Selamat Penganti Baru, Semoga kamu berdua dirahmati Allah s.w.t di beri petunjuk dan di kurniakan kebahagian di dunia dan akhirat. Amin!
Diari perjalananku.......
Lebuhraya agak sibuk ketika dalam perjalanan pulang dari Kuala
Lumpur ke Pulau Pinang dan bertambah sesak lagi dengan kenderaan peserta-peserta
perhimpunan UMNO yang pulang setelah
hari terakhir perhimpunan mendengar hujah pengulungan dari Presiden UMNO. Bertolak
pulang bermula dari jam enam petang telah menjadi tidak lancar akibat masaalah
teknikal kereta di bahagian “Gear”. Empat orang kami masing-masing keletihan
kerana sejak jam satu pagi tadi bertolak
ke K.L masih belum berupaya untuk melelapkan mata. Setelah selesai hadiri jamuan
kenduri di Sungai Buluh kami berurusan pula
dengan saudara aku yang bekerja di KDN. Sehabis itu kami berusaha mencari pomen
untuk membaiki kenderaan tetapi hasil yang agak mengecewakan .
Terakhirnya, seorang mekanik di sebuah kedai membaiki kereta
milik seorang lelaki melayu memberitahu kami yang ada masalah untuk mendapatkan alat ganti memandang hari itu ialah hari sabtu , dan kebanyakan kedai pembekal barangan
alat ganti yang kesemuanya milik bangsa cina hanya berniaga separuh hari. Rakan
aku si pemandu ni berkeras mahu juga cari bengkel kereta milik pengusaha melayu
walaupun beberapa kali terserempak dengan bengkel kereta milik bangsa cina.Jelas
yang rakan aku ni masih ketinggalan dalam menerima hakikat kerana ketebalan
pegangan kemelayuan dia.
Walaupun aku tidak setuju dengan prinsip dia, namun aku
tidak mahu membangkang kerana sudah jadi
pilihan dia, maklumlah jenis kepala angin.Tetapi dia tidak tahu yang pegangan
dia amat menyusahkan sebab dia mungkin tidak terfikir yang bukannya senang mahu mencari bengkel kereta milik pengusaha melayu
di Kuala Lumpur ni. Sudahlah datang ke Kuala Lumpur sekali-sekala dan jalan-jalan
pula selalu berubah arah dengan macam macam pembangunan pesat.
Hendak mencari bengkel kereta melayu dalam kesesakan jalan
yang tidak tentu arah? Fuh! Amat
merumitkan . Ada sekali kami singgah bertanya pada seorang yang sedang berjalan
kaki. “Dik! Ada kedai pomen kereta melayu tak! “ “Ada bang! depan sana tu! lepas simpang kiri tak jauh ada
kedai pomen kereta melayu”. Huh!. cari punya cari dia punya tu! ….entah macam
mana sampai di simpang Tol Plus, Hampeh!! Aku musykil apa yang kami faham bila perempuan yang kami tanya
tadi beri tunjuk arah.
"Kau bawak kami kemana ni mat? " tegur cikgu yang kelihatan tersengeh-sengeh mengusik si pemandu yang jelas wajahnya nampak ketat.
"Sekarang mana ada
simpang kiri!! Nak buat macam mana ni, nak patah balik?” Keras bunyinya si pemandu.
“Panjang tengkuk tadi! Ceh! Ceh! Usik cikgu lagi sambil
tertawa.
Aku menoleh melihat si pemandu yang tadi wajahnya pahit mencuka mula
kembang-kempis hidungnya. “Kah! kah! Kah! “ Rakan aku yang sorang lagi
dibelakang terhingut-hingut badan dia tak dapat menahan ketawa bila aku menoleh ke belakang. Aku mengesyaki
bahawa mereka mungkin mengetahui sesuatu yang aku tak tahu.
“Ha! Ha! Ha!..kih! kih! Kih! Kih! “ Pemandu yang tadi muka ketat spontan tertawa. Bergegar-gegar perut
dia yang buncit tu. “Haram jadah betoi! Sudahlah pakai kebaya ketat, masa dia tunduk tadi
tunjuk arah..mak ooi ! isi dia, mahu tak
panjang tengkuk aku”. Dan aku yang rimas dengan keadaan tak dapat juga nak
tahan tawa melihat lucunya perangai kawan-kawan aku tiga ekor ni.
