12/05/2008

Pengaruh Luar Dalam Minda Tanpa Sedar

Umum kebanyakan dari kita telah arif mengenai apa yang hendak dan telah diperkatakan mengenai perancangan jahat zionis. Kalau rajin membaca sejarah tempatan dan dunia amnya dan meneliti perbandingan mengenainya kita mampu mempelajari apa yang terbit darinya. Berbalik pada sejarah kemerdekaan yang dianugerah British sudah tentu kita mudah mencurigai apa yang cuba mereka laksanakan secara sulit. Sukar untuk menafikan kecurigaan kita lebih-lebih lagi sebagai manusia yang beragama dan telah dijajah oleh bangsa yang kita gelar kafir akibat kemelut bangsa yang sukar bersatu selama ratusan tahun. Kesan dari penjajahan yang dilaksanakan selama berkurun sedikit dan sebanyak pengaruh yang dipaksakan keatas bangsa kita telah mencorak keperibadian dan sikap yang dirakamkan ke dalam bangsa kita selama bergenerasi yang sukar dihitung. Kesan dari itu telah menjerumus keadaan kita serta generasi mendatang menjadi seperti sekarang ini dan semakin rumit.
Pejuang-pejuang tulen seperti Mat kilau, Tok Janggut dan lain-lainnya kisah perjuangan mereka hanya menempati sekelumit dalam sejarah perjuangan bangsa dan negara dan hampir kini dilupakan jasa dan pengorbanan mereka. Melalui rangkaian-rangkaian zionis yang wujud semenjak tamat perang salib dimana mereka mengalami kekecewaan total, zionis merancang menjajah mana-mana negara islam khususnya untuk menyekat peluasan pengaruh islam yang mereka lihat mampu memadamkan keegoan tamadun dan bangsa mereka. Dengan Tanah Melayu yang terletak dilokasi strategik dan terlindung antara laluan lautan Hindi dan Pasifik menuju ke Asia Barat mereka menuruti laluan yang pernah dikawal oleh dinasti Ming menggunakan dana-dana hasil rampokan dan pembiayaan kerajaan-kerajaan Eropah . Setelah Berjaya menjajah kemudian mereka melakukan usaha pecah dan perintah serta menumbuhkan benih-benih kehancuran melalui kebudayaan dan pendidikan. Pengurniaan Ijazah atau degree yang menjadi kemuncak pencapaian pembelajaran hanya merujuk pada ketamadunan barat yang anti agama serta Islam. Zionis mencorak dan memajukan keilmuan yang diolah mereka untuk selari dengan agenda mereka bertujuan menjajah seterusnya tanpa menggunakan ketenteraan dan dana yang banyak. Melalui usaha terperinci mereka kemudian mempengaruhi golongan berpengaruh dan aristokrat yang mendapat sokongan bangsa-bangsa yang pernah dijajah yang buta hati dan melalui itu terjadilah satu jalinan toleransi khususnya dinegara-negara islam yang dijajah itu yang akhirnya meletakkan islam sebagai satu barangan yang perlu dipantau dan dikawal.
Kini wujud kebanyakan negara-negara islam sebagai pak turut dan gentar bila berhadapan dengan kemarahan barat yang kini mendominasi laut dan udara serta ekonomi dan kebudayaan. Kalau ada negara islam yang berani menentang pasti tumpas dalam pertelingkahan getir sambil hanya diperhatikan negara-negara yang bersaudara. Takjubnya apabila kebanyakan kita seperti membutakan mata pada hakikat yang berlaku. Negara-negara islam yang memerdekakan diri dari pengaruh barat jelas diserang dan dijajah serta dihimpit yang membawa kepada petaka kemanusiaan yang amat besar serta penderitaan mereka yang kebanyakannya tidak berdosa. Dayus dan bacul maka pemimpin-pemimpin negara-negara islam serta mereka yang bersekongkol dengan kuasa kuffar menjadi semakin takut dan mula bertuhankan barat hanya menuruti agenda mereka menjenamakan islam itu satu keganasan tetapi dengan versi yang lebih halus.
Pemimpin-pemimpin yang kebanyakannya terlantik melalui proses politik yang berjenama barat semakin parah prinsip dan moral mereka dan akhirnya massa telah menempatkan mereka pada tampok kekuasaan. Jadilah mereka sebagai pemimpin yang sering dihantui bayangan sendiri dan ketakutan tersebut juga kengerian pada kuasa barat menjadikan mereka manusia yang paling lemah untuk bertentang dengan musuh-musuh islam. Kesibukan serta kerakusan membendung pengaruh dari terhakis membuatkan mereka semakin alpa dan buat-buat lupa mengenai agenda serta aliran rancangan yang halus untuk mengikis jati diri rakyat serta kepercayaan mereka pada agama yang dianuti. Tidak salah kiranya sebagai manusia biasa kita mencurigai apa sahaja barangan dan pengaruh yang diimpot dari barat. Minda manusia yang cepat merakam dan lama meyimpan maklumat akan dicorakkan secara halus melalui apa yang didengar, dilihat dan apa yang dirasa. Secara lumrahnya minda sedar manusia akan merakamkan maklumat yang diterima dan disimpan yang mampu membentuk keperibadian sikap dan tabiat. Apabila pengaruh luar yang anti agama semakin berleluasa dikembangkan dalam masyarakat maka maklumat atau pengaruh yang kerap berulang-ulang menguasai minda tidak sedar manusia lebih-lebih lagi kanak-kanak yang cepat belajar. Hasilnya ialah apa yang kita semua lihat di era kemajuan sains dan teknologi di alam dunia tanpa sempadan ini.