Politics.

Hope this kind of narrow minded instruction will not be abide with schools head holding degree or PHD. They can invite anybody else but important is that one who can benefits the future of the children.Politics is suppose not to be allowed influencing the school mechanism for the sake of children education. Unless the ruling BN Government has fully abide with the UNESCO but of course with entirely different agenda's.

"UNESCO was created to construct a world-wide education program to prepare the world for global governance. UNESCO advisor, Bertrand Russell, writing for the UNESCO Journal, The Impact of Science on Society, said: “Every government that has been in control of education for a generation will be able to control its subjects securely without the need of armies or policemen . . . .”20

Some where around the Blogs.

----------------------------

PENANG SCHOOL HEADS TOLD NOT TO INVITE STATE GOVT LEADERS AS VIPS
School heads in Penang have been instructed or “advised” not to invite State Government leaders and elected representatives from the DAP-PKR as VIPs and guests-of-honour. The message was conveyed during a briefing last Wednesday by a senior official from the Penang Education Department, which comes under the federal-level Education Ministry.
The directive/”advice” to play on the safe-side was made verbally (and not in writing), according to a principal of a school in Penang and confirmed by another senior staff member from the same school. They were understandably indignant at the ruling.
This just shows the kind of small-mindedness among certain Education Dept/Ministry officials. I believe even DAP-PKR state assembly members who are not holding exco posts may now not be invited as VIPs/guests-of-honour to schools.
Take a look at this year’s Penang Schools Sports Council (MSSPP) meet, which is opening today in Batu Kawan and closing on Friday. The Penang school sports meet traditionally has been officially opened by the Governor of Penang and closed by the Penang Chief Minister. But this time around, my second source said that the invitation cards issued to schools indicates that the closing ceremony will be officiated by the State Education Director.
I wonder if there is a similar ruling/”advice” in the other four opposition-controlled states. Perhaps readers of this blog who are school heads can tell us.
But I think there is a silver lining. This directive will, unwittingly, give the new Penang State Government leaders more time to spend on running the state efficiently, instead of wasting time officiating at routine school functions. Though I am sure the Education Department officials did not have that in mind!
Now, the question is, will USM officials follow suit and avoid State Government leaders like the plague?
http://anilnetto.com/

3/25/2008

In Iraq

Update On The Fighting In Basra

By Roads To Iraq

25/03/08 "RTI" -- - The situation right now is nothing to do with “Iraqi government” or “Iraqi Army”, it is a Shiite-Shiite war, Mahdi Army with primitive arms and “Supreme Council of the Islamic Revolution” [formed by Iran] with an army and supported by the Americans.

Remember the so called Iraqi government can not start this campaign without taking accord from Iran and the U.S., I told about the there is some kind of agreement between [The U.S. and Iran] few posts before.

Just few hours ago the Sadrists issued a new statement, signed by Al-Sadr himself and it says an initiative for peace contains six points:

- To distribute Quran and olive branches on police and army check points, and ask the security forces to not involve in this fighting trick used by the occupation.

- All the political, social and religious figures to take their responsibilities to stop these attacks

- Tribal chiefs to not to be involved in the fighting and to remember that they are the grandsons of 1920 revolution

- Iraqi parliament to stand beside the Iraqi people who chose them

- Political Parties to be beside the Iraqi public and not beside the occupation

- Call for all Iraqis to demonstrate, the next step is public disobedience, as for the third step then it will be announced in later time.

As for the last point [the public disobedience], the government announced that disobedience will be charged with terrorism law, the Sadrists representatives in the parliament announced they will start the procedures to withdraw their confidence in Maliki if this law put in practice.

The fights
Mahdi Army start to attack Badr and SCIR offices in Baghdad [the media reported that the attacks are in Sadr city only but according to my mother the attacks are everywhere at least in Risafah part of Baghdad].

Mahdi Army managed to control few neighborhoods in Kut city, Al-Mahmoudiya, Al-Yousfiyah.

http://www.roadstoiraq.com/

Ucapan Dato' Nik Aziz semasa Pelancaran ECER

Di Petik sekitar Bloggers.
---------------------------

Atas inisiatif sendiri dan cadangan drpd sahabat (MalikiXP), IzoBlog.com cuba menyiarkan balik teks ucapan yang tidak dipaparkan untuk tontonan umum di kaca TV tersebut. Berikut adalah teks ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di ECER:

Bismillahir Rahmanir Rahim
“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.” (Maksud Surah An Nahl: Ayat 90).Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
Salam SejahteraYang Amat Berhormat
Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia dan isteri;
Yang Amat Berhormat
Dato’ Sri Adnan bin Haji Yaakob
Menteri Besar Pahang;
Yang Amat Berhormat
Dato’ Seri Haji Idris bin Jusoh
Menteri Besar Terengganu;
Yang Amat Berhormat
Dato’ Haji Abdul Ghani Othman
Menteri Besar Johor;
YB Dato’ Seri Mohd. Effendi Norwawi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri;
Yang Berhormat
Menteri-Menteri Kabinet;
Yang Berhormat
Ahli-Ahli Parlimen Serta Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri;
Pegawai-Pegawai Tinggi Kerajaan Persekutuan Dan Kerajaan-Kerajaan Negeri;
Dif-Dif Kehormat;
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Alhamdulillah. Dengan seizin Allah S.W.T., sekali lagi kita dapat menghirup udara nyaman pada hari ini.
Ini menandakan betapa kita masih terus dilimpahi nikmat dengan rahmat dan inayah dari-Nya untuk sama-sama menyaksikan pelancaran Wilayah Ekonomi Pantai Timur bagi Negeri Kelantan.
Sesungguhnya pelancaran ini boleh dijadikan titik tolak ujian keikhlasan kedua-dua belah pihak dalam berkongsi anugerah Allah S.W.T. yang dilimpahi-Nya kepada kita semua baik di Kelantan atau negara Malaysia pada amnya yang sama-sama kita kasihi selama ini.
Bahkan, ia adalah detik bersejarah yang mengesahkan lagi penerusan wujudnya jalinan kerjasama akrab sekian lama khususnya sejak 17 tahun negeri ini diperintah oleh Kerajaan Negeri yang ada pada hari ini.
Tanpa pertukaran apa-apa, pelan yang bakal dilancar dan dilaksanakan nanti tidak memerlukan apa-apa perubahan nakhoda.
Kapal boleh berlayar dengan matlamat yang tidak berganjak yakni memakmurkan bumi Allah dengan segala ikhtiar yang tidak menyalahi syariat Ilahi.
Dalam semangat ini, mewakili Kerajaan dan rakyat Negeri Kelantan, izinkan saya mengalu-alukan kedatangan YAB Dato’ Seri Perdana Menteri.
YAB Dato’ Seri dan sidang hadirin yang dihormati sekalian,
Tugas pemimpin laksana dasar Allah
Ayat Al-Quran yang baru saya baca dalam muqadimmah tadi biasanya dibaca di atas mimbar Jumaat, saya membacanya pada hari ini di atas mimbar masyarakat.
Di rumah Allah kita menjadi imam dan makmum, manakala di luar rumah Allah kita disebut pemimpin dan rakyat.
Orangnya masih sama. Khutbah dalam masjid menerangkan dasar-dasar Allah manakala ucapan di luar masjid adalah untuk melaksanakan dasar-dasar Allah.
Setelah 17 tahun saya diamanahkan untuk memimpin Kerajaan Kelantan dengan dasar Al-Quran Nul Karim sebagai Kalamullah, termasuk ayat yang saya baca sekejap tadi, petang ini saya dan Kerajaan saya seakan-akan terasa akan adanya perubahan baru.
Saya sedang berada di sebuah pentas buat pertama kalinya dengan pemimpin negara.
Alangkah manisnya hidup kiranya insan yang sengaja diciptakan Allah Azzawajalla dengan berlainan watak dan kerenah ini boleh patuh kepada ketetapan azali sejak Nabi Adam alaihissalam lagi.
Firman Allah S.W.T. ada membawa maksud berbunyi “Dan Kami berfirman: turunlah kamu! Sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan. Kemudian (Adam dan Hawa) menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. Kami berfirman: “turunlah kamu semua dari Syurga itu! Kemudian jika datang petunjukKu kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjukKu, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Surah Al-Baqarah: Ayat 36 - 38).
Mudah-mudahan langkah penyatuan pentas ini akan memulakan jalur-jalur gemilang yang sungguh-sungguh sebagai ganti kepada jalur-jalur hitam selama 17 tahun sebelum ini.
YAB Dato’ Seri dan sidang hadirin sekalian,
Saya sempat juga mengikuti senarai projek-projek raksasa yang ada terkandung di dalam pelan induk yang disebut-sebut akan menelan perbelanjaan berjumlah RM112 bilion ini.
Antara lain ia akan memuatkan sebuah Universiti yang telah beberapa kali dilancarkan, Lebuh Raya Pantai Timur, Jeti di Tok Bali dan usaha untuk menaikkan taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sebagai pusat penerbangan untuk rantau Asia Tenggara, termasuklah keinginan yang kuat untuk memunculkan satu kelas perdagangan dan perindustrian bumiputera.
Alhamdulillah, semua cadangan ini telah lama dikenalpasti dan menjadi sebahagian dari Pelan Jangka Panjang Pembangunan Strategik Negeri Kelantan yang telah kami dokumenkan dan tandatangani sejak 2 Mei 2000; kira-kira 7 tahun yang lalu.
Bahkan memahami pembahagian dan pengkhususan bidang kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri melalui 2 rancangan lima tahun yang telah kita lalui.
Projek-projek cadangan ini telah dikemukakan kepentingannya untuk diberikan perhatian Pusat dari masa ke semasa.
Mungkin kerana kesuntukan kewangan, ia tidak diberikan perhatian.
Kali ini Kerajaan Negeri wajar berterima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana telah sudi mengiktiraf apa yang kami kenalpasti sebagai projek-projek mustahak selama ini dan akhirnya telah diberikan perhatian.
Pastikan pelan ECER realistik bukan hipokrasi
Menyentuh tentang peruntukan yang mencecah RM112 bilion untuk ECER, RM177 bilion lagi untuk Koridor Utara dan RM47.6 bilion lagi di Wilayah Pembangunan Iskandar, rakyat menjadi sedikit kagum dengan jumlahnya.
Semakin hairan mereka apabila duit yang diisytiharkan ini boleh menjangkau Rancangan Malaysia ke 9, 10 dan boleh pergi sejauh RMK sebelas.
Apapun, jika duit ini memang ada dan tidak menjadi masalah, maka kita perlu mengucapkan sebesar-besar syukur. Alhamdulillah, syabas.
Dalam banyak buku ilmiah, saya ada juga terbaca bahawa sesuatu pelan yang berkesan ialah pelan yang dapat diterima tanpa curiga oleh kumpulan sasar.
Ciri pelan yang berjaya juga ialah pelan yang dapat dilaksanakan.
Biasanya pelan pembangunan yang baik harus bertolak dan bermula dari bacaan mengenai senario ekonomi dunia semasa yang teliti berasaskan unjuran yang tepat mengenai turun naik harga petrol, emas dan lain-lain komoditi yang utama.
Realiti dan waqi’ persekitaran yang berubah ini biasanya akan menentukan pula angkubah-angkubah yang memungkinkan sebuah pelan yang realistik itu dapat diisytiharkan.
Saya berandaian, semua aspek ini telah diambil kira dalam segenap segi sehingga ia tidak menjadi sebuah impian dan bukan sekadar ’satu lagi pelan’. Sememangnya indah untuk berada sekadar di alam mimpi kerana ia mengasyikkan:
Anak Cina memetik selasih
Anyam rotan dibuat timba
Tiada yang indah dalam berkasih
Mimpikan bulan jatuh ke riba
Dalam banyak hal, apa yang mustahak ialah pelan yang dapat menghasilkan kenyataan.
Siapalah yang tidak bergembira untuk mendengar janji yang akan datang dalam ratusan bilion ringgit.
Ini lebih-lebih lagilah apabila janji itu dipenuhi.
Sudah banyak kita saksikan betapa janji yang indah kadang-kadang boleh menjadi musuh besar apabila ia gagal dipenuhi. Kebocoran, siling runtuh, rasuah dan pecah amanah, inflasi dan hipokrasi adalah antara musuh-musuh bersama yang boleh menghambat cita-cita murni.
Emas hitam anugerah Allah yang dipinggirkan dalam ECER
YAB Dato’ Seri dan sidang hadirin sekalian,
Walaupun cadangan pendaratan gas dan minyak di pesisir pantai kita masih tidak diberi perhatian dalam ECER, saya masihlah memandang kepentingannya sebagai sesuatu yang bersifat mendesak.
Pada kami, ia sepatutnya diletakkan sebagai paksi asas dalam menjana pertumbuhan ekonomi negeri.
Seperti yang telah dikenalpasti oleh Kerajaan Negeri sejak 10 tahun lalu, kami masih merayu agar gas dan minyak didaratkan di Pantai Senok.
Bukan senang deposit emas hitam ini boleh terbentuk.
Dengan penuh susah payah Allah S.W.T. telah ratusan jutaan tahun memeram, mengatur dan memprosesnya secara sebab musabab jauh di kerak bumi.
Dengan segala percaturan kimia melalui mendapan humus, fosil dan tindak balas haba di perut bumi, Allah S.W.T. telah dengan segala ehsan menyimpan lalu menganugerahkan bumi Kelantan dan laut Kelantan dengan bahan semahal ini.
Mensia-siakan nikmat namanya apabila ia seolah-olah dibuat-buat ‘terlepas pandang’ dan tidak ditimbangkan untuk dimasukkan ke dalam pelan induk pembangunan Wilayah yang sebesar dan sepenting ini.
Setakat ini, kami hanya berputih mata melihat khazanah bumi kami dipunggah dan dihirup sepuas-puas oleh golongan amir politik tanpa didaratkan di pantai Kelantan sendiri walaupun sesudu teh.
Dalam feqah Islam, telah lama ditulis “hukmul fa il wal khu roji wa rriqaz”.
Bahkan zakat yang dipungut daripada sesebuah perkampungan tidak boleh dipindah zakat itu ke tempat lain kecuali terlebih dahulu diagih-agihkan kepada al mustahiqiin tempatan.
Ini adalah hukum Allah dan Rasul. Tak disempurna di dunia oleh pihak al-umara’, ia akan disempurna juga oleh Allah S.W.T. di akhirat kelak.
“Sesungguhnya hari keputusan (hari kiamat) itu adalah waktu yang dijanjikan bagi mereka semuanya.” (Surah Ad-Dukhaan: Ayat 40).
Untuk menyatakan komitmen Kerajaan Negeri terkini, kita telah meluluskan penubuhan sebuah jeti penghantar (supply base) di Pengkalan Kubur, Tumpat, khusus untuk sokongan kerja penggerudian minyak dan gas di Joint Development Area (JDA) dengan Thailand dan Vietnam, di luar pesisir pantai Kelantan.
Kerja pembinaan Jeti tersebut mulai Oktober ini dan ianya akan menjadi pemangkin kepada satu industri yang dapat mengembangkan ekonomi negeri dan membuka peluang pekerjaan.
Dalam keadaan-keadaan yang seperti inilah, relevannya kita mengetepikan sentimen politik bersifat kepartian.
Tidakkah boleh kita menjadikan maudhu’ ini sebagai perkara bersama untuk dikongsikan secara pintar bagi tujuan yang sama.
Saya masih ingat betapa murninya ketika KUB menandatangani persefahaman ini bagi pihak Pusat dizaman Tun Dr. Mahathir pada tahun 1996 dahulu.
Ini kekal terlipat dalam sejarah; kisah benar sebuah ‘pelan indah’ yang tidak menjadi hingga sampai ke hari ini.
Pembinaan modal insan tidak berjaya kecuali dengan tarbiyah Islam
YAB Dato’ Seri dan sidang hadirin yang dihormati sekalian.
Dalam hubungan Kelantan yang telah dikenalpasti sebagai Pusat Pembangunan Modal Insan berteraskan ilmu pula, saya bermohonlah untuk memberikan sedikit peringatan.
Mustahil insan itu boleh dibina tanpa agama. Ilmu Al-Quran mengajar kita tentang adanya dua perkara dalam setiap insan itu yakni jasad dan roh.
Membina roh insan adalah memberi faham kepada mereka tentang dosa dan pahala, adanya taat dan maksiat, adanya malaikat dan adanya iblis, adanya hisab dan adanya hari pembalasan, adanya Syurga dan adanya Neraka.
Ini soal asas yang tiada khilaf. Ini konsep tarbiyyah bawaan Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul alaihissalam serta para tabi’in dan wali-wali zaman berzaman.
Jika Kelantan mahu diiktiraf sebagai pangkalan terpenting modal insan, maka kita jangan abaikan aspek pembinaan roh.
Elemen rasuah, dedah, dadah, belasah dan menolak hukum Allah adalah manifestasi kekacauan fikrah.
Betapa kacau bilaunya acuan dan tertib tarbiyyah kita yang telah dirangka oleh negara selama ini.
Ikut cara kami bangunkan negara bersama Islam
Untuk itu, mari kita cuba menjadi lebih ikhlas dengan cuba sama-sama memperbetulkan keadaan, memikul amanah agama demi memulihkan manusia untuk kembali kepada nilai-nilai fitrah keinsanan sejati selaras dengan prinsip asal ‘ubudiyyah’ sejak asal kita semua dijadikan.
Bagi kami di Kelantan, kita telah lama mengisytiharkan konsep ‘Membangun Bersama Islam’, berasaskan dakwah bil hikmah wal mauizotul hasanah.
Dalam rangka konsep ini, kami memuatkan prinsip ubudiyyah yakni semua orang wajib kembali kepada pengabdian yang tidak berbelah bahagi kepada Allah S.W.T.
Bagi mereka yang belum Islam, mereka diajak untuk hidup dalam kesedaran ketuhanan.
Kami juga memuatkan prinsip mas’uliyyah yakni bekerja dengan penuh sedar bahawa setiap manusia tanpa mengira pangkat, bangsa dan budaya akan disoal jawab oleh Allah Taala sendiri tanpa sebarang jurubahasa.
Manakala Itqan yakni bekerja dengan penuh berkualiti untuk menghasilkan apa sahaja nilai amalan dan aktiviti dari jenis yang terbaik.
Seluruh sekolah milik Kerajaan Negeri Kelantan telah dan sedang merangka dan melaksanakan kurikulum dan kokurikulum untuk menggunakan ruang lingkup kesedaran yang keseluruhannya berteraskan ketaqwaan kepada Allah Robbuljalil.
Dalam semangat pesan memesan (Watawa soubilhaq watawa soubissobr), alangkah tepatnya jika pelan pembinaan insan yang termuat dalam ECER ini mampu dengan jujur membuat pengisian-pengisian yang semurni ini.
Jika tidak, percayalah walau secemerlang manapun pelan pembinaan insan kita, tanpa agama, rakyat akan hidup sebagai insan yang bermentalitikan haiwan kerana dia cuma takutkan polis dan BPR, undang-undang, tali gantung dan peraturan dan dia akan hidup dan mati dalam kekeliruan.
Di sana nanti dia akan terpinga-pinga dalam suasana yang salah menyalah “maka, berkatalah pengikut kepada pemimpin dan pemimpin kepada pengikutnya” sebagaimana yang telah dirakamkan di dalam Al-Quran Nul Karim. (Sila semak dan tadarrus sendiri maksud Surah Al-Baqarah dari Ayat 166 hingga 167).
Menyentuh tentang tumpuan pertanian yang khabarnya hanya akan diberikan tumpuan yang sangat minimum oleh Pelan Wilayah Timur ini, saya kira sekali lagi kami perlu membuat teguran.
Sejak dari dahulu, Kelantan dikenali sebagai negeri pertanian. Apa erti mengisytiharkan istilah-istilah seperti “halal hub” atau Jelapang Makanan Negara jika perhatian ke atas sektor ini sekadar bersifat batuk di tangga? Sekali lagi saya mengharapkan sesuatu yang lebih singnifikan dapat dilakukan ke arah pembetulan ini.
Mari bermuafakat elak ganggu Kelantan
YAB Dato’ Seri, tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Sudah lebih 17 tahun kita menjalin hubungan kesetiakawanan dalam ikatan konsep persekutuan.
Setakat yang saya ingat, tidak pernah satu kalipun lagi terganggu sebarang projek yang diluluskan oleh Pusat di Kelantan baik kecil mahupun besar mengalami gangguan atau dihalang oleh Kerajaan Negeri.
Melalui permuafakatan dan rundingan, ia sentiasa disambut oleh kami dengan penuh keterbukaan.
Bagaimanapun beradablah ketika melangkah. Bukankah ini Wilayah Timur. Setiap rumah ada tuannya. Masuk berpintu. Keluar bertangga. Kadang-kadang, ya. Terasa juga.
Makan sirih berpinang tidak
Buah keranji atas perahu
Singgah tidak kenang pun tidak
Sampai hati buat tak tahu
Hanya inilah kali pertama saya diberi kesempatan untuk berucap di majlis yang dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Perdana Menteri. Apapun jua, syukurlah. Saya mengucapkan Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.
Sekali lagi saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis pelancaran ini.
Dengan nama Allah, saya sudahi dengan Wabillahi taufiq Wal hidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
(TEKS UCAPAN YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT, MENTERI BESAR KELANTAN DI MAJLIS PELANCARAN PEMBANGUNAN WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR (ECER) PADA 17 SYAWAL 1428/29 OKTOBER 2007, JAM 2.30 PETANG DI KOMPLEKS SEKOLAH-SEKOLAH WAKAF MEK ZAINAB, KOTA BHARU, KELANTAN) - Ehsan daripada Harakahdaily