Jalan di Kuala Lumpur dan Selangor ni banyak berubah. Sesaknya
pula hampir menjadikan kami sasau kerana beberapa kali terlepas simpang dan
berpusing-pusing mencari arah dan barangkali berbakul terima makian dari
pemandu-pemandu Kuala Lumpur yang kadangkala menunjukkan keramahan serta toleransi mereka
dengan isyarat tangan yang pelbagai serta bunyi hon yang membingitkan.
Kami semuanya jadi buta arah, contohnya sebelum subuh tadi,
entah macam mana kami boleh tersasar memasuk jalan Travers dan melilau-lilau
cari arah ke Puduraya. Tetapi aku memang akur, Kuala Lumpur tidak pernah
berhenti dari kepesatannya. Tengok Puduraya pun dah cukup,entah apa yang mereka
balut bangunan tu aku tak tahu, pelik!
Apapun hari ini, pertemuam aku dengan kaum kerabat walaupun
tidak semuanya hadir di majlis kenduri kahwin salah seorang anak saudara aku di Sungai Buluh amat mengembirakan hati
aku. Hampir belasan tahun aku tidak sebenar-benarnya menemui mereka dan buat pertama kali,aku
diperkenalkan dengan anak-anak saudara aku yang ada diantaranya yang aku kenali
dulu telah pun meningkat remaja. Dan buat pertama kalinya juga aku
diperkenalkan dengan anak-anak saudara aku yang belum aku kenali dulu ( kerana
belum lahir apabila aku tercampak atau mencampakkan diri ke utara )Anak-anak
saudara aku yang baru aku kenal ini,semuanya sudah pun bersekolah di sekolah
rendah.
Segalanya membuatkan aku terfikr, Aduhai! Sayang sekali , Betapa aku telah kehilangan kebanyakan episod
dalam hidup aku yang entah menjadi semakin singkat episod ceritanya. Walaupun
hatiku menangis terharu namun sebagai lelaki, aku tidak mahu mengaibkan diri
dan berusaha menceriakan diri sambil menemui saudara mara ku yang lain, yang
terpisah dariku, datang dari berbagai
daerah dan negeri. Semua mereka bila menemui aku hanya menyatakan hal agak
serupa. “Lama tak nampak . Kemana menghilang selama ni??Aku hanya tersengeh dan
senyum menyambut salaman dan pelukan mesra yang memang aku rindukan.
Dalam keadaan riuh
rendah beramah mesra itu, sempat aku mengerling kearah rakan-rakan aku yang tiga
ekor tu dan kelihatan mereka memandang
dengan renungan tajam dan sinis
ke wajah ku. Rasanya aku dapat mengagak, apa yang mereka fikirkan. Entah dalam
hati mereka sedang mengumpat ak…” macam ni punya manusia pun ada!” Agaknya
begitulah fikir mereka apabila melihat drama swasta yang berlaku di depan
mereka.Ah! Lantak, aku tak mahu ambil pusing, yang penting aku dapat melepaskan
rindu pada keluarga aku yang telah lama aku rindui dan tidak pernah terpadam
dalam hati aku.
Dengan segala kemesraan
yang aku perolehi itu, aku sebenarnya
masih kehilangan , kerinduan sebenar aku masih belum terpenuhi .Walau apapun aku
akur dan terima hakikatrnya dan aku
tidak berkecil hati dan tidak terlintas untuk berfikiran buruk. Mereka ada
alasan dan sebab tersendiri yang tidak dapat disangkal . Apapun memang salah
aku, mungkin lain kali agaknya? Insya allah!
Kini, perjalanan pulang telah sampai di Tapah dan keadaan
kereta semakin menampakkan masalahnya. Apapun yang bakal terjadi perjalanan pulang telah dicapai cara sepakat dan masing-masing
sebenarnya ada perkara yang perlu dilakukan bila balik nanti dan segala risiko
ditanggung bersama. Melihat pada keadaan kereta aku hanya risaukan bila tiba
nanti di Changkat Jering. Memanjat bukit yang curam itu sejauh berkilo-kilo
dengan masalah kereta sedemikian membuat aku berdoa dan berdoa agar segalanya
dapat dilalui dengan selamat.
“Ish! Mat, Changkat Jering macammana? boleh lepas ke kereta
ni?” Tanya aku yang risau dengan keadaan kereta yang menderam-deram apabila ia
membuat tukaran “gear”.“Entah la!”
Katanya ringkas dan terus diam dengan wajah yang agak resah. Bertambah gelisah lagi riaknya apabila cikgu sengaja menyiindir. Aku diam tak mahu
mencelah atau menokok tambah kerana tidak mahu merumitkan lagi keadaan.
Cikgu dan rakan aku yang seorang lagi tu nampaknya telah
nyenyak tidur manakala aku yang sebenarnya memang benar-benar mengantuk, mahu
tidak mahu terpaksa berjegil dan rokok
yang aku sedut telah berganti puting. Risau aku dengan pemandu yang aku perhatikan mata dia macam
cicak kena kapur,bila-bila boleh lelap! Pemanduannya ketara mula tidak stabil
dengan kereta mulai melilau ketepi dan ketengah hingga ada beberapa kereta dari
arah belakang memberi isyarat lampu tinggi. Aku menepuk bahu dan tengkuknya,
tetapi dia enggan memberi kan giliran
memandu kepada aku , alasannya dia lebih kenal keadaan kereta dan dia tidak
mahu orang lain semakin meranapkan impian untuk
balik dengan selamat. Melihat cara dia memandu pula aku lebih risau, “selamatkah
nanti macam ni?” bisik hati kecil aku.
Kini tiba di Changkat Jering dan aku terus berdoa. Pemandu
memecut kereta agar meluncur lebih lancar menaiki bukit yang tinggi ini. Tiba
di pertengahan kereta semakin perlahan dan bertambah perlahan. Aku melihat pada
wajah pemandu yang matanya masih lagi redup kerana mengantuk. Tibai tiba aku
terhidu sesuatu dan segera menjengok keluar.” Mak Oi! ..banyaknya asap!” Kata ku. Asap kelihatan berkepul-kepul
entah datang dari mana, tetapi aku rasa ianya datang dari bahagian enjin di
hadapan dan mulai masuk memenuhi kedalam kereta.
“Kita ketepi!”. ..Kataku ,” kita periksa apa yang berlaku”. Dengan asap yang mula
memenuhi dalam kereta, pilihan berhenti
terpaksa dilakukan. Sebaik kereta berhenti di tepi ruang yang agak sempit, aku segera
keluar memberi isyarat kecemasan pada pemandu-pemandu kereta lain yang
mengekori di belakang. Agak bahaya juga keadaan dengan ada kereta-kereta di lorong paling kanan memecut laju memanjat
bukit yang tinggi lagi curam itu.
Setelah asap berkurangan dan mula hilang, pemandu yang
gelisah menyarankan agar meneruskan perjalanan hingga ke tempat berhenti tidak
jauh lagi di atas.”Bahaya berhenti disini ! “ katanya. Kami meneruskan
perjalanan hingga hampir ke puncak dan berhenti di tempat berhenti yang
dikhaskan.Kami berehat di tempat tersebut hampir setengah jam berbincang apa
yang perlu dibuat sambil pemandu menemui beberpa pemandu lori yang turut
berehat di situ.
“Baik! kita teruskan perjalanan tetapi dengan perlahan “,pemandu
memberi cadangan dan wajahnya nampak sedikit bersemangat dan aku rasa dia telah
mendapatkan nasihat dari pakar. ” Kita bawa perlahan-lahan dan jangan memaksa
kereta,macam kura-kura pun kura-kuralah, janji sampai balik”. Perjalanan pulang
pun diteruskan juga dan kereta mengaum mendaki ditengah-tengah hutan banat dan aku rasa kalau aku berjalan kaki pun lagi
laju, siap boleh “overtake” lagi.
Aku perasan ada sebuah lori sedang laju datang dari arah
belakang di lorong tepi yang sama dan lori itu membunyikan hon sambil memberi
isyarat lampu tinggi berkali-kali. Dengan muka toyer, pemandu melihat cermin
belakang “ macam haram jadah!” rungut dia. Hampir mendekati kami lori itu mula mengurangkan laju dan terpaksa menukar”gear”
lorinya. Kini ada dua kura-kura sedang memanjat bukit. Aku bagai dapat
merasakan perasaan pemandu lori yang menuruti dibelakang. Alahai! nasib, nasib.