Rukun Negara Pak Lah!

Dilema Rukun Negara Pak Lah!

Kepercayaan Kepada Tuhan

Istilah Hadhari di perkenalkan sebagai tamadun baru penuh toleransi. Sebagai Mujtahid atau Mujadid abad ini dan setelah mencari As Syafie dan Al Ghazali dan mengupas kitab suci maka ini yang terbaik untuk di promosi keseluruh dunia atas tiket Pengerusi OIC.
Master Plan :- Masjid Kristal iaitu Lambang kemajuan Islam dan toleransi beragama dalam Negeri Hadhari Terengganu Darul Iman. Ia menjadi tarikan untuk pelancung se antero dunia.
Arab Saudi, Kuwait dll negara tauke minyak dah setuju dan Presiden Bush serta sekutu dia dah “confirm” kan sebagai pegangan Islam Terbaik untuk Umat Islam seluruhnya.
Tanda tolerannya ialah Masjid Kristal di perkampungan hadhari kalau tak cukup korum tak payah sembahyang jumaat sebab masjid berhampiran pun ada. Masjid lama kita robohkan sebab tak cantik dan usang dan tak perlu perbaiki.






Kesetiaan Pada Raja Dan Negara.

Gambar Raja yang ada pada RM sahaja perlu didaulatkan. Selain itu kita boleh pertikai dan tentang kuasa mereka sebab Raja-Raja tersebut hanya simbol rasmi sahaja. Negara kita adalah milik kita (UMNO- BN ) 50 tahun kita perintah tak kan senang-senang aje nak bagi pada orang lain ambil alih. Bagi tahu rakyat jangan sekali kali buat eksperimen nak ubah kerajaan sebab banyak lagi hasil Negara perlu kita korek atau” correct, correct, correct!”. Kalau dia orang degil nak ubah juga “ kita tengok apa akan jadi?”.




Keluhuran Perlembagaan.

Budak-budak sekolah dah hafal makna leluhurnya dan kita luhurkan diri kita melalui media. Tan Sri Rashid dah kita luhurkan sampai lanjut umur dia setahun lagi. Dulu Perlembagaan mengenai kuasa Raja-Raja dah kita pinda begitu juga Akta Tanah. Sekarang kita gubal pula Akta Lompat Parti sebab keadaan kita getir sekarang ini. Esok kita ubah suai pulak supaya banyak lagi katak lompat pada kita. Paling baik jenis katak pisang.





Kedaulatan Undang-Undang.

Hal ini kita serahkan pada V. K Linggam sebab dia pandai “correct.correct. correct!” Dengan kerjasama Raja atau Tengku mee segera dari keturunan Kesultanan Melaka sebab dia ada darah keturunan Baba dan rapat dengan Baba Tan. Nanti Baba Lim boleh tumpang sekaki.





Kesopanan Dan Kesusilaan.

Melayu mesti ubah cara hidup dan moral mereka begitu rendah. Aku Imam Hadhari dan perlu dicontohi. Amati cara aku peluk Michele Yeoh dengan selamba aje depan anak menantu. Lihat cara aku pimpin tangan Rosmah dan Pidah. Ketiga-tiga perempuan tu bini orang dan bini aku pulak status jangan tanya syyyy! Tengok Rosmah pula macam mana Salman Khan cium dia dan buat biasa aje dan Najib dia sentiasa patuh sebab DNA Al Tantuya bila-bila masa aje boleh di






klonkan untuk bercakap. Cara-cara untuk bersopan dan bersusila boleh belajar kat MB Pahang dan rakan-rakan siap tonggeng lagi.







Generasi baru akan datang perlu mencontohi tabiat dan skap-sikap leluhur kita dan Menteri Pelajaran kena mulakan system baru pembelajaran…

Usaha kita mungkin telah menampakkan hasilnya……… (anak siapa pulak nii!!! )




Kita lanyak mereka dengan gunakan polis kalau rakyat tentang atau buat demonstrasi.”Ini bukan budaya kita”."Tapi Ini Budaya UMNO"




Pi..raah !!!
Dan generasi akan datang pasti tahu menilai kepimpinan kamu.

3/23/2008

Maulid dan Keraguan Tarikhnya.

Sesuatu yang menjadi keraguan harus diperjelaskan dengan sebaik mungkin dan penjelasan itu perlu berpandukan kebenaran tanpa terkait dengan rasa emosional. Kiranya yang benar itu kelihatan bersalahan dengan tradisi yang diperturunkan maka perubahan harus ditekadkan supaya manusia tidak lagi hanyut dan mendapat kehinaan.

Subject: Maulid: PENILAIAN SEMULA TARIKH KELAHIRAN DAN KEWAFATAN NABI MUHAMMAD S.A.W.To:
Maulid: PENILAIAN SEMULA TARIKH KELAHIRAN DAN KEWAFATAN NABI MUHAMMAD S.A.W. Posted by : zain-ys on Tuesday, April 11, 2006 - 04:38 PM CCT 1499 Reads
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. serta para sahabatnya. Masyarakat Islam di negara kita umumnya menerima tarikh 12hb. Rabiul Awwal sebagai hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. ( Maulidur Rasul ) . Fakta ini perlu di kaji semula kerana didapati bercanggah dengan fakta sejarah, hadis dan sains. Disamping itu, sekiranya diterima juga tarikh wafat Nabi s.a.w. pada 12hb. Rabiul Awwal, (sebagaimana dipercayai umum), ia akan menimbulkan satu konflik di dalam jiwa masyarakat yang mana di satu pihak mereka merayakan kelahiran Nabi s.a.w. dan bergembira kerananya sedangkan di pihak lain pula pada hari yang sama sepatutnya mereka bersedih dan tidak boleh merayakan hari tersebut kerana ia juga merupakan hari kewafatan Nabi saw. Jadi di manakah adanya kewajaran masyarakat merayakan Maulidur Rasul yang juga merupakan hari perkabungannya? (Tanpa mengambil kira perayaan Maulidur Rasul itu sendiri adakah bersesuaian dengan sunnah atau ia satu bida'ah). Di samping itu angka 12 yang dipilih untuk hari lahir dan hari wafat Nabi saw berkemungkinan besar berpunca daripada Syiah Imam Dua Belas. Justeru angka 12 ini bagi mereka merupakan angka sakti yang mereka kaitkan sekian banyak keistimewaan dengannya. Apalagi jika orang yang mula-mula mempopularkan tarikh ini adalah Ibnu Ishaq yang juga seorang Syiah. (Taqribut Tahdzib, Al Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani, jilid 2, halaman 144). Pendapat yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w. dilahirkan pada 12hb. Rabiul Awwal itu walaupun masyhur tetapi ia berasaskan riwayat yang lemah kerana ia berpunca daripada Ibmu Ishaq seperti mana yang diriwayatkan oleh Ibnu Hisyam di dalam kitab sirahnya. Menurut ulama-ulama rijal hadis, Ibnu Ishaq selain dianggap sebagai seorang Syiah, dia juga seorang yang lemah dalam riwayat-riwayatnya. Imam Nasa'i mengatakan bahawa dia tidak kuat. Daraqutni mengatakan hadisnya tidak boleh menjadi hujjah. Imam Abu Daud ada berkata, "Dia adalah seorang yang berfahaman Qadariah dan Mu'tazilah." Imam Sulaiman At-Taimy, Hisyam bin Urwah, Yahya bin Said Al-Qatthan dan Imam Malik mengatakan dia seorang pendusta besar. Malah Imam Malik pernah berkata, "Dia seorang dajjal" (Mizanul I'tidal, Imam Zahabi, jilid 3, halaman 468 – 475). Ibnu Ishaq sendiri tidak menyebutkan sanad-sanad tempat ambilannya. Pendapat yang sahih dan kuat bagi tarikh kelahiran Baginda ialah pada hari Isnin, 9hb Rabiul Awwal Tahun Gajah. Di antara ulama yang berpendapat sedemikian ialah Humaidi, Uqail, Yunus bin Yazid, Ibnu Abdillah, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khuwarazmi, Abdul Khattab Ibnu Dihyah, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Ibnu Kathir, Ibnu Hajar dan Badruddin `Aini (Al-Bidayah wa An Nihayah, jilid 2 halaman 260-261) Pendapat ini juga disokong oleh penyelidikan yang dibuat oleh seorang ahli falak yang terkenal iaitu Mahmud Pasya yang cuba menentukan tarikh gerhana matahari dan gerhana bulan yang berlaku semenjak zaman Nabi s.a.w. hingga ke zaman beliau. Berdasarkan kajian beliau, hari Isnin tidak mungkin bertepatan dengan 12hb. Rabiul Awwal mengikut perkiraan bagaimana sekalipun bahkan hari Isnin pada bulan berkenaan (Rabiul Awwal) jatuh pada 9 haribulan. Beliau mengemukakan beberapa alasan untuk menyokong hasil kajiannya. Antara alasan-alasan yang dikemukakan oleh Mahmud Pasya ialah: · Dalam Sahih Bukhari disebut ketika anak Rasulullah saw iaitu Ibrahim wafat, telah berlaku gerhana matahari iaitu pada tahun ke 10 Hijrah dan Nabi Muhammad saw ketika itu berusia 63 tahun. · Berdasarkan kaedah kiraan falak, diketahui bahawa gerhana matahari yang berlaku pada tahun 10H itu adalah bertepatan dengan 7hb. Januari 632M pukul 8.30 pagi. · Berdasarkan kepada kiraan ini, sekiranya kita undurkan 63 tahun ke belakang mengikut tahun qamariah, maka kelahiran Nabi saw jatuh pada tahun 571M. Berdasarkan kira-kira yang telah dibuat beliau, 1hb. Rabiul Awwal menepati 12hb. April 571M. · Perselisihan pendapat berlaku tentang tarikh kelahiran Nabi saw, walau bagaimanapun semua pihak telah sepakat mengatakan ia berlaku pada hari Isnin bulan Rabiul Awwal tersebut. Tetapi Mahmud Pasya mendapati hari Isnin jatuh pada 9hb. Rabiul Awwal bersamaan 20hb. April 571M. Ini menguatkan lagi pendapat ulama-ulama muktabar yang telah disebutkan di atas. Di antara penulis sirah mutaakhir yang menyokong pendapat ini ialah Syeikh Muhammad Al Khudhori Bik di dalam "Nurul Yaqin" (hal. 6), Safiyyuul Rahman Al Mubarakpuri di dalam "Ar Rahiqul Makhtum" (halaman 54), `Allamah Sibli Nu'mani di dalam "Siratun Nabi" (jilid 1 hal. 176), Maulana Abdul Kalam Azad di dalam "Rasul Rahmat" (hal. 37) dan lain-lain. Berhubung dengan tarikh wafat Nabi Muhammad s.a.w. pula, beberapa perkara yang telah diterima oleh ulamak hadis dan sirah perlu diletakkan di hadapan untuk menentukan tarikhnya iaitu: · Tahun kewafatan Baginda s.a.w. ialah 11H · Dalam bulan Rabiul Awwal · Antara 1hb. Hingga 12hb. · Hari Isnin (Sahih Muslim, jld. 8 hal. 51-52) · Hari wuquf di Arafah dalam Haji Wada' pada 9 Zulhijjah tahun ke 10H jatuh pada hari Jumaat. (Tafsir Al Quraanul 'Adzim, Ibnu Katsir, jld. 2, hal. 15, Sahih Al Bukhari, Sahih Muslim, dll). · Daripada hari itu (wuquf) sampai kepada hari wafatnya Nabi Muhammad SAW adalah 81 hari. (Tafsir Al Quraanul 'Adzim, Ibnu Katsir, jld. 2 hal. 15, At Tafsir Al Kabir, Fakhrul Razi, j.11 hal. 139, Tafsir Baghawi, Fathul Bari). Berdasarkan kepada beberapa perkara yang telah diterima oleh para ulama tadi, maka boleh diandaikan tarikh kewafatan Baginda s.a.w. seperti berikut: 1. Diandaikan ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar mempunyai 30 hari (walaupun tidak pernah berlaku begitu tetapi diandaikan mungkin juga berlaku) maka hari Isnin menepati 6 atau 13hb. Rabiul Awwal. 2. Jika diandaikan ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar mempunyai 29 hari (walaupun ini juga tidak pernah berlaku) maka hari Isnin menepati 2, 9 atau 16hb. Rabiul Awwal. Selain daripada dua andaian tersebut itu, terdapat enam andaian lagi seperti yang terdapat dalam jadual berikut: Jumlah hari bagi bulan Tarikh Hari Isnin dalam bulan Rabiul Awwal Zulhijjah (30) Muharram (29) Safar (29) 1 8 15 Zulhijjah (29) Muharram (30) Safar (29) 1 8 15 Zulhijjah (29) Muharram (29) Safar (30) 1 8 15 Zulhijjah (30) Muharram (29) Safar (30) 7 14 21 Zulhijjah (30) Muharram (30) Safar (29) 7 14 21 Zulhijjah (29) Muharram (30) Safar (30) 7 14 21 Daripada tarikh-tarikh yang diandaikan tadi; 6, 7, 8, 9, 13, 14, 15 dan 16hb. Rabiul Awwal tidak dapat diterima kerana selain daripada alasan-alasan yang tersebut tadi, tidak ada satupun riwayat yang menyokongnya. Berkenaan dengan 2hb. pula , selain daripada tidak mungkin terjadinya ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar terdiri daripada 30 hari di dalam kesemuanya, tidak ada juga riwayat yang sahih mengenainya. Apa yang ada hanyalah riwayat Hisyam bin Muhammad Al Kalbi dan Abu Mikhnaf yang dianggap sebagai pendusta oleh ulama-ulama hadis. Berhubung dengan 1hb. pula, ia adalah daripada riwayat tokoh utama sirah iaitu Musa bin Uqbah dan ulama hadis yang terkenal Imam Laith bin Saad, Abu Nua'im Fadhal bin Dukain dan lain-lain. Pendapat ini juga disokong oleh Imam Suhaili dan Al Khuwarazmi. (Fathul Bari, Jilid 16. hal. 206, "Ar Raudhul Unuf," jilid 7, hal. 579). Daripada kenyataan-kenyataan yang disebut di atas, tarikh yang lebih tepat bagi kewafatan Nabi S.A.W. ialah pada hari Isnin 1hb. Rabiul Awwal tahun 11H bersamaan dengan 25hb. Mei 632M. Berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah kami kemukakan pihak kami berharap agar masyarakat menilai semula tarikh sebenar kelahiran nabi s.a.w. dan tidak merayakan suatu hari yang kononnya hari kelahiran Nabi s.a.w. padahal ia bukanlah harinya yang sebenar.

3/22/2008

Isu Perkauman

Dengan sentimen perkauman yang tercetus disusuli demontrasi yang diatur oleh golongan kecewa di kawasan-kawasan yang diperintah oleh B.A seperti yang berlaku di Pulau Pinang dan Perak kiranya dikonspirasikan secara terancang boleh mencetuskan ketidakstabilan dalam keharmonian kaum di Malaysia. Walaupun Hishammudin@ keris-sam menafikan Pihak Pemuda UMNO terlibat dalam menganjurkan perhimpunan atau demonstrasi tersebut tetapi apa yang jelas yang menjadi jurucakap para demonstrasi semasa di komtar dan yang membobrokkan saranan “ Ini Bukan Budaya Kita” terdiri dari golongan UMNO itu sendiri seperti yang terpapar di kaca-tv. Turut cuba menjernihkan keadaan ialah pengendali-pengendali laman blog atau pengunjungnya bahawa sentimen perkauman adalah tidak relevan waktu kini malah menyindir bahawa isu perkauman yang disuntik oleh BN tidak akan membawa kesan sebagai umpan bagi meraih sokongan.
Pada dasarnya sentimen perkauman sebenarnya mampu mencetuskan insiden buruk sekiranya keadaan ini dibiarkan berterusan dan semakin diapi-apikan sebagai resepi tambahan untuk modal politik . Keharmonian yang dinikmati akan goyah andainya sesuatu kejutan seperti petaka ekonomi atau sosial atau provokasi agama menjadi keutamaan. Kita tidak mampu mengagak sejauh mana keharmonian ini akan bertahan kerana bagi permulaan sesuatu perubahan yang mengejutkan terbit dari PR12 baru-baru ini keutuhan keakraban masyarakat "multi racial" yang dimasyurkan belum lagi teruji.
Dengan para-para konspirator yang merancang insiden protes di Pulau Pinang dan di Perak baru baru ini mampu melarat ke tempat-tempat lain yang masih merupakan gelanggang sabung politik bagi pihak-pihak yang terlibat. Penguasaan media oleh pihak pemerintah nampaknya tidak mengambil berat situasi yang berlaku ini dan seakan-akan tiada ketegasan agar ianya dihentikan sama ada dari pihak akar umbi hingga pucuk pimpinan. Yang cuba diperhangatkan hanyalah berpandu pada spekulasi media dengan tuduhan bahawa pihak lawanlah yang membawa puncanya dari penolakan DEB selepas rasmi memerintah Pulau Pinang.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa senario bangsa melayu di Pulau Pinang tidak sama dengan Melayu di negeri-negeri lain. Dengan agihan kuasa politik yang dikompromi antara pemerintah terdahulu iaitu UMNO dan MCA-GERAKAN dan keadaan ekonomi dan pemilikan tanah yang tidak berupaya dibela oleh pemimpin mereka sendiri maka nasib melayu Pulau Pinang tidak pernah meningkat ke status yang lebih baik. Sebagai bangsa minoriti di Pulau Mutiara maka bangsa melayu di situ kelihatan semakin terpinggir walaupun sebelum ini kuasa eksekutif bukannya tidak pernah dimiliki oleh pemimpin mereka.
Kegagalan yang lalu kini sanggup dijadikan modal bagi meraih sokongan umat melayu Pulau Pinang yang semakin jelak dengan janji-janji pemimpin mereka yang kelihatan perut semakin buncit bersantai dengan taukeh-taukeh cina. Apapun yang membuat sebahagian pengundi mengalih undian mereka adalah disebabkan oleh pemimpin -pemimpin mereka sendiri yang lebih mementingkan diri sendiri dan mereka yang hampir dengannya. Umat melayu Pulau Pinang seperti tiada pilihan lain untuk mencuba merubah nasib mereka yang tetap terpinggir walaupun dipimpin oleh bangsa sendiri. Dengan membangkitkan isu perkauman yang jelas berbaur politik maka keadaan yang diharapkan tidak mungkin terjadi seperti yang dikehendaki oleh BN dan mungkin sesuatu yang lebih buruk boleh berlaku sekira ianya tidak dibendung dengan segera.
Kita agak lega apabila ada pegawai-pegawai tinggi keselamatan masih menyedari situasi yang mampu memburuk ini dan telah mengambil langkah-langkah pro-aktif supaya keadaan dapat dikawal. Ketegasan dan etika yang dipuji itu telah mampu mengawal keadaan dari merebak buat sementara ini.
Bagi menstimulasikan lagi keadaan maka beberapa pertubuhan NGO mula muncul bagi merancakkan lagi paluan gendang dengan maksud menjadi juara atas isu perkauman kononnya untuk mempertahankan hak-hak melayu yang semakin terpinggir. Pengabungan yang dipanggil Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (Malay Unity Action Front, BBPM) telah mengeluarkan resolusi yang pekat berbaur ( lihat kenyataan Farish Noor dalam Malaysia Today- Farewell To The Homogenous Malay )

The latest attempt to shore up the fictional notion of Malay unity has come in the form of the creation of the Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (Malay Unity Action Front, BBPM), cobbled together by five-and-twenty Malay-Muslim NGOs and lobby groups to call for the unity of the Malay-Muslims and the defence of the status and place of Islam in the country. Already feelers have been sent out to court the doubtful hearts in PAS, on the basis that Malay-Muslim unity has to come first and foremost. All the buttons on the register have been pressed hard: Malay Unity, Islamic Unity, Communal interest, et al.

perkauman seolah-olah melayu kini benar-benar telah terancam dan memerlukan pembelaan segera. Menerusi berita di kaca-tv pada komen-komen yang dipaparkan membayangkan seolah-olah umat melayu kini telah berpecah dan perlu disatukan kembali untuk menentang ancaman-ancaman yang dengan jelas disebut sebagai ancaman dari bangsa-bangsa asing dan bukan melayu. Benarkah ancaman-ancama n tersebut telah ujud dan kini sedang menyeringaikan taringnya pada bangsa melayu. Apa pula agaknya pendapat pihak keselamatan negara, benarkah ancaman tersebut sedang aktif dan giat dijalankan? Pihak RTM atau lidah kerajaan BN yang menyiarkan berita dan komen orang awam harus bertanggungjawab untuk menjelaskan kenyataan yang dikeluarkan dan terakhir ialah pada berita sebelum rencana ini di tulis ialah jam 1.30 pagi 21 March 2008.
Seolah-olah ujud sesuatu yang tidak kena pada kestabilan hubungan kaum di negara ini. Apakah ketidakstabilan itu ujud sebelum atau selepas PR12 atau telah pun wujud sekian lama ? Jika diambil perhatian pada surat-surat dan e-mail layang yang telah beredar pada masyarakat umum selama ini ia memang telah mendatangkan keresahan rakyat yang inginkan keamanan. Benarkah bahawa keharmonian yang kita banggakan selama ini hanya retorik dan masing-masing kaum hanya bersikap hipokrit dan berpura-pura semata-mata. Mungkinkah keharmonian yang dipertunjukkan hanya lakonan kerana terdesak dengan kesempitan hidup atau hanya satu kaedah bagi meneruskan kemandirian sosial yang berkait rapat dengan peluang dan kesempatan. Apakah kenyataan-kenyataan serta maklum balas dari Barisan Rakyat didalam ruang siber yang cuba menerangkan bahawa isu perkauman telah tidak relevan masa kini hanya sekadar penyedap telinga? Ada dua perbedaan pegangan dan pendapat di-mana satu pihak cuba menafikannya dan di satu pihak lain bukan sahaja berdiam diri malah dengan rangkaian organisasi yang berkait rapat dengannya telah meniup bara yang telah lama terpendam.
Kerajaan yang diterajui BN selama ini memang menyarankan hubungan kaum yang lebih erat bagi menjana kemajuan dari kerjasama sesama rakyat yang berbilang kaum dalam keadaan yang lebih harmoni. Jika BN benar-benar memperjuangkan nasib rakyat dan kestabilan negara maka adalah lebih baik senario yang terbit sekarang ini dikawal selia dan meneutralkanya sebaik mungkin. Mengapi-apikan sentimen yang berbahaya dan meresahkan rakyat ini perlu dihentikan demi kesejahteraan rakyat malaysia yang rata-rata mengimpikan suasana yang lebih baik dari sebelumnya. Kita masing-masing telah mengalami sesuatu perubahan yang amat mengejutkan dan apa yang telah terjadi janganlah membuatkan diri kita semakin ego untuk menerima sesuatu kekecewaan atau kemenangan hingga bak kata pepatah “ marahkan nyamuk maka kelambu pula yang dibakar”.
Sebagai manusia yang beragama dan mempercayai bahawa untung nasib terletak pada takdir Sang Pencipta maka lakukanlah apa yang diamanahkan menurut panduan agama yang patut dicontohi. Jika Tuhan dilupakan kerana keterlanjuran akibat dari kealpaan dan salah pertimbangan semasa memerintah maka eloklah muhasabah dengan lebih tulus dan ikhlas. Hakikat dari segala usaha yang dicurahkan telahpun dijelmakan dan hakikat tersebut membayangkan hasil dari pentadbiran yang telah dilaksanakan. Baik atau buruk hasilnya berkait rapat dengan sebab musabab yang kita sendiri mengenalinya tanpa sebarang tabir alasan.