Kami berjaya melepasi Terowong Changkat Jering dan kereta
dipandu perlahan sambil itu fikiran aku mulai melayang dan terkadang aku
tersenyum sendirian.Sebenarnya perjalanan awal bermula dengan rancangan yang
tidak teratur sepenuhnya. Mulanya ialah aku dan pemandu kereta dan seorang lagi
rakan hanya dipelawa menemani si pemandu bila balik nanti andainya aku
mengambil keputusan untuk tinggal beberapa hari lagi di Kuala Lumpur. Cikgu
pula merupakan penumpang yang malang! Sebab apa aku kata malang? sebab dia
sendiri tidak tahu yang kami bertiga sememangnya mahu ke kuala lumpur .
Cikgu ini muncul secara tiba-tiba hampir jam satu pagi tadi waktu
kami bersedia untuk bertolak dan dia ingin mengikuti kami. Mungkin cikgu ini
fikir ianya satu jenaka apabila kami mengatakan yang kami mahu ke Kuala Lumpur.
Kebiasaanya pemandu kereta dan cikgu ni
akan ke Jelutung atau Tanjung pada waktu-waktu begini untuk menikmati teh halia. Dia baru sedar
akan keadaan sebenar apabila pemandu membuat lencongan dan lantas memasuki menyusuri lorong Jambatan Pulau Pinang.
“ Aik !! Biarq betoi!!.. kata Cikgu tergamam.
“Laa, cikgu tak tahu ke yang kami memang nak ke Kuala
Lumpur”,tanya aku yang bingung dengan kebingungan dia.
Dari kerusi belakang aku sempat mengerling melihat pemandu
kereta yang tersengeh-sengeh tanpa berkata apa-apa. “Apa laa! si mat ni, apa dah dia temberang pada cikgu”. Rakan aku disebelah kelihatan
terhinggut-hinggut badan menahan tawa. Aku hanya mengeleng-gelengkan kepala
melihat telatah mereka.
“Hmmmm! Malang nasib cikgu ni fikir aku, namun nak berpatah
balik adalah hampir mustahil ketika kami sudah berada hampir suku jaraknya di atas Jambatan Pulau Pinang.
‘Aiseh! Esok aku kena hadiri kenduri kawin rumah mak penakan,
dah janji dah dengan orang rumah”. Kata
Cikgu tadi dan nadanya macam tak berapa seronok tidak seperti mula tadi ,bila dia
bergegas memasuki kereta ingin menuruti kami. Aku lihat cikgu mengambil telefon
bimbit dan membuat sms.“Buatlah apa yang patut cikgu, pandai-pandailah engkau
nak pujuk dan bagi alasan” bisik hati aku dan rakan aku yang dua ekor ni
tersenyum dan mentertawakan cikgu tadi yang turut tetawa dengan keadaan yang
membuatkan dia jadi tipah tertipu.
Akhirnya kami selamat sampai di Pulau Pinang dan aku yang sejak mula perasan sesuatu tergelak sendirian, nyata sejak kereta mula berasap tadi pemandu dan yang lain termasuk aku hilang ngantuknya. Untuk menyampaikan hasrat awal cikgu, maka kami
singgah di Tanjung, pekena teh halia dan nasi kandar sebelum pulang ke rumah
masing-masing. Pagi ini juga ada majlis berkhatan beramai-ramai yang dianjurkan
AJK PAS cawangan . Anak aku salah seorang dari peserta terlibat. Aku risau juga
sebab kelmarin bila pengerusi majlis kata “mana yang demam atau sakit teruk tu,
kita ‘consulte’ dengan doktor dan kalau doktor kata tangguh kita tangguhkan mana
yang sakit tu pada masa lain, mungkin tahun hadapan! Spontan anak aku yang nampak
pucat tu kata ” ayah! kenapa tiba-tiba muka nabil rasa macam kebas dan kaki
pulak macam tak larat nak bangun,….demam kot! Aku lihat jiran yang duduk
sebelah tersenyum melihat telatah dia. “Pulak
dah!!!” bisik hati kecil aku.
No comments:
Post a Comment