Umum mengetahui bahawa pentadbiran melalui cara pecah dan perintah mampu memberi keuntungan pada pihak yang berkepentingan di mana-mana sahaja apabila terdapat manusia yang ingin berkuasa dan memerintah. Ia adalah cara yang termudah untuk memerintah dan mengawal dari kaedah lain yang memerlukan sifat-sifat yang lebih positif dan bersifat humanism adalah terlalu sukar diadaptasi dengan hawa nafsu yang masih menjadi sebahagian dari cita-cita politik peribadi. Dengan meningkatnya tahap pemikiran dan kaedah menerima maklumat dalam dunia siber tanpa sempadan maka kebebasan cara berfikir dan bertindak bergantung pada kecenderongan dan tahap ilmu yang dimiliki setiap individu. Maklumat yang lebih bebas menjadi pilihan dari maklumat yang stereotaip yang seringkali mengecewakan mereka yang inginkan ketelusan dan kejujuran dari mereka yang menyampaikan berita-berita dan lapuran. Rata-rata masyarakat kini memandang rendah keupayaan media-media arus perdana yang amat dikenali dengan pembohongan dan tidak telus dalam menyampaikan maklumat. Memang tidak dapat dinafikan bahawa maklumat dari internet bukan tidak ada yang palsu dan berupa fitnah tetapi dengan kepantasan maklumat dan berita yang mudah diperolehi ianya terpulang pada sikap individu itu sendiri sama ada untuk mempercayai kebenaran atau kepalsuan.
Berbalik pada sikap mendiam diri pada bangkitnya isu perkauman dan menambahkan usaha meraih pengaruh menerusi isu tersebut iannya bukan sahaja memecahkan dan merungkaikan kepercayaan bangsa lain terhadap bangsa melayu. Sikap cepat melatah dan mengamuk tanpa sebab yang rasional mampu merosakkan keharmonian yang terjalin. Bukan itu sahaja malahan kesatuan umat melayu akan bertambah retak dan mungkin keadaan yang lebih parah boleh berlaku. Dalam menghadapi situasi global yang tidak menentu dan persaingan kuasa yang kembali timbul antara barat dan timur seperti yang berlaku di Asia Barat dan Eropah, kekuatan asas negara janganlah diperjudikan semata-mata untuk cita-cita politik yang rakus.
Sukar dinafikan yang Malaysia ini sebenarnya berpotensi menjadi logistik atau laluan bagi kuasa-kuasa yang ingin mendominasi rantau ini bertujuan mengukuhkan ketenteraan mereka. Gendang-gendang perang yang kerap dipalu di antara barat dan timur khususnya di Timur Tengah boleh melarat ke rantau-rantau lain. Mereka yang menguasai laluan dan logistik mempunyai kelebihan dalam mengatur strategi peperangan. Malaysia yang aman ini jangan dipecah belahkan hingga menjadi alasan pihak-pihak tertentu di luar menceroboh kita secara halal dan akhirnya menjadikan negara ini sebagai pelacur murahan. Andainya berlaku sebarang rusuhan kaum seperti mana yang berlaku pada tahun 1969 maka akhirannya belum tentu akan menyamai seperti dahulu malah mungkin ianya akan jauh berbeza.
Dalam situasi global yang penuh kekacauan dan konspirasi-konspirasi politik dan ekonomi yang bergerak secara rahsia diseluruh pelosok dunia apakah kita ingin memperjudikan keamanan negara ini untuk memberi ruang bagi kesempatan yang dinanti-nantikan oleh musuh. Sesudah “menang sorak maka kampung tergadai “ dan apakah kini kita mahu mengalami nasib “ habis bersengketa negara pula dilacurkan”.

3/20/2008

Khairy luring

First just keep Khairy in the shadow or let him lure under the grass menacing the country security and peace. Let him poke poisonous needle in the mind of people with the assistance of frustrated UMNO contractors and traders with the help of some malay morons from "Anggota 36". With khairy behind the curtain whispering to him what to do next the elected cabinet ministers will soon be review again awaiting for his son in-law to emerge and revive on top of the ruins.

Below are remarks from Malaysia Today.
--------------------------------------------------------------------------------------------


Idiot wears adult pampers to swearing-in ceremony



Posted by Raja Petra
Thursday, 20 March 2008
By Little Bird
Yes it's not a sin and we cannot hold it against anyone either, except maybe the Prime Minister of MY country. I don’t care what anyone says but this is where I live.
A Prime Minister who wears adult pampers is just not right for me. And on top of everything else he is also an incompetent moron, a monkey and an idiot.
You can see for yourselves the abnormal bulge below the Idiots kain samping in this photograph at these locations
http://thestar.com.my/archives/2008/3/20/nation/kissNbye.jpg
http://thestar.com.my/archives/2008/3/20/nation/cabinet.jpg
http://www.bharian.com.my/Gambar_Pilihan_BH/gambar_307?display=small
http://www.bharian.com.my/Gambar_Pilihan_BH/gambar_306?display=small
Blogger Sang Kelembai got thrown out of UMNO for pointing out the same thing about Idiot’s adult pampers.
Well folks, first things first. After the election results were out I thought I could lay off, maybe even retire from hitting so hard at this monkey. I have been meeting plenty of Government folks since the general elections and frankly few are unhappy with the results (they all voted for the Opposition. Shhh!) But the damned monkey is back. He refuses to leave in one piece. So we have no choice but to make sure he is kicked out of office. Many people are now working towards this end.
Let me assure my friends in UMNO, as certain as night is dark and day is bright, if Idiot remains the Prime Minister for five more years UMNO and the BN will become rubbish at the next elections. UMNO and BN are already half rubbish at the moment. If Idiot stays in power, there may not even be an UMNO come the next round of general elections. Talk is rife that our friends in Sabah and Sarawak who control 51 BN Parliamentary seats are very savvy about switching alliances. Better watch out!
Hishamuddin the pondan showed off the keris. Now that act of pondan stupidity has cost them dear. Five states and 2/3 majority gone – and I strongly believe forever. Serves you right Hishamuddin. But where are your balls now abang? Lu punya telor apa sudah jadi? Tak ada telor tak boleh main apa pun lah. Lu tak tahu kah? Get up, look into your pants and if your nuts are still there then go tell your moron presiden parti to get out lah. Suruh dia berambus saja.
After appointing another lacklustre Cabinet the Idiot said this:
“He said the issues that would be closely looked into”. And this “We need to understand them.” What an Idiot. After four years he still wants to waste time closely looking and understanding things. Sampai ke tua pun it still has not got into his skull yet.
The Idiot has appointed Muhyuddin Yassin as Minister of MITI. Muhyuddin speaks the best Malay in South East Asia but he no speaka de inglish maa. So how he going to speaka de inglish wif de foreign invester maa? Talk kok oso cannot one.
The Idiot has appointed Khaled Noordin as the Minister of Higher Education. Khaled is a Khairy crony and is better suited to replace Azeez Mat Rempit, who lost in Baling, as the new leader of the Mat Rempits. These are all punks.
The Idiot has also appointed ‘I no speake de inglish’ Muhammad son of Muhammad as Minister to take back Selangor from PKR. Few people know this but new appointee Amirsham Abdul Aziz is also enemy No.. 1 of the new Selangor Menteri Besar. As head of Maybank, Amirsham Aziz used to report to Tan Sri Khalid when Khalid was boss of Permodalan Nasional Berhad.. There is some bad blood between them. Welcome to Blogging Dato Amirsham. Keep your nose clean. First thing is you must know your Boss well. Now you work for Idiot. Please remember this everyday you go to work. You work for Idiot.
Idiot has also set up Ng Yen Yen in charge of Women’s Affairs. Then he has appointed Shahrizat Special Advisor (with Ministerial powers) handling the same portfolio. This has already started causing problems. 99% of issues at the Women’s Ministry involve Malay women. Two reasons for this i. they are the largest number of the population ii. They also have many many problems. These are mostly problems relating to second wife status, ibu tunggal, family problems etc. So Shahrizat is going to be sticking her nose into Ng Yen Yen’s affairs. Shahrizat needs the women to secure her place in Wanita UMNO. All that is down the drain now. The days of money politics are over. You have lost five states and 2/3 majority lah. Wake up.
Nor Mohd Yakob is back in the Finance Minister 2 slot. The first term has seen zilch from the Ministry of Finance. The stealing of RM1.0 Billion in the PKFZ, the Finance Ministry bailing out PKFZ with RM4.6 Billion, the ECM Libra-Avenue Capital scandal are all the work of the Finance Ministry. The cash handouts to Air Asia are also the work of the Finance Ministry. Much money has changed hands. Do you seriously that the leopards will change their spots over the next five years? At the next general elections we are going to see UMNO and Bn getting permanently kicked into the dustbin – not by the Chinese and the Indian and non Malays but by the Malay voters themselves.
Folks the Idiot is back. So am I. Have no choice.

3/19/2008

3/13/2008

Sikap Melayu-UMNO

Apa yang dilampirkan berikut menunjukkan mentaliti Melayu-UMNO dan mereka inilah yang menjuarakan diri sebagai pembela agama, bangsa dan negara. Mereka meletakkan diri sebagai pemilik bagi mana-mana negeri mengalahkan agung dan sultan-sultan. Demokrasi ditafsirkan sebagai milik peribadi dan apabila tewas dalam pemilehan maka dengan mudah hendak diruntuhkan segala hak rakyat yang sememangnya adalah merupakan tugas mereka yang telah diamanahkan. Memang tidak salahlah tanggapan ramai bahawa Melayu-UMNO telah secara khianat mewariskan kepada diri mereka serta juak-juak mereka akan segala harta dan kekayaan milik negara ini. Segala harta benda termasuk tanah dan kekayaan hasil bumi hendak mereka boloti sesama sendiri. Itu sebabnya mereka merasakan duit cukai rakyat dan pulangan hasil dari perdagangan negara adalah milik mereka semata-mata. Mereka menganggap kuasa adalah ditangan dan gemar bersikap beraja dihati bersultan dimata. Apa-apa yang dibangun serta dibina menggunakan duit rakyat adalah bulat menjadi hak mereka. Seperti zionis mereka agaknya menganggap bahawa keseluruhan kakitangan awam atau swasta dan lain-lainnya yang bekerja dengan penat lelah membangunkan negara sebagai hamba atau goyim. Kini seperti kebiasaan tabiat mereka apabila tersepit dan teraib diuliti kekecewaan maka secara sembrono ugutan mulai mereka lemparkan. Mangsa mereka sebelum ini adalah Melayu- Kelantan-Bumiputra-Malaysia yang diabaikan dan disisehkan bukan sahaja dari pembangunan malahan hak hasil negeri rakyat kelantan secara kejam telah mereka selewengkan. Sesiapa yang tidak dapat menemui jalan persetujuan dengan mereka adalah musuh yang perlu dihapuskan. Sifat amanah tiada dalam diri mereka dan mereka sebenarnya bangsa yang bertuhankan diri sendiri dan tuhan besar mereka ialah UMNO atau BN. Seperti mana kata-kata yang mereka anggap keramat iaitu "sehingga kiamat hanya dacing yang tinggal"
Syukur Alhamdulillah! kerana rakyat malaysia kini semakin matang dan cerdik sebagaimana yang mereka sarankan waktu PR12. Rupa-rupanya yang belum matang adalah diri mereka sendiri. Sekiranya mereka ingin meneruskan ugutan tersebut eloklah dimulakan secepat mungkin kerana mereka sebenarnya bagaikan orang yang kalah dan tumbang dalam bertinju dan masih ingin menumbuk tetapi tersasar mengenai muka sendiri.


-----------------------------------
In Malaysia Today:

Penang Umno to recommend stopping all state mega projects




Posted by Raja Petra
Friday, 14 March 2008
Penang Umno will recommend to the Federal Government to stop all proposed mega projects in the state, include those planned under the Northern Corridor Economic Region (NCER), the second Penang Bridge, the light monorail transit system, the Penang Outer Ring Road, the Penang Sentral and the RapidPenang bus service.
State Umno secretary Datuk Azhar Ibrahim said the previous Gerakan-led state government had worked together with the federal government to bring all sorts of development to Penang."Since the people have clearly rejected development and made their choice for a change, we will recommend to the federal government to cancel all such projects. Don’t blame us for this," he said after a state liaison committee meeting here today. In March 8 polls, Umno only won two parliamentary seats and 12 state seats.The meeting was chaired by the deputy state Umno liaison committee chairman Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah. Also present were Umno division chiefs from all 13 divisions.Asked if this was Umno’s revenge, Azhar, who was appointed opposition chief, said: "This is not revenge…it is the new government's responsibility to bring development to the state. We have done so many things in the past but we were criticised…we were blamed for wasting this and wasting that.”
To another question if this would bring about any implications to the people, he said: "The people have chosen and they wanted a new leadership."

Natijah PR12

Kini keseluruhan rakyat Malaysia menanti peristiwa seterusnya. Dengan kemelut perlantikan MB Perak yang ditangguhkan keesokan hari kerana kemelut yang belum selesai kini BN menghadapi situasi yang lebih parah. Tuduh menuduh yang merupakan senjata peribadi untuk melindungi kepentingan semakin bersimpang siur disekitar perlantikan kabinet baru yang pasti mengundang pelbagai spekulasi dan persepsi. Awal-awal lagi Tkt 4 Putrajaya telah mendapat habuan kerana kegagalan mereka menafsir situasi . Khairy nampaknya sepi mengharapkan pembelaan Bapa Mertuanya yang terpaksa menelan segala tohmahan. Memang sudah dijangka bahawa budak samseng oxford itu pasti berlagak sedemikian sekiranya ingin mengelak dari menjadi kambing hitam yang sememangnya sedia hitam. Itulah sebabnya tatkala selesai PR12 dan daripada merencana pemulihan gabungan yang telah reput itu Pak Lah masih lagi mampu membuat sidang akhbar untuk membela menantunya dan begitulah Pak Lah dan sikap ini memang telah pun dijangkakan. Menjadi penasihat Bapa Mertuanya bersama kroni-kroni yang sealiran degri dan usia, Khairy sebenarnya yang telah merosakkan UMNO dan BN khususnya. Rata-rata bukan sahaja hampir keseluruhan rakyat Malaysia yang minat memerhati tetapi dikalangan anggota BN sendiri terutamanya UMNO yang melihat pengaruh khairy yang bagaikan singa sedang menanti peluang adalah begitu mengancam kedudukan mereka. Apabila terlalu dipengaruhi oleh sesaorang di dalam kerajaan maka ahli-ahli kabinet serta ahli-ahli parti gabungan BN sebenarnya berada dalam keadaan tidak selesa. Yang begitu selesa adalah mereka yang membodek menagih pengaruh dan keuntungan peribadi. Kabel khairi telah menjadi sebutan dikalangan mereka yang berminat untuk duduk di dalam kerajaan juga mereka yang kemaruk menghambat projek-projek diserata ceruk negara. Tiada nama lain yang muncul selain nama menantu Pak Lah yang seakan-akan berada dimana-mana. Hinggakan rakan-rakan lama Pak Lah sama ada di Kepala Batas atau di tempat lain seakan akan terputus hubungan mereka dengannya. Ini menyebabkan kebenaran atau nasihat ikhlas tidak mampu sampai atau diluahkan pada Pak Lah tatkala kelibat khairy sering sahaja kelihatan di situ untuk berbisek. Walau apapun tafsiran mengenai nepotisma atau kronisma yang jelas hampir keseluruhannya dipengaruhi oleh menantunya Pak Lah yang sering tidur sentiasa kelihatan mamun untuk menyetujui apa sahaja yang dibisekkan khairy di telinganya.
Untuk memulakan kembali imej yang tercalar dan tercemar natijah dari PR12 BN memerlukan kekuatan yang seakan sukar dicapai tatkala kemelut dalaman semakin rancak berbicara. Lebih sukar lagi Pak Lah untuk mempertahankan menantunya yang dilihat umum sebagai penyebab kejatuhannya yang turut mengheret BN bersamanya. Apa caranya dan gayanya kita sekarang sukar mengagak. Kedegilan Pak Lah untuk mendengar nasihat bekas-bekas menteri kanan BN sebelum dan semasa PR12 kini telah menjelmakan igauan mereka ke alam nyata. Keangkuhan Pak Lah serta menantunya dalam berkempen sebenarnya telah memulakan bibit-bibit kehancuran yang gagal dikesan oleh mereka. Mencabar rakyat agar berubah dan dalam masa yang sama menindas ekonomi dan intelektual mereka yang kini lebih bermaklumat untuk menilai telah menjadi salah satu penyebab penolakan rakyat terhadap BN berlaku. Di mana-mana rakyat yang sedang marah dan merana terpaksa menelan duri untuk membuat pilihan dan pilihan mereka ialah menolak kerajaan BN yang di pimpin Pak Lah dengan pengaruh menantunya. Lebih parah lagi apabila pernah khairy yang kemudiannya turut diekori Pak Lah telah membuat ancaman pada ruang siber. Ancaman untuk melakukan sesuatu yang pastinya tidak menyenangkan para-para pengunjung laman web dan "bloggers-bloggers" telah mengundang penentangan yang hebat dari masyarakat siber yang mempunyai lebih maklumat dan rangkaian. Apabila menyerang dan mengancam pengunjung ruang siber dilihat semakin menekan maka ianya telah mengundang penentangan yang semakin hebat. Dengan tertumpu pada maklumat-maklumat dihujung jari sama ada di tempat kerja waktu siangnya dan di rumah waktu malamnya rata-rata pengunjung siber langsung tidak berminat pada media-media arus perdana yang diketahui memang sebati dengan lidah-lidah BN.
Apabila kebebasan bersuara telahpun disekat bermula diperingkat universiti kini kebebasan pula mahu disekat diruang siber maka serangan-serangan bertali arus tidak memungkinkan BN untuk menepis segala hujah mahupun tohmahan. Kelantangan serta kebiadaban Khairy waktu berkempen kelihatan semakin jelas dan bertambah jelek di mata masyarakat dan inipun dapat diperhatikan dalam ruangan siber. Bermula di ruangan siber ianya kemudian tersebar di restoran-restoran atau di kedai-kedai kopi apatah lagi di "club house" dan tempat-tempat privasi. Di kampung-kampung yang turut juga dibekalkan dengan kemudahan "internet" maka segala maklumat sama ada hujah kebenaran atau tohmahan menjadi serata apatah lagi kini anak-anak lebih berani dan terbuka untuk mengkritik pendapat ibubapa. Dengan melihat persembahan dan segala tingkah laku anggota-anggota BN dengan segala skandal serta penyelewengan dan usaha untuk mengelabuinya maka rakyat semakin bertambah jelak. Apatah lagi yang boleh dipercayai pada konsep Islam Hadhari yang cuba dipelopori oleh Pak Lah dengan imej "playboy" dan bermewah-mewah yang digubah bagi paparan dalam ruangan siber. Rakyat keseluruhannya memandang dan menilai dan kebejatan yang berlaku semakin meresahkan mereka yang risau akan nasib generasi penyambung mereka yang bagaikan semakin kelam. UMNO bagi melayu kini bagaikan tidak boleh diharapkan. Dengan segala penyelewengan yang berlaku melibatkan hak bangsa melayu yang semakin terhakis maka UMNO dilihat sebagai pengkhianat. Apabila bangsa melayu telah disedarkan dari diuliti puisi serta seloka indah BN dan segala bukti-bukti penyelewengan dan pengkhianatan yang gagal diperjelaskan dengan yakin maka angin perubahan yang pada mulanya dibisekkan semakin kuat terhembus lantas menyedarkan mereka dari terlena.
Dalam situasi awal berkempen semasa PR12 telah menampakkan dengan jelas kesedaran masyarakat dan ini juga masih gagal disampaikan pada pengetahuan Pak Lah hingga segalanya telah terlewat. Rata-rata sememangnya tiada sambutan pada wakil-wakil BN dibandingkan dengan sambutan yang di terima oleh wakil-wakil B.A. Membuat caturan bahawa sambutan hadirin pada waktu berkempen tidak membayangkan jumlah pengundian sebagaimana sebelumnya maka BN gagal meneliti sambutan di daerah lain terutamanya di daerah ruang siber. Sepanjang waktu berkempen BN sebenarnya telah tewas lebih awal dan anggota-anggota bawahan mereka menyedari itu. Seluruh jentera kempen kemudiannya dipergunakan semaksima mungkin termasuk media-media arus perdana yang dikuasai. Mengharapkan pengaruh serta emosi ahli-ahlinya yang dibekalkan dengan semangat dan tradisi parti yang telah lapuk hanya mampu menyumbang sedikit bagi menjaga maruah. Anggota-anggota yang berkempen bagaikan tiada semangat dan kelihatan bagaikan tikus di luar lubang. Semangat D.S Najib yang berusaha melaung dan cuba meniup semangat semakin pudar dengan gaya kempen Pak Lah yang kelihatan masih janggal. Apatah lagi fakta-fakta kukuh B.A yang gagal dipintas dengan bernas oleh wakil-wakil BN yang berkempen. Amat sukar bagi mereka untuk berucap ataupun meningkah fakta-fakta pihak lawan tatkala bekalan yang ada telah lama basi dan dihurungi lalat.
Rakyat kini telah membuat teguran mereka dan teguran itu amat menyakitkan dan sekiranya Pak Lah masih lagi tidak mahu sedar dan insaf bagi memperbetulkan keadaan maka ia perlu menghadapi saat kehancuran. UMNO kini kelihatan tidak lagi relevan pada bangsa melayu keseluruhannya ianya hanya relevan pada Bumiputra-UMNO yang terdiri hampir keseluruhannya dari mereka yang rakuskan kepentingan status serta kebendaan. Melayu melihat bahawa UMNO terdiri dari mereka yang elit dan tamak di peringkat atasan manakala di bawah ianya di kerumuni langau-langau yang menjijikkan. UMNO bukan sahaja telah tercemar tetapi telah rosak keseluruhannya. Andainya BN kembali dipersada politik dan pentadbiran maka rakyat masih melihat kudis yang merebak dimulut serta nanah yang melata di tangan dan kaki mereka. Apakah resipi atau cara untuk BN terutamanya UMNO untuk menutup keaiban dan kepincangan yang diketahui umum?
Kudis yang telah merebak yang gagal dipulihkan hanya ada satu pilihan. Walaupun pilihan itu dibuat ianya tetap cacat dan pincang.

3/01/2008

Pada mulanya aku sendiri meragui cerita liwat, tilam dan apartment yang dikaitkan dengan Anwar. Ikut logiknya memang sukar nak percaya tapi lama kelamaan dengan saban waktu, hari , bulan dan tahun peranan yang dimainkan media juga hakim dalam merencana konspirasi maka aku menerima apa yang disampaikan itu benar dan berpendapat bahawa Anwar patut di hukum kerana mencemar Bangsa, Agama dan Negara. Walaupun aku pernah belajar di Yayasan Anda dimana pernah bertemu dengannya dan dia dikatakan termasuk mereka yang mengurus atau merencana keujudan yayasan tersebut tetapi sememangnya aku kagum dengan semangat beliau. Begitu juga aku kagum dengan perwatakan Wan Azizah yang kerap aku jumpa apabila ke Hospital Universiti Petaling Jaya. Wan Azizah waktu itu aku mengecamnya kerana ia merupakan teman wanita pada Anwar Ibrahim yang mana Anwar Ibrahim ketika itu merupakan idola masyarakat dalam memperjuangkan nasib masyarakat miskin. Pernah aku ada bertemu dengan beberapa kerat rakan seperjuangannya yang merupakan rakan pada kakak aku. Mereka terdiri dari bekas-bekas penuntut ITM yang bersama dengannya ketika mengadakan 'Demonstrasi Baling'. Melalui mereka banyak cerita suka dan duka yang di perolehi tetapi kebanyakannya telah aku lupakan.
Kini dengan apa yang berlaku dan penguasaan media yang semakin menyerlahkan wajah sebenar mereka aku yakin apa yang dikatakan kerajaan melaluinya kebanyakannya adalah tidak benar. Apa yang diterbitkan mereka hanya merupakan cerita-cerita manis buat mempengaruhi masyarakat umum. Kita ketepikan tanggungjawab yang sememangnya telah dan perlu mereka lakukan kerana cukai-cukai yang perlu kita bayar buat menggaji mereka untuk berkhidmat. Kita tidak nafikan cerita pembangunan nyata yang mereka lakukan seperti pembinaan sekolah-sekolah , jalanraya . perubatan , keselamatan dan sebagainya. Apa yang kita perlu tahu ialah cara mereka mengurus dan berbelanja duit milik rakyat kearah pembangunan tersebut dan pemantapan ekonomi negara yang kini nampak goyah. Senario pendedahan demi pendedahan segala kepincangan yang cuba diselindungi oleh media-media elektronik utama dan akhbar-akhbar perdana seperti RTM, TV3, NTV 7, Utusan dan Kumpulan Straits Time serta lain-lainnya yang cuba mengalih perhatian kepada hal-hal retorik berjaya mempengaruhi kebanyakan orang. Tetapi apa yang pernah terdedah tidak akan luput selamanya. Dengan peranan internet kita mempunyai alternatif bagi mencari maklumat untuk seimbangkan dengan segala berita-berita kerajaan melalui media-media utama tersebut. Walaupun kita diugut oleh budak Oxford yang pintar itu ( memetik kata-kata Anwar Ibrahim) serta penkid yang tidak upaya ditandingi di johor yang pernah membayangkan internet akan mereka sekat dan hadkan penggunaannya . Maka kebebasan bersuara dan menyatakan kebenaran akan terhapus nanti. Mereka menganggap internet telah disalah gunakan oleh orang ramai bertujuan mewujudkan kekacauan dengan fitnah-fitnah dan berita-berita palsu. Sudahlah hak rakyat untuk mencari untung dalam pasaran kewangan internet global mereka berusaha menyekat dan kini maklumat juga ingin mereka halang demi ketamakkan dan kerakusan mereka untuk menghimpun segala kekayaan buat kepentingan diri dan parti. Apapun media-media utama sekarang ini memang diperlukan oleh mereka yang kini amat terdesak bagi menentukan keujudan mereka di bumi bertuah ini. Andainya mereka tewas walaupun nampak agak mustahil tetapi kemungkinan tetap akan ada. Kita boleh bayangkan keadaan mereka yang merupakan perompak atau pencabul yang bertopengkan politik ketika tewas nanti. Apa akan jadi apabila pentadbiran baru mengambil alih yang pastinya akan lebih telus kerana maklum akan segala penyelewengan yang berlaku. Apakah kapalterbang akan dipenuhi mereka ini dan koncu koncu kerajaannya untuk melesapkan diri keluar Negara.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Bagi sesiapa yang berminat nak dengar pengakuan Tun Mahathir mengenai kezaliman yang telah beliau lakukan pada Anwar Ibrahim sila layari Youtube dan pada” SEARCH” klik ‘saya zalim anwar ‘. Banyak cd-cd telah diedarkan oleh B.A dan boleh dapatkan salinan percuma dari mereka